Archive for the ‘Pengakap Johor’ Category

Profil Cikgu Sindi:

Adik beradik aku ada 12 orang, kakak ku dah meninggal kira-kira 5 tahun dulu aku anak lelaki yang sulong. Aku di lahirkan di Kampung Parit Sentang Batu Pahat pada 17 Mac 1947. Pada tahun 1954 aku masuk sekolah darjah satu di SK Seri Cantik . Cikgu pertama aku Cikgu Shahrom. Tahun 1956 aku pindah SK Parit Sulong darjah tiga, cikgu kelas aku cikgu Mohamad Rawi Sukono dan Cikgu Rabin. Setelah lulus darjah 6 di SK Parit Sulong tahun 1959 aku pun masuk tingkatan satu Tahun 1960 di High School Batu Pahat, cikgu kelas aku Cikgu Md. Ansar Nawi. Tahun 1961 aku pindah ke Sek Dato Bentara Luar tingkatan 2, Cikgu kelas aku Cikgu Kamar B. Ibrahim. Tahun 1965 aku lulus SPM. Selepas SPM aku bergiat aktif dalam Pengakap Kelana Parit Sulong.

Kerjaya sebagai guru:

Tahun1966 aku jadi guru sementara di Sekolah Men Datok Sulaiman Parit Sulong. Tahun 1967 aku jadi guru pelatih RTC -PLD sambil mengajar sambil kursus Pusat Latihan Daerah hari ahad- hingga khamis.

Foto-foto Kursus Manikayu yang diikuti;

Bila cuti penggal pula pergi kursus di Bukit Gelugor Pulau Pinang. Di maktab aku kursus Matematik Dan Sains dan matapelajaran tambahan lain B. Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Pedagogi.

Tahun 1968 aku kursus sepenuh masa di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai. Bulan Ogos 1968 aku buat praktikal pertama di SMK Pagoh Muar selama 3 bulan. Aku duduk menumpang rumah Cikgu Rafee di Kg Jawa Panchor bersama kawanku Abu Bakar Jaafar.

Tahun 1969 – 1979 bertugas di Sek. Men Kebangsaan Seri Medan selama 11 tahun. Disini aku bertemu jodoh dengan arwah isteriku. Banyak juga tugas yang terpaksa aku pikul sepanjang bertugas di SMKSM dulu. Selain dari mengajar saya juga menjadi guru penasihat Kelab Muzik, Penasihat Hisab dan Sains, Penasihat Persatuan Sains Pertanian, Pemimpin Pengakap, Jurufoto Sekolah, Penasihat Persatuan Bahasa Melayu, Penyelia Petang, QM Store makanan mangsa banjir, AJK PIBG dan Penasihat Kelab Seni Lukis.

Tahun 1980 – 1982 bertugas di SMK Sultan Abd Jalil Kluang , dari sekolah kampung pergi kesekolah di bandar, disini cuma 3 tahun. Pengetuanya Wan Kassim orang Kelantan. Rakan-rakanku disini ialah Cikgu Othman Bakar (Alahyarham), Cikgu Abdullah Ali, Cikgu Kartina, Cikgu Rahmat Hj. Nasir, Cikgu Chan Kew Chai dan pekerja makmal Amin Sitam.

Tahun 1983 – 1987 bertugas di Sek Tinggi Kluang, pengetuanya masa tu Tn. Hj Kasmuri Sadiman kemudian Tn. Hj. Hashim Kahat. Cikgu yang masih aku ingat Cikgu Ibrahim Mokhtar, Cikgu Khalid Sadali, Cikgu Yahaya Buyung, Cikgu Ahmad Abu, Cikgu Kamarudin Mukri, Cikgu Yusof Osman dan Cikgu Satu Niar. Di Kluang saya kurang aktif berpengakap, walaupun saya kenal cikgu Hj.Yusof Osman guru pengakap STK, saya buat dek saje, saya tak mau tonjolkan diri. Saya kenal pemimpin pengakap daerah Kluang masa tu, seperti Tuan Hj Sahirin, Tuan Hj. Suradi, Tuan Hamzah, Tuan Razak dan Tuan Aziz Md.Derus.

