Archive for the ‘KLM 17 / MPTI / IPGKTI’ Category

(ex-mpti Tahun 2000)

Biodata Diri

  1. Nama : Dr. Normila binti Mohd Bohari
  2. Tarikh Lahir : 17.07.1977
  3. Tempat Lahir : Kampung Tanjung Selabu, 84300 Muar, Johor
  4. Nama Bapa : Mohd Bohari bin Miran
  5. Nama Ibu : Hasnah binti Husain
  6. Nama Suami : Mohd Zamani bin Yahya
  7. Bil. Anak : 3 Orang ( 1 Perempuan, 2 Lelaki)

Sejarah Pendidikan

(1982-1988 )
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Serom 3, Muar Johor

(1989-1994)
Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Tunku Mahmood Iskandar, Sungai Mati, Muar Johor

(1994-1996)Berada di Tingkatan 6, di Sekolah Menengah Bandar Mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

(1997-2000)Di terima menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Malaysia, di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor

(2008-2012)
Menyambung Pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Rendah ( Bahasa Melayu) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

(2013-2016)
Meneruskan pengajian di Peringkat Sarjana Pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang Rekabentuk Instruksional dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional

(2019-2021)
Menerima Tajaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneruskan pengajian dalam bidang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Teknikal dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia

(1.8.2022)
Menamatkan pengajian dan berjaya menyelesaikan dan memperolehi PhD.

Sejarah Kerjaya

(2000-2001)
Ditempatkan di Sk. Lubok Kelubi, Hulu Langat, Selangor sebagai Guru Bahasa Inggeris dan Guru Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 2.

(2001-2003)
Atas keperluan perkhidmatan , telah dipindahkan ke Sk. Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor sebagai Guru Prasekolah .

(2004-2006)
Berpindah ke Negeri Johor mengikuti suami dan di tempatkan di Sekolah Permas Jaya 4 sebagai Guru kelas Tahun 2 dan Guru Prasekolah

(1 Jun 2006 – 1.9.2018)
Dipindahkan ke Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim dan Kini bertukar nama kepada IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebagai Guru Prasekolah.

(1.9.2018 – 30.10.2021)
Menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Teknikal dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia atas Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia

(1.11.2021 hingga sekarang)
Bertugas di Unit Kokurikulum sebagai Jurulatih Kokurikulum dan kini di lantik sebagai Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus temenggong Ibrahim Johor.

Sejarah Kepengakapan

(1991-1994)
Ahli pengakap biasa di Sekolah Menengah Tunku Mahmud Iskandar, Johor

(1995-1996)
Mula aktif apabila dilantik sebagai Bendahari Pengakap semasa bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor

(1997-2000)
Kembali aktif apabila menyertai Pengakap KLM 17 dengan mengikuti pelbagai kursus:-
I) Kursus Manikayu Pengenalan
II) Kursus Manikayu 2
III) Kursus Manikayu 3 (a)
IV) Kursus Manikayu 3 (b)
V) Kursus Manikayu 4 (a)
VI) Kursus Manikayu 4 (b)
VII) Dilantik menjadi Penolong Ketua Pengakap bagi Pengakap KLM 17, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
VIII) Menerima Sijil Manikayu 2 Butir Pengakap Kanak-kanak pada 16/02/2001

(2000-2004)
Pemimpin pengakap bagi Pengakap Daerah Hulu Langat, Selangor

(2005-2006)
Pemimpin Pengakap bagi Pengakap Daerah Pasir Gudang, Johor

(2006-2016)
Penolong Pesuruhjaya Daerah bagi KLM-17
-Mengikuti Kursus “Assitance Leaders Trainers” di Universiti Tun Hussein Onn , Malaysia

(2016-2018)

-Dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah KLM-17
-Menyelesaikan Kursus Kepimpinan Pengakap Muda di Tanjong Labuh pada 28 Januari 2018
-Menerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (16 Februari 2017)
-Bekerjasama dengan Pengakap Negeri Johor dalam melaksanakan Aktiviti International Agoonoree ( 12-15 Mac 2018)

(2019-2021)
Dilantik Penolong Pesuruhjaya Daerah KLM-17

(2021-2023)
Memegang Jawatan Penolong Pesuruhjaya Daerah KLM-17
Dilantik Pesuruhjaya Zon Selatan PPMKLM, IPGM
Dilantik Penolong Setiausaha II PPMKLM, IPGM
Menerima Sijil Manikayu 2 butir dalam Pengakap Muda pada 1.2.2023
Membantu dalam pelaksanaan ScoutJBX Legoland ( 14-17 Februari 2023)
Membantu dalam pelaksanaan program Jota Joti peringkat Kebangsaan di IPG Afzan ( 14-16 Oktober 2022)
Mengikuti Kursus “Leaders Trainers” di IYC, Kuala Lumpur ( 26/8/2023-1/9/2023)

SIJIL-SIJIL KEPENGAKAPAN

KOLEKSI FOTO PENGAKAP

(ex-student MPTI 1999)

Tarikh Lahir
25 MEI 1976

Tempat Lahir
KAMPUNG SUNGAI KELONG,
16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN.

