Doktor Haji Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani

Posted: October 14, 2021 in KLM 17 / MPTI / IPGKTI

Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani yang juga di kenali dengan panggilan Dr Mukh, telah menjadi ahli Pengakap semasa berumur 11 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris (Rendah), Sabak Bernam Selangor dalam tahun 1961. Pada tahun 1962 beliau telah dilantik menjadi Ketua Kumpulan Pengakap Sekolah tersebut. Pada tahun 2021 ini, genaplah beliau menjadi Pengakap selama 60 tahun.
Pada tahun 1963 semasa di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah menjadi ahli 1st Kuala Kangsar Troop. Menjadi Pengakap Raja dalam tahun 1967 selepas pentarafan di Haslet Camp Ipoh. Ketua Pentarafnya ialah Encik Yeoh San Choon yang kemudian menjadi Pesuruhjaya Latihan Negara.
Aktiviti kepengakapannya terpaksa ditangguhkan kerana beliau telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan. Sekembalinya ke tanah air, beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Kelang dan kemudian di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada tahun 1986 hingga kini menjadi Pengamal Perubatan di Klinik Menara, Datok Keramat, Kuala Lumpur.
Beliau aktif semula dalam pergerakan Pengakap apabila beliau menjadi Ahli Seumur Hidup Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) semasa berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan dalam tahun 1982.
Dari 1995 hingga 2002 beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM). Dalam tahun 2002 beliau dipilih sebagai Pengerusi PPRM hingga 2016.
Di peringkat Nasional, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Malaysia (2005), Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (2006) dan seterusnya sebagai Pesuruhjaya Antarabangsa PPM 2007 – 2009 dan 2014 sehingga kini, dilantik menjadi Jurulatih Antarabangsa dalam tahun 2007.
Sebagai Timbalan Pengerusi dan seterusnya sebagai Pengerusi Persaudaraan Pengakap Raja, beliau sering menjadi tuan Rumah kepada Pengakap dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur. Jalinan persahabatan ini telah memupuk semangat beliau untuk menceburi arena kepengakapan Antarabangsa.
Beliau mula berkecimpung dalam pergerakan Pengakap Antarabangsa dalam tahun 2001 apabila dilantik sebagai Ahli Asia Pacific Region (APR) Strategy Subcommittee semasa persidangan Asia Pacific Regional Conference ke 20 di New Delhi, India.
Di Brunei, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi APR Scouting Profile Subcommittee semasa persidangan Asia Pacific Regional Conference ke 21 di Bandar Seri Begawan, dalam tahun 2004. Pada tahun yang sama, Association of Top Achievers Scouts (ATAS) telah di tubuhkan. Beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Kehormat dengan nombor keahlian # 004.
Semasa persidangan World Scout Conference ke 37 dalam tahun 2005 di Tunisia, International Union of Muslim Scouts (IUMS) yang beribupejabat di Makkah, Saudi Arabia, telah mengadakan persidangannya yang ke 9. Beliau telah dipilih menjadi ahli komiti IUMS dalam persidangan tersebut.
Dalam tahun 2007, Dr. Mukh dipilih sebagai ahli Asia Pacific Regional Scout Committee di Tokyo semasa persidangan APR Scout Conference ke 22. Pada persidangan ke 23 di Kuala Lumpur, Oktober 2009, beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi APRS Committee.
Beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi International Union of Muslim Scouts semasa persidangan World Scout Conference ke 38 di Korea. Tempoh beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 2008 hingga tahun 2011.
Di antara jawatan yang di sandang di arena antarabangsa ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Asia Pacific Regional Scout, Ahli Asia Pacific Scout Foundation Management Committee dan kemudian dipilih sebagai Timbalan Pengerusinya tahun 2012, Timbalan Pengerusi Asia Pacific Evergreen Scouts, Ahli Komiti Association of Top Achievers Scouts (ATAS) World. Konsultan Asia Pacific Regional Scout Committee.
Beliau telah dipilih kali kedua sebagai ahli komiti International Union of Muslim Scouts dari 2014 hingga 2021 di Slovenia dalam persidangan IUMS yang ke 12.

Dr. Mukh menjadi ahli perwakilan, pakar rujuk, mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke World Scout Conference (WSC):
42nd WSC – 2021 Secara Maya Ahli perwakilan.
41st WSC – 2017 Azerbaijan. Ahli perwakilan, pakar rujuk.
40th WSC – 2014 Slovenia. Ahli perwakilan.
39th WSC – 2011 Brazil. Ahli APR Scout Committee, pakar rujuk.
38th WSC – 2008 Korea. Ketua perwakilan.
37th WSC – 2005 Tunisia. Ahli perwakilan, pakar rujuk.

Beliau menghadiri persidangan Asia Pacific Regional Scout Conference dalam berbagai kapasiti:
2018 Philippines, 2015 Korea, 2012 Bangladesh, 2009 Malaysia, 2007 Japan, 2004 Brunei, 2001 India.

Jawatan dalam kepengakapan pada waktu ini:
Malaysia

2013 Pesuruhjaya Antarabangsa, Persekutuan Pengakap Malaysia.
2007 Jurulatih Antarabangsa.

Antarabangsa
2016 Konsultan, World Organisation of the Scout Movement (WOSM) on the Global Support Assessment Tool (GSAT) for Quality Standard.
2015 Timbalan Pengerusi, Evergreen Scouts Asia Pacific Region.
2014 Ahli Lembaga Pengelola, Association of Top Achiever Scouts -World.
2012 Konsultan, Asia Pacific Region Scout Committee, World Organisation of the Scout Movement.