Tahun 1988 – 2002 bertugas di SMKDS hingga bersara pada tahun 2002. Tetapi bila saya berpindah ke SMKDS saya terpaksa aktif semula menjadi ketua pemimpin pengakap Kumpulan ke-2 Parit Sulong, kerana penyandangnya ketika itu Ishak Ithnin bertukar ke SMK Air Tawar 2 Kota Tinggi.Tugas aku yang paling mencabar ialah apabila aku terpaksa membawa beberapa orang pengakap yang terdiri daripada pengakap lelaki dan perempuan ke Jambori Malaysia Nasional Malaysia ke 7 di Telok Batik Lumut Perak pada tahun 1989. Yang paling sedih ialah bila tiada seorang pun guru pemimpin perempuan yang mahu ikut serta, kalau terjadi apa-apa masalah juga, tapi masa itu saya tawakal saja kepada Allah. Seramai 19 orang pengakap dari daerah Parit Sulong iaitu sekolah SMKDS, SMKPS dan SMKSM. Pengakap-pengakap itu ialah:

1.MOHD ESA SARIDAN – (SEK. MEN. KEB PENGHULU SAAT)
2.AZIZUL BAHA B. MOHAMAD -SMKPS
3.TEO CHOON HAM -SMKPS
4. TEE LEONG YAN -SMKPS
5. KERK TAI HAW-SMKPS
6. MOHD NAZ URIP-SMKPS
7. ZAHARIAH BT. MD.RAWI – (SMK DATO’ SULAIMAN)
8. HASHIM B. ISMAIL -SMKDS
9. NORIZAN B. RIDHUAN-SMKDS
10.JAIS BIN SIRAJ-SMKDS
11. JUHAR B. SULAIMAN-SMK
12. JOHAR B. BAHRAN-SMKDS
13. ABD.FATAH B. JAAFAR-SMKDS
14. HASNITA BT. HASSAN -SMKDS
15. RASHIDAH BT REBO-SMKDS
16. MOHD. NORIDAN B. SAHAT-SMKDS
17. MAIZAN B. ANUAR – (SEK. MEN. KEB SERI MEDAN)
18. MOHD NAZIM B. DASAR-SMKSM
19. HARBAKIM SERMATI -SMKSM

Kontinjen Parit Sulong berkongsi bas dengan kontijen Kluang dengan menaiki bas Pak Hamim menuju ke Lumut, Telok Batik Perak Darul Ridhuan pada 23 hb.Julai 1989. Kami berjambori selama 8 hari dari 24 julai sehingga 31 Julai 1989. Jambori di rasmikan oleh sultan perak sekarang yang ketika itu masih tengku mahkota.

Aku telah di beri anugerah pingat sebanyak empat kali sepanjang penglibatan aku dalam pergerakan pengakap malaysia sejak dari tahun 1958 hingga kini.Terima kasih banyak-banyak kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan juga kepada DYMM Sultan Johor. Pingat-pingat yang telah diterima ialah Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Perkhidmatan Setia (2008), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2015) dan Pingat Ibrahim Sultan (2014).

Selepas dua tahun bersara kemudian aku bertugas semula kerana aku bosan dan kesepian dirumah, kawan dah ramai hilang, aku ingin mencurah bakti semula.Tawaran datang dari PPD Batu Pahat untuk jawatan guru ganti guru perempuan cuti bersalin atau sakit. Tahun 2005 bertugas di Sek Keb Temenggong Ibrahim 2 bulan, bertugas di Sek Keb Parit Bilal 2 bulan, bertugas di Sek Men Tungku Putera Tongkang Pechah 2 bulan, bertugas di Sek Men Keb Penghulu Saat 2 bulan, bertugas di SMK Tun Ismail 2 bulan. Tahun 2006 bertugas di SMK Tun Aminah setahun. Tahun 2007 pindah ke Tenggaroh 1 dan isteri naik pangkat pindah Sk Felda Tenggaroh 1 Mersing. Tahun 2008 bertugas di SMK Dato Bentara Luar 2 bulan, bertugas di SMK Syed Esa 2 bulan dan lepas ni pencen terus …

Isteriku Rosdiati binti Minhaj pergi buat selama-lamanya pada 14 Mei 2018, jam 12.14 pagi. Dimasa lapang aku buat kerja amal di Wisma Pengakap Batu Pahat bersama-sama otai-otai pengakap yang lain.

” SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP”…..sampai ke hujung usia…👍👍👍⚘⚘☘⚘

Lahir di Johor Bahru pada 30 Ogos 1946. Ayahnya bekerja di Majlis Perbandaran Kluang. Mempunyai 3 anak lelaki dan seorang perempuan.

Beliau telah menganggotai anak serigala sejak di SK Lelaki Bandar Kluang, Johor. Semasa darjah 3 beliau bersekolah di SK Bandar Kluang dan bersekolah di Sek. Men. Inggeris Kluang dari tg. 1 hingga tg. 5.