Nama Ayah
ISMAIL BIN DERAMAN

Nama Ibu
KHATIJAH BINTI TAIB

Bilangan Adik Beradik
5 ORANG ( 1 P, 4 L )

Nama Isteri
IZAN BINTI ESHAK

Bilangan Anak
4 ORANG ( 1 P, 3 L )

Nama Anak
1) NURIN SAJIDAH BINTI MOHD IFFAZANIZAN
2) MUHAMMAD ALI BIN MOHD IFFAZANIZAN
3) MUHAMMAD AL-AMIN BIN MOHD IFFAZANIZAN
4) MUHAMMAD AQIL BIN MOHD IFFAZANIZAN

SEJARAH PENDIDIKAN
1983-1988
Mendapat pendidikan awal dari Tahun 1-6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil (1), 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

1989-1993
Dari Tingkatan 1-5 bersekolah di Sekolah Menengah Kamil, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

1994-1995
Melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kamil, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

1996-1999
Melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat diploma pendidikan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

2004-2007
Meningkatkan lagi taraf pendidikan dengan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di Open University Malaysia (OUM), Kampus Kota Bharu, Kelantan.

KERJAYA

2000
Mula mengajar di SK Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.

2001-2003
Mengajar di SK Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan.

2003-2004
Mengajar di SK Panggong, Pasir Puteh, Kelantan.

2005-2007
Mengajar di SK Pasir Puteh (P), Pasir Puteh, Kelantan.

2008-2009
Mengajar di SK Jelor, Pasir Puteh,kelantan.

2009-2010
Mengajar di SJKC Kai Chih, Pasir Puteh, Kelantan.

2010-2014
Mengajar di SK Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

2014-2022
Mengajar di SK Kulim, Pasir Puteh, Kelantan.

2023
Mengajar di SK Seligi, Pasir Puteh, Kelantan.

PENGLIBATAN DALAM PENGAKAP

31 Mac 1989
Mula memakai Lencana Keahlian PPM Kumpulan 22 Pasir Puteh, Kelantan.

7- 9 September 1989
Pertama kali menyertai Perkhemahan Agong Tahunan (PERAJA) bertempat di Kem Pengakap Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan.

1989-1993
Menyertai pelbagai aktiviti pengakap di sekolah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

1996-1999
Mula melibatkan diri dalam aktiviti dan kursus yang dianjurkan oleh KLM 17 MPTI, JB. Antaranya ialah ;
1) Kursus Manikayu 1
2) Kursus Manikayu 2
3) Kursus Manikayu 3
4) Kursus Manikayu 4A
5) Kursus Manikayu 4B
6) Kursus Enam Sekawan
7) Kursus Water Based

2001-2003
Dilantik sebagai Penolong Pemimpin PPM SK Pasir Gajah, Kumpulan 13 Kuala Krai, Kelantan.

2003-2004
Dilantik sebagai Penolong Pemimpin PPM SK Panggong, Kumpulan 17 Pasir Puteh, Kelantan.
Telah dianugerahkan Manikayu Pengakap Kanak-Kanak ketika berkhidmat sebagai Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan 17 Pasir Puteh, Kelantan.

2005-2007
Dilantik sebagai Penolong Pemimpin PPM SK Pasir Puteh (P), Kumpulan 51 Pasir Puteh, Kelantan.

2008-2009
Dilantik sebagai Penolong Pemimpin PPM SK Jelor, Kumpulan 46 Pasir Puteh,kelantan.

2009-2010
Dilantik sebagai Penolong Pemimpin PPM SJKC Kai Chih, Kumpulan 52 Pasir Puteh, Kelantan.

2010-2014
Dilantik sebagai Pemimpin PPM SK Jeram, Kumpulan 31 Pasir Puteh, Kelantan.
Dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Pasir Puteh, Kelantan.

2014-2022
Dilantik sebagai Pemimpin dan Penolong Pemimpin PPM SK Kulim, Kumpulan 36 Pasir Puteh, Kelantan.

2023
Dilantik sebagai Pemimpin PPM SK Seligi, Kumpulan 25 Pasir Puteh, Kelantan.
Dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Menghadiri Kursus Manikayu Unit Pengakap Muda.

KURSUS KEPIMPINAN ASAS
PENGAKAP MUDA  DAN  KANAK-KANAK
10 – 12 APRIL 1997

KURSUS MANIKAYU
PENGAKAP KANAK-KANAK
PULAU BESAR, MERSING, JOHOR.

