Tokoh Pengakap Johor

Posted: February 9, 2010 in pengakap

Pesuruhjaya Negeri Johor Tn. Hj. Ibrahim Joned

Alamat: No. 42, Tmn. Bunga Raya,
Jalan Temenggong Ahmad,
84000 Mua, Johor

Telah dilahirkan pada 8/11/1922. Ia melibatkan diri dalam pengakap pada tahun 1935. Menjadi Ketua Kontijen Johor bagi jambori pertama di Pulau Pinang (1966), jambori kedua di Melaka (1970). Pada 1986 beliau telah menjadi Pesuruhjaya Negeri Johor. Telah menjadi Tokoh Guru Negeri Johor 1984. Pingat yang diperolehi AMN., PPN., PIS., BSI.
Pantun susunan beliau:

Main lelayang jaga teraju,
Jangan sampai jadi mengigal,
Buat kerja biarlah maju,
Separuh jalan jangan ditinggal

Bukit Besar Tanjung Labuh,
Pinggir Kem Jubli Intan
Buat kerja bersungguh-sungguh
Insya Allah mendapat kejayaan

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pen. Pesuruhjaya Latihan, Tn. Hj. Shuib Ismail

Dilahirkan pada 5/3/1923. Telah menerima anugerah tertinggi pengakap iaitu Semangat Padi. Jawatan tertinggi ialah Pen. P/J Negeri Johor (Unit Latihan). Menjadi Tokoh Guru Negeri Johor pada 1985. Pingat yang diperolehi ialah AMN., PLP., PIS.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tn. Hj. Ismail Hussin

Alamat : No. 60A, Jln. Mohd Salleh,
82000 Pontian, Johor

Dilahirkan pada 1/10/1935 di Pontian, Johor. Telah ditauliahkan sebagai pemimpin pengakap di Masai pada 1/10/1954. Menjadi Pesuruhjaya Daerah Pontian pada 16/9/1969. Pada 25/6/1993 ditauliahkan sebagai Pen. P/J Negeri Johor  (Unit Pengakap Remaja). Beliau telah dianugerahkan bintang pengakap tertinggi iaitu Semangat Padi. Pingat yang diperolehi ialah PIS., BSI. Prinsip beliau ialah pengakap merupakan satu pergerakan yang mempunyai peraturan, disiplin dan menyatukan semua kaum.

Tn. Hj. Ismail Hussin bersama peserta Jambori Johor

Perbincangan terbuka antara Tn. Hj. Ismail dan Tn. Hj. Shuib di Jambori Melaka Bandaraya Bersejarah

+++++++++++++++++++++++++++++++

Tn. Hj. Muhamad Saat bin Bongkek

Alamat : No. 24, Jln. Denai 2,
Lot 1084, Kg. Baru,
81200 Johor Bahru, Johor

Merasmikan KMK di MPTI

Menjadi jurulatih KMK peringkat daerah

Telah dipilih sebagai Tokoh Guru Negeri Johor 1999 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2001. Beliau adalah Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Program. Pingat yang diperolehi ialah KMN., PLP., PIS.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Hj. Yaakub bin A. Karim

Alamat : Kem Jubli Intan Tg. Labuh, Km 9, Jalan Tanjung Labuh, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Telefon : 07-4289254. E-mail Pesuruhjaya : scjohor@gmail.com. Pingat yang diperolehi ialah PIS.

 

menerima pingat 100 tahun PPM dari PM Msia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s