1965 beliau mengambil King Scout di bawah pimpinan Cikgu Hj. Baba. Pesuruhjaya Negeri Johor ialah Kapten Yahya dan Pesuruhjaya Daerah Kluang ialah Cikgu Omar pada ketika itu.

13 Mei 1969, beliau memasuki polis semasa berumur 24 tahun. Semasa di PDRM, beliau memasuki Rover Ibupejabat PPM di Kuala Lumpur. Beliau sering membantu sekolah dalam aktiviti kepengakapan sebagai penolong pemimpin. Membantu Ibupejabat PPM di bawah bimbingan Mr. Yeo Seng Chun, En. Mohd. Kamarudin dan En. Zaki.

Perkhidmatan pengakap :

  1. Kluang :1964 – 1966.
  2. Pulau Pinang : 1967 – 1969.
  3. Ipoh : 1970 – 1974.
  4. Melaka : 1975 – 1979.
  5. Pahang : 1980 – 1984.
  6. Selangor : 1985 -2000.
  7. Johor : 2001 – kini…

Mendapat 2 biji manikayu PKK semasa di Kluang pada 22 September 1971.Kemudian 2 biji manikayu PM (19 September 1969), 2 biji manikayu PR (1.12.2009) dan 2 biji manikayu PK (5.12.1995).

Kemudian berpindah ke Ipoh sebagai Polis Hutan dan bertugas di bahagian semboyan. Kemudian dinaikkan pangkat Kopral dan bertukar ke Melaka. Tn. Hj. Kadir PLN Melaka telah menghantar beliau untuk mengikuti CALT di Kem Sardon Zubir, Cheras dan seterusnya mendapat 3 biji Manikayu di Melaka dan seterusnya mendapat 3 biji Manikayu pada 4 Januari 1991.

Setelah naik pangkat Sarjan, beliau bertukar ke Shah Alam, Selangor pada tahun 2001. Disini beliau dilantik sebagai Pentaraf Pengakap Raja Selangor di bawah pimpinan Tn. Hj. Ishak Jonid. Seterusnya dilantik sebagai ASC Tugas-Tugas Khas Negeri Selangor.

Kemudian bertukar ke Pahang kerana naik pangkat Sarjan Major. Di Pahang beliau dilantik sebagai ADC Kuantan dan Pentaraf Pengakap Raja Pahang. Beliau sering membantu aktiviti kepengakapan di MP Teruntum dan MP Tuanku Ampuan Afzan. Beliau mengikuti CLT di Kem Sardon Zubir bagi mewakili Pahang dan mendapat 4 biji manikayu pada 12 Februari 1995.

Beliau pindah ke Johor pada Disember 2001. Sc Johor Tn. Hj. Hamidon telah melantiknya ASC Radio Amateur dari 2002 hingga 2006. Semasa Sc Johor Tn. Hj. Yaakob Karim beliau dilantik ASC Latihan dan dibawwah pimpinannya beliau telah menghasilkan 15 orang pemegang 4 biji Mk, 35 orang pemegang 3 biji MK dan 430 orang pemegang 2 biji Mk dalam tempuh 2006 – 2016. Kemudian memegang ASC AIS mulai 2017 hingga kini. Beliau dihantar ke Hong Kong pada 2019 mengikuti Kursus AIS.

Pingat yang diperolehi:
Pingat Baik
Pingat Setia
Pingat Lama
Pingat Presiden Melaka
Pingat Jasa Pengakap di MPTAA, Kuala Lipis
Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak)

Bersara pada 2001 berumur 55 thun.

Sultan Ibrahim Johor

Nama Diamond Jubilee Park diambil sempena nama dari perayaan perajaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955).

 

Keratan Akhbar Utusan Melayu (1956) : Pembukaan rasmi Kem Jubli Intan

DJP telah dirasmikan pada 28 Mac 1956 oleh Tengku Mahkota Johor, Sultan Ismail.

Peta Lokasi Kem Jubli Intan
Keluasannya ialah 23 1/2 ekar pada Lot 4399.

Totempol DJP

Dewan Syed Esa (lama)

Dewan Syed Esa (lama)

Salah seorang peneroka kem ini ialah Tuan Hj. Adam bin Haron ( seorang Juru Ukur), Tuan Syed Esa Alwi (Scoutmaster di English College, Johor Bahru, Encik Bidin Login dan Encik Othman Mohamed.