Aktiviti Kepengakapan:
Asia Pacific Regional Scout Top Leaders Summit
2021 10th Secara Maya. Ahli perwakilan.
2017 9th Bali, Indonesia. Ahli perwakilan.
2014 8th Colombo, Sri Lanka. Konsultan APR Scout Committee.
2010 7th Bangalore, India. Timbalan Pengerusi of APR Scout Committee.
2009 6th Kathmandu, Nepal. Ahli APR Scout Committee.
2006 5th Laguna, Philippines. Pengerusi APR Scouting Profile Subcommittee.
2004 4th Jakarta, Indonesia. Ahli APR Strategic Planning Subcommittee.

World Scout Jamborees:
20th WSJ – 2003 Thailand.

Khidmat kepengakapan:
Malaysia
2019 Timbalan Pengarah National Strategic Planning Review Workshop.
2017 Ahli World Scout Conference Bidding Committee di Azerbaijan.
2016 Penyelaras GSAT Persekutuan Pengakap Malaysia
2015 Penyelaras National Strategic Planning Workshop.
2014 Ahli World Scout Conference Bidding Committee di Slovenia.
2014 Penyelaras Review on Adult in Scouting Workshop.
2013 Ahli Bidding Committee for hosting the World Scout Bureau di Malaysia.
2011 Pengarah Kursus, Adult in Scouting Workshop, Malaysia.
2008 Penyelaras Pameran Bergerak 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia.
2007 Pengarah Kursus, APR- ICT Workshop, Malaysia.
2006 Pengarah Kursus, APR Marketing Workshop, Malaysia.
2006 Penyelaras Pakistan Earthquake Fund Raising.
2004 Ahli Komiti, National Learning Organisation Workshop.
2003 Penyelaras National Strategic Planning Workshop.
2003 Penyelaras Prostar Revisit Camp dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2002 Penyelaras Keluarga Angkat (Home Hospitality Programme) untuk 1500 Pengakap dari Sweden, United Kingdom, Denmark, Colombia dan Chile sebelum dan selepas Jambori Dunia di Thailand.
1997 Pelopor Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Pengakap ‘Prostar Pengakap’ (HIV-AIDS Awareness programme for the Scouts) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Mendapat pengiktarafan daripada World Organisation of Scout Movement (WOSM) sebagai ‘Promising Practice’.
1985 Pelopor Klinik Sehari (Scout Charity Clinic), bermula di Puchong, Selangor.

Antarabangsa
2020 Fasilitator GSAT Scouts of Cambodia.
2018 Pakar rujuk APR Scout Conference Philippines.
2017 Pakar rujuk Break out Group 41st World Scout Conference Azerbaijan.
2016 Fasilitator GSAT Bharat Scouts & Guides, New Delhi.
2013 Pakar rujuk 49th APR Basic Management Course, Penang Malaysia.
2012 Pengerusi Bersama Asia Pacific Regional Scout Conference Dhaka, Bangladesh.
2012 1st Vice Chairman APR Workshop, on Environment Education, Sabah Malaysia.
2011 Pakar rujuk Break out Group 39 World Scout Conference Brazil.
2011 Penasihat, APR Marketing and Media Workshop, Maldives.

Anugerah Kebangsaan Kerajaan Malaysia:
2009 Ahli Mangku Negara.

Anugerah Pengakap:
Persekutuan Pengakap Malaysia

2021 Pingat Semangat Padi Perak.
2016 Pingat Semangat Rimba Emas.
2010 Pingat Semangat Rimba.
2010 Pingat Jasa Pengakap.
2006 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
2006 Pingat Perkhidmatan Setia.
1996 Pingat Perkhidmatan Baik.
1992 Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Anugerah Pengakap Antarabangsa:
2019 Pakistan Boy Scouts Association -The Silver Camel.
2019 Anugerah oleh the Islamic Council on Scouting of North America.
2019 Anugerah oleh the Korea Scout Association – Life Gold Member #1930.
2018 Asia Pacific Regional Scout – The Distinguished Service Award.
2018 Singapore Scouts Association – Distinguished Service Award oleh President Halimah Yaacob.
2017 Sri Lanka Scouts Association – The Silver Lion Award oleh President M Sirisena.
2016 Korea Scout Association – The Medal of Honour.
2015 The Boy Scout of the Philippines – The President’s Award oleh Vice President Binay.
2015 Asia Pacific Regional Scout – The Chairman’s Award.
2015 Scouts of Bangladesh – The President’s Award.
2015 National Scouts Organisation of Thailand – The Boy Scout Citation First Class oleh Crown Prince Maha Vajiralongkorn.
2014 Scouts of China – The Green Jade Great Wall Award oleh President Ma Ying-jeou.
2013 Brunei Scouts Association – The Friendship Award oleh DYMM Sultan Hassanul Bolkiah.
2011 Gerakan Pramuka Indonesia – Satya Surya Utama oleh President Susilo Bambang Yudhono
2011 Scouts of China – The Green Jade Lion Award.
2011 Girl Guides Malaysia – Thank You Award.
2010 Korea Scout Association – Friendship Award.
2007 Scout Association of Japan – Friendship Award.
2007 Asia Pacific Regional Scout – Certificate for Good Service.

Afiliasi:
Ahli Seumur Hidup Malaysian Medical Association.
Ahli Seumur Hidup Private Medical Practitioners’ Association of Selangor and Kuala Lumpur (PMPASKL).
Ahli Seumur Hidup Association for Physical Education, Sports, Science and Health.
Ahli Seumur Hidup King Scouts Brotherhood of Malaysia.
Ahli Scouts Association of Malaysia.
Ahli Asia Pacific Scout Foundation.
Ahli Bangladesh Scouts Foundation.
Ahli Malaysian Doctors Cooperative Society.

Leave a comment