Pengakap Johor : Cikgu Sindi bin Sabilan

Posted: December 16, 2020 in Pengakap Johor

Profil Cikgu Sindi:

Adik beradik aku ada 12 orang, kakak ku dah meninggal kira-kira 5 tahun dulu aku anak lelaki yang sulong. Aku di lahirkan di Kampung Parit Sentang Batu Pahat pada 17 Mac 1947. Pada tahun 1954 aku masuk sekolah darjah satu di SK Seri Cantik . Cikgu pertama aku Cikgu Shahrom. Tahun 1956 aku pindah SK Parit Sulong darjah tiga, cikgu kelas aku cikgu Mohamad Rawi Sukono dan Cikgu Rabin. Setelah lulus darjah 6 di SK Parit Sulong tahun 1959 aku pun masuk tingkatan satu Tahun 1960 di High School Batu Pahat, cikgu kelas aku Cikgu Md. Ansar Nawi. Tahun 1961 aku pindah ke Sek Dato Bentara Luar tingkatan 2, Cikgu kelas aku Cikgu Kamar B. Ibrahim. Tahun 1965 aku lulus SPM. Selepas SPM aku bergiat aktif dalam Pengakap Kelana Parit Sulong.

Kerjaya sebagai guru:

Tahun1966 aku jadi guru sementara di Sekolah Men Datok Sulaiman Parit Sulong. Tahun 1967 aku jadi guru pelatih RTC -PLD sambil mengajar sambil kursus Pusat Latihan Daerah hari ahad- hingga khamis.

Foto-foto Kursus Manikayu yang diikuti;

Bila cuti penggal pula pergi kursus di Bukit Gelugor Pulau Pinang. Di maktab aku kursus Matematik Dan Sains dan matapelajaran tambahan lain B. Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Pedagogi.

Tahun 1968 aku kursus sepenuh masa di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai. Bulan Ogos 1968 aku buat praktikal pertama di SMK Pagoh Muar selama 3 bulan. Aku duduk menumpang rumah Cikgu Rafee di Kg Jawa Panchor bersama kawanku Abu Bakar Jaafar.

Tahun 1969 – 1979 bertugas di Sek. Men Kebangsaan Seri Medan selama 11 tahun. Disini aku bertemu jodoh dengan arwah isteriku. Banyak juga tugas yang terpaksa aku pikul sepanjang bertugas di SMKSM dulu. Selain dari mengajar saya juga menjadi guru penasihat Kelab Muzik, Penasihat Hisab dan Sains, Penasihat Persatuan Sains Pertanian, Pemimpin Pengakap, Jurufoto Sekolah, Penasihat Persatuan Bahasa Melayu, Penyelia Petang, QM Store makanan mangsa banjir, AJK PIBG dan Penasihat Kelab Seni Lukis.

Tahun 1980 – 1982 bertugas di SMK Sultan Abd Jalil Kluang , dari sekolah kampung pergi kesekolah di bandar, disini cuma 3 tahun. Pengetuanya Wan Kassim orang Kelantan. Rakan-rakanku disini ialah Cikgu Othman Bakar (Alahyarham), Cikgu Abdullah Ali, Cikgu Kartina, Cikgu Rahmat Hj. Nasir, Cikgu Chan Kew Chai dan pekerja makmal Amin Sitam.

Tahun 1983 – 1987 bertugas di Sek Tinggi Kluang, pengetuanya masa tu Tn. Hj Kasmuri Sadiman kemudian Tn. Hj. Hashim Kahat. Cikgu yang masih aku ingat Cikgu Ibrahim Mokhtar, Cikgu Khalid Sadali, Cikgu Yahaya Buyung, Cikgu Ahmad Abu, Cikgu Kamarudin Mukri, Cikgu Yusof Osman dan Cikgu Satu Niar. Di Kluang saya kurang aktif berpengakap, walaupun saya kenal cikgu Hj.Yusof Osman guru pengakap STK, saya buat dek saje, saya tak mau tonjolkan diri. Saya kenal pemimpin pengakap daerah Kluang masa tu, seperti Tuan Hj Sahirin, Tuan Hj. Suradi, Tuan Hamzah, Tuan Razak dan Tuan Aziz Md.Derus.