 

Dewan Syed Esa (baru) – MPKLM Zon Selatan

Suasana bahagian dalam DSE tahun 1980an

Dewan Syed Esa (baru/2010)

Dewan Syed Esa (2010)

pondok yang digunakan sebagai dapur (1980an)

Pondok-pondok telah dibina disekitar kawasan terdiri dari Home Guard Hut, Paiman Hut, Bakri Hut, Lenga Hut, Kluang Hut, Penggaram Hut, Johor Bahru Hut, Pontian Hut, Tangkak Hut dan Cordeiro Hut.

pondok lama yang masih ada

Bahagian dalam pondok yang mengandungi pangkin tidur

Bangunan surau (lama)

suasana surau baru yang syahdu

Barisan jurulatih KMK Pt. II yang ulung di DJP pada 14-23 Disember 1956

Halangan komando

Pondok Ran

Tangki air bagi memastikan kem tidak keputusan air sewaktu perkhemahan

Dewan serbaguna

Buku Perayaan Jubli Intan PPNJ/1988

motto: Bina Rumah Pengakap Melalui Jubli Intan

Buku Perhimpunan Agung Pengakap negeri Johor ke-18/1992

motto: Persaudaraan Dan Perpaduan

Buku Perayaan 40 tahun Kem Jubli Intan

motto: Kejayaan Wawasan

Buku Kem Jubli Intan ditulis oleh Ibrahim bin Junid

Tarikh: 28.10.1993-31.10.1993
Tempat: SK Sg. Melayu, Johor Bahru

Penasihat: En. Lim Yak Hong (Pemangku PJ Daerah JB)
Penyelaras: En. Kamaruzaman Hj. Samsudin (Pen. PT Unit Pengakap Laut)
Setiausaha: En. Md. Ayub Hassan (s/u)
Pembimbing: Tn. Hj. Yusof Osman (Pemimpin ke-38 Johor Bahru)
: En. Jalil Tumirok
Kursus yang pertama kali diadakan di daerah Johor Bahru dan mungkin juga di Negeri Johor. Kursus ini disertai oleh Pengakap Laut Kp. ke-2, Kp. ke-5, Kp. ke-16, Kp. ke-35 dan Kp. ke-38 Johor Bahru. Secara umumnya objektif untuk menilai kemahiran ahli-ahli dalam aktiviti air seperti berkayak, membuat rakit dan berenang.

 

Perasmian Kursus oleh En. Lim Yak Hong

Aktiviti Kuliah oleh En. Kamaruzaman

Aktiviti Bahasa Isyarat

Penyampaian Sijil

Keseluruhannya kursus berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas kerjasama Jabatan Laut Johor (Syahbandar), Polis Marin, Pusat Rekreasi Pantai Lido dan SK. Sg. Melayu.

Sekian, Berkhidmat Melalui Pengakap.

Tokoh Pengakap Johor

Posted: February 9, 2010 in Pengakap Johor

Pesuruhjaya Negeri Johor Tn. Hj. Ibrahim Joned

Alamat: No. 42, Tmn. Bunga Raya,
Jalan Temenggong Ahmad,
84000 Muar, Johor

Telah dilahirkan pada 8/11/1922. Ia melibatkan diri dalam pengakap pada tahun 1935. Menjadi Ketua Kontijen Johor bagi jambori pertama di Pulau Pinang (1966), jambori kedua di Melaka (1970). Pada 1986 beliau telah menjadi Pesuruhjaya Negeri Johor sehingga 2002. Setelah itu beliau menjawat jawatan sebagai Pen. Ketua Pesuruhjaya Negara (Kerohanian). Telah menjadi Tokoh Guru Negeri Johor 1984. Pingat yang diperolehi AMN., PPN., PIS dan BSI.

Jambori Johor

Menghadiahkan lukisan beliau kepada Tengku Mahkota Johor

 

Menghadiahkan lukisan beliau kepada Tengku Mahkota Johor

Pantun susunan beliau:

Main lelayang jaga teraju,
Jangan sampai jadi mengigal,
Buat kerja biarlah maju,
Separuh jalan jangan ditinggal

Bukit Besar Tanjung Labuh,
Pinggir Kem Jubli Intan
Buat kerja bersungguh-sungguh
Insya Allah mendapat kejayaan

Beliau telah meninggal dunia pada umur 98 tahun, pada 19 Ogos 2020 (Rabu). Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehin. Al Fatihah.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pen. Pesuruhjaya Latihan, Tn. Hj. Shuib Ismail

