KMK telah dilaksanakan di Kompleks Sukan Air dan Udara, Kementerian Belia dan Sukan, Desaru, Kota Tinggi. KMK bermula dari 4-7 September 2017. Ia melibatkan 55 orang penolong pemimpin dan 7 orang jurulatih. Ketua Kursus
terdiri dari En. A. Latif bin Awi dan Pn. Normila bt. Mohd. Bohari.Penolong Pemimpin terdiri dari siswa dan siswi PISMP semester 3. Mereka terdiri dari 5 sekawan iaitu Biru, Merah, Kuning, Hijau dan Jingga.

kuning

sekawan Kuning

jingga

sekawan Jingga

hijau

sekawan Hijau

biru

sekawan Biru

merah

sekawan Merah

Kesemua 55 orang telah lulus KMK ini dan telah layak memakai Woogle gilwell dan epolet penolong pemimpin. Sekawan Kuning telah berjaya mencapai Standard Perkhemahan.

Tahniah kepada semua penolong pemimpin, semoga anda semua akan meneruskan untuk KMK Peringkat 3A di masa akan
datang melalui ekstra kokurikulum.

KLM-17 jua telah menganjurkan Malam Seribu Kenangan bagi meraikan En. A.Latif bin Awi yang akan bersara wajib pada 28 September 2017 nanti. KMK ini merupakan khidmat terakhir beliau di KLM-17/IPGKTI. Beliau adalah seorang Jurulatih Kokurikulum, Jurulatih Pengakap Antarabangsa (4beads), Mantan Pesuruhjaya KLM-17 dan Pensyarah Kanan (DG54).Semoga khidmat dan
jasa bakti yang telah diberikan akan menjadi kenangan yang berkekalan bagi penolong-penong pemimpin lepasan IPGKTI khususnya dan IPGM umumnya.

Advertisements

Beliau telah bersara pada 12 Mei 2017. Bertugas di Unit Kokurikulum IPGKTI. Majlis ‘send off’ telah dilaksanakan pada 11 Mei 2017. Semoga jasa dan khidmat bakti yang ditaburkan dapat digarap oleh siswa siswi dan rakan-rakan semua. Selamat maju jaya.


Bersara wajib pada 30 April 2017. Beliau bertugas di Jabatan Matematik sebagai Timbalan Ketua Jabatan. Semoga dikurniakan kesihatan yang sebaiknya dan hidup dalam rahmat dan lindungan Allah jua. Jasa dan khidmatmu dikenang.

Pantun Matematik dari beliau;

Pentagon subjek dalam Geometri
Bulatan pula dalam Trigonometri
Pantun dikarang melepas diri
Entahkan bila berjumpa lagi

Geometri Hexagon dalam Logaritma
Peratus, Pecahan dan Perpuluhan
Walau sezarah silap dan salah
Harap dimaafkan disimpan jangan

Kalkulus, Statistik memang senang
Aritmatik, Algebra kacang sekali
Kalau ada detik yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Buai Trigonometri antara Tapak
Keluk Pecahan dalam Kebarangkalian
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

IMG-20170430-WA0108

This slideshow requires JavaScript.

Telah dilaksanakan pada 11 – 14 April 2017 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara , Desaru, Kota Tinggi. Kursus dihadiri oleh Unit Pengakap, BSMM dan KRS. Seramai 80 orang siswa dan siswi dari PISMP Ambilan Jun 2014 dan PDPLI Ambilan Jun 2016 telah mengikuti kursus ini.

17757387_724581451048027_1817091569553509200_n

Unit KRS

kmk3 140417 (60)

Unit BSMM

latif kmk3 140417

Unit Pengakap

Unit Pengakap telah menjalankan KMK3a dan 3b. Seramai 40 orang siswa dan siswi dan 7 orang jurulatih mengikuti KMK3 ini. Sekawan Biru telah menjuarai Perkhemahan Pek. Ketua Kursus En. Ab. Latif bin Awi telah menjalankan KMK ini dengan jayanyanya dan ini mungkin merupakan khidmat beliau yang terakhir sebelum bersara wajib pada tahun 2017 ini.

Majlis Penutupan telah dilaksanakan oleh wakil Pengarah IPGKTI iaitu En. Daud Md. Jani, Ketua Unit Ko Kurikulum. Juara Perkhemahan dan Malam Kebudayaan adalah Pengakap. Semoga semua mendapat ilmu dan kemahiran dari kursus ini. Pokok Sekayu dan Pokok Selasih…TQ dan Terima Kasih.

hyod

Barisan Jurulatih Kursus

normila2012

Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah KLM-17 yang baru menggantikan Pn. Khalidah bt. Ahmad. Mempunyai 2 biji manikayu dan telah mengikuti Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT).

Beliau adalah bekas guru pelati MPTI dan telah mengikut KMK sejak 1997 dan memperoleh 2 biji manikayu pada 16/02/2001 semasa di MPTI.

Beliau telah bertugas dibeberapa buah sekolah sebagai guru sebelum ditempatkan semula di IPTI. Alhamdulillah kerana minatnya terhadap kepengakapan, dari seorang penolong pemimpin >>> pemimpin >>> penolong pesuruhjaya daerah dan  kini beliau telah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Daerah KLM-17. Semoga dengan pengalaman yang luas dan ilmu kepengakapan yang tinggi beliau akan dapat memimpin KLM-17 dengan jayanya….Tahniah dan Syabas.

 

pakbakar2

ABU BAKAR BIN AHMAD

Beliau telah meninggal dunia pada Isnin, 24 Oktober 2016 jam 7 malam di rumahnya. Arwah dikebumikan pada 25 Oktober 2016 JAM 11.00 PAGI. Arwah adalah Mantan Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM BPG KPM yang pertama.

Semoga jasa dan budi arwah dalam menubuhkan MPKLM diganjari Allah dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah ampuni dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia dan rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.

IPGKTI Johor telah melaksanakan kursus wajib bagi pergerakan pengakap di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru, Kota Tinggi. Kursus dijalankan pada 3-6 Oktober 2016. Seramai 27 orang ahli pengakap dan 7 orang jurulatih telah mengendalikan KMK Pengenalan dan KMK Pkt. 1.

Majlis Penutupan telah dilaksanakan oleh wakil Pengarah IPGKTI, Pn. Saedah Mohd Shah. En. Latiff Awi telah mengumumkan semua peserta lulus dan peserta telah menyarungkan woogle Gilwell dan memakai epolet penolong pemimpin.

Pengakap juga telah menjuarai pertandingan perkhemahan dan malam kebudayaan mengalahkan unit BSMM dan unit KRS. Sekali berpengakap terus berpengakap, semoga semua peserta akan meneruskan ke peringkat KMK Pkt. 2.