Tahun 1988 – 2002 bertugas di SMKDS hingga bersara pada tahun 2002. Tetapi bila saya berpindah ke SMKDS saya terpaksa aktif semula menjadi ketua pemimpin pengakap Kumpulan ke-2 Parit Sulong, kerana penyandangnya ketika itu Ishak Ithnin bertukar ke SMK Air Tawar 2 Kota Tinggi.Tugas aku yang paling mencabar ialah apabila aku terpaksa membawa beberapa orang pengakap yang terdiri daripada pengakap lelaki dan perempuan ke Jambori Malaysia Nasional Malaysia ke 7 di Telok Batik Lumut Perak pada tahun 1989. Yang paling sedih ialah bila tiada seorang pun guru pemimpin perempuan yang mahu ikut serta, kalau terjadi apa-apa masalah juga, tapi masa itu saya tawakal saja kepada Allah. Seramai 19 orang pengakap dari daerah Parit Sulong iaitu sekolah SMKDS, SMKPS dan SMKSM. Pengakap-pengakap itu ialah:

1.MOHD ESA SARIDAN – (SEK. MEN. KEB PENGHULU SAAT)
2.AZIZUL BAHA B. MOHAMAD -SMKPS
3.TEO CHOON HAM -SMKPS
4. TEE LEONG YAN -SMKPS
5. KERK TAI HAW-SMKPS
6. MOHD NAZ URIP-SMKPS
7. ZAHARIAH BT. MD.RAWI – (SMK DATO’ SULAIMAN)
8. HASHIM B. ISMAIL -SMKDS
9. NORIZAN B. RIDHUAN-SMKDS
10.JAIS BIN SIRAJ-SMKDS
11. JUHAR B. SULAIMAN-SMK
12. JOHAR B. BAHRAN-SMKDS
13. ABD.FATAH B. JAAFAR-SMKDS
14. HASNITA BT. HASSAN -SMKDS
15. RASHIDAH BT REBO-SMKDS
16. MOHD. NORIDAN B. SAHAT-SMKDS
17. MAIZAN B. ANUAR – (SEK. MEN. KEB SERI MEDAN)
18. MOHD NAZIM B. DASAR-SMKSM
19. HARBAKIM SERMATI -SMKSM

Kontinjen Parit Sulong berkongsi bas dengan kontijen Kluang dengan menaiki bas Pak Hamim menuju ke Lumut, Telok Batik Perak Darul Ridhuan pada 23 hb.Julai 1989. Kami berjambori selama 8 hari dari 24 julai sehingga 31 Julai 1989. Jambori di rasmikan oleh sultan perak sekarang yang ketika itu masih tengku mahkota.

Aku telah di beri anugerah pingat sebanyak empat kali sepanjang penglibatan aku dalam pergerakan pengakap malaysia sejak dari tahun 1958 hingga kini.Terima kasih banyak-banyak kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan juga kepada DYMM Sultan Johor. Pingat-pingat yang telah diterima ialah Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Perkhidmatan Setia (2008), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2015) dan Pingat Ibrahim Sultan (2014).

Selepas dua tahun bersara kemudian aku bertugas semula kerana aku bosan dan kesepian dirumah, kawan dah ramai hilang, aku ingin mencurah bakti semula.Tawaran datang dari PPD Batu Pahat untuk jawatan guru ganti guru perempuan cuti bersalin atau sakit. Tahun 2005 bertugas di Sek Keb Temenggong Ibrahim 2 bulan, bertugas di Sek Keb Parit Bilal 2 bulan, bertugas di Sek Men Tungku Putera Tongkang Pechah 2 bulan, bertugas di Sek Men Keb Penghulu Saat 2 bulan, bertugas di SMK Tun Ismail 2 bulan. Tahun 2006 bertugas di SMK Tun Aminah setahun. Tahun 2007 pindah ke Tenggaroh 1 dan isteri naik pangkat pindah Sk Felda Tenggaroh 1 Mersing. Tahun 2008 bertugas di SMK Dato Bentara Luar 2 bulan, bertugas di SMK Syed Esa 2 bulan dan lepas ni pencen terus …

Isteriku Rosdiati binti Minhaj pergi buat selama-lamanya pada 14 Mei 2018, jam 12.14 pagi. Dimasa lapang aku buat kerja amal di Wisma Pengakap Batu Pahat bersama-sama otai-otai pengakap yang lain.

” SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP”…..sampai ke hujung usia…👍👍👍⚘⚘☘⚘

Leave a comment