 

Kursus Manikayu di Tg. L:abuh Batu Pahat

Dilahirkan pada 5/3/1923. Telah menerima anugerah tertinggi pengakap iaitu Semangat Padi. Jawatan tertinggi ialah Pen. P/J Negeri Johor (Unit Latihan). Menjadi Tokoh Guru Negeri Johor pada 1985. Pingat yang diperolehi ialah AMN., PLP., PIS.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tn. Hj. Ismail Hussin

Alamat : No. 60A, Jln. Mohd Salleh,
82000 Pontian, Johor

Dilahirkan pada 1/10/1935 di Pontian, Johor. Telah ditauliahkan sebagai pemimpin pengakap di Masai pada 1/10/1954. Menjadi Pesuruhjaya Daerah Pontian pada 16/9/1969. Pada 25/6/1993 ditauliahkan sebagai Pen. P/J Negeri Johor  (Unit Pengakap Remaja). Beliau telah dianugerahkan bintang pengakap tertinggi iaitu Semangat Padi. Pingat yang diperolehi ialah PIS., BSI. Prinsip beliau ialah pengakap merupakan satu pergerakan yang mempunyai peraturan, disiplin dan menyatukan semua kaum.

Tn. Hj. Ismail Hussin bersama peserta Jambori Johor

 

Perbincangan terbuka antara Tn. Hj. Ismail dan Tn. Hj. Shuib di Jambori Melaka Bandaraya Bersejarah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tn. Hj. Muhamad Saat bin Bongkek

Alamat : No. 24, Jln. Denai 2,
Lot 1084, Kg. Baru,
81200 Johor Bahru, Johor

Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1939 di Kampung Parit Lapis Ismail, Batu Pahat, Johor. Profesion dalam bidang perguruan bermula seawal umur 13 tahun sebagai Guru Pelatih (1953), Guru Penolong Kanan dan Guru Besar (1971). Beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran di Kementerian Pelajaran (1973) seterusnya menjadi Nazir Sekolah (1974) dan berhijrah serata negeri sehingga menjadi Ketua Nazir Sekolah Negeri Johor (1982). Pada tahun 1992 beliau dilantik menjawat jawatan Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim sehingga bersara pada tahun 1994.

Beliau aktif dalam berpengakap sejak tahun 1954 dan manjawat pelbagai jawatan dan anugerah sepanjang perglibatan dalam pengakap.

1601783324340

Tn. Hj. Mohamed Saat Bin Bongkek

Peringkat Kebangsaan :

  1. Jurulatih Pengakap Kebangsaan – melatih dan memberi kursus kepada pemimpin pengakap (1982-2000)
  2. Ahli Majlis Pengakap Malaysia – Mewakili Negeri Johor (2006-2010)

Peringkat Negeri :

  1. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (Program & Pembangunan) – sehingga tahun 2000

Anugerah dalam Pendidikan, Pengakap dan Kemasyarakatan

  1. Anugerah Pingat Khidmat Baik Pengakap (1973)
  2. Anugerah Pingat Khidmat Cemerlang Pengakap (1994)
  3. Tokoh Guru Berjasa Daerah Batu Pahat (1997)
  4. Tokoh Guru Negeri Johor (1999)
  5. Tokoh Warga Emas Negeri Johor (2001)
  6. Tokoh Guru Kebangsaan (2001)
  7. Tokoh Guru Suluh Budiman dari Universiti Perguruan Sultan Idris – UPSI (2002)
  8. Tokoh Penyayang dari Yayasan Keluarga Darul Ta’zim (2002)

1601783378384

Anugerah Pingat

  1. Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) – 1998
  2. Pingat Ibrahim Sultan II – 1989

Merasmikan KMK di MPTI

 

Menjadi jurulatih KMK peringkat daerah

 

+++++++++++++++++++++++++++++++

Hj. Yaakub bin A. Karim

Alamat : Kem Jubli Intan Tg. Labuh, Km 9, Jalan Tanjung Labuh, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Telefon : 07-4289254. E-mail Pesuruhjaya : scjohor@gmail.com. Pingat yang diperolehi ialah PIS.

menerima pingat 100 tahun PPM dari PM Msia

sila rujuk berkaitan Tn Hj. Yaacob Karim di kategori Pen. PJ Negeri MPKLM ke-2:   

https://yusofalhaj.wordpress.com/2011/04/07/pen-pesuruhjaya-negeri-mpklm-zon-selatan-ke-2/