SIJIL-SIJIL PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI:

GALERI AKTIVITI KEPENGAKAPAN

Pada 18 November 2018 sempena persaraan Tn Hj Yusof Osman, telah diadakan majlis penyerahan yang berikut:

  1. Sijil Pendaftaran KLM-17
  2. Modul KMK bagi Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda
  3. Fail pengurusan KLM-17

Penyerahan tersebut telah diterima oleh Tuan Zali bin Abd. Rahman selaku Pesuruhjaya Daerak KLM-17 yang baru. Tahniah Tuan Zali bin Abd. Rahman.

A. LATAR BELAKANG:
Nama: ZAINAL ARIFF BIN MAT
Tarikh Lahir: 17 Mei 1962
Tempat Lahir: Parit, Perak
Ayah: Haji Mat bin Nasib
Ibu: Hajah Mariam binti Mohd. Nasiruddin
Bilangan Ahli Keluarga: 14 orang (5 lelaki dan 9 perempuan)
Tarikh Berkahwin: 19 November 1993
Nama Isteri: DR. SULIANA BINTI HJ. WAN CHIK
Bilangan Anak: Seorang (Lelaki)
Nama Anak: Muhammad Ainul Syauqie Zainal Ariff
Umur Anak: 21 tahun

B. SEJARAH PENDIDIKAN:
Sekolah Rendah:
1969: Iskandar Shah Primary School, Parit (Darjah 1)
1970 – 1974: St. Michael’s Institution (Primary School), Ipoh (Darjah 2 – Darjah 6)

Sekolah Menengah:
1975 – 1979: St. Michael’s Institution (Secondary School), Ipoh (Ting. 1 – Ting. 5 [LCE & MCE])
1980: Institut Sofar (Persendirian), Ipoh (Ting. 5 [Ulangan])
1981 – 1982: SM Anderson, Ipoh ( Ting. 6)

Maktab:
1983: Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban (lima bulan sahaja)

Universiti:
1983 – 1986: Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian)
1986 – 1987: Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Diploma Pendidikan)
1994 – 1996: Yokohama National Universiti, Japan (Diploma in School Education)
1997 – 1998: Universiti Teknologi Malaysia, Johor (Sarjana Pengurusan Sumber Manusia)

C. KERJAYA:
1987 – 1990: SMK Jalan Pasir Putih, Ipoh
1990 – 1998: Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI), Tg. Malim
1998 – 1999: Maktab Perguruan Ipoh, Perak (MPIP)
1999 – 1999: Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (MPKI)
1999 – 2013: Maktab Perguruan/Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis
2013 – 2022: Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGK Ipoh)

D. KOKURIKULUM:
 Kursus Latihan Membina Semangat (KLMS): Menjadi jurulatih KLMS dari 1991 hingga 1993 semasa di IPSI, Tg. Malim.
 Tunas Samudera: Menyertai program Tunas Samudera dari Pulau Pangkor – Langkawi – Pulau Pangkor – Belawan (Indonesia) – Pulau Pangkor pada tahun 2006 atas nama MPKLMBPG.
 Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Latihan Malaysia BPG/IPG:
2000 – 2005: Penolong Pesuruhjaya Daerah KLM-19, MP Perlis
2005 – 2007: Pesuruhjaya Daerah KLM-19, MP Perlis
2007 – 2010: Penolong Setiausaha Kehormat, MPKLMBPG
2010 – 2017: Setiausaha Kehormat MPKLMBPG/MPKLMIPG
2017 – 2022: Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPMKLM IPGKPM yang ke 5

E. PERSARAAN:
Bersara wajib dalam perkhidmatan Kerajaan pada 16 Mei 2022. Majlis persaraan telah diadakan sempena Program KLM Bripong Terengganu pada 10 Mei 2022 di TELTRAC, IPGK Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Di malam itu juga diadakan majlis pembacaan profil oleh Mantan Akela Tn. Radhi Ismail dan penyerahan tongkat kuasa kepada Kapten Asrar sebagai pengganti.

F. ANUGERAH PINGAT:
Telah berkhidmat dalam pengakap selama 25 tahun dan telah menerima pingat SKKPN, PPB, PPS, PPL, PPC, PPG (2019) DAN PJP.

Telah menerima Anugerah Pingat Dato’ Sagor (Perak) pada 4 Mei 2019.

Telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 10 September 2020.

Sekalung tahniah buat Tn Zainal Ariff bin Mat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPMKLM IPGKPM atas penganugerahan Bintang Seri Setia Pengakap Terengganu yang dikurniakan oleh KDYMM Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 13 Oktober 2022.

Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani yang juga di kenali dengan panggilan Dr Mukh, telah menjadi ahli Pengakap semasa berumur 11 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris (Rendah), Sabak Bernam Selangor dalam tahun 1961. Pada tahun 1962 beliau telah dilantik menjadi Ketua Kumpulan Pengakap Sekolah tersebut. Pada tahun 2021 ini, genaplah beliau menjadi Pengakap selama 60 tahun.
Pada tahun 1963 semasa di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah menjadi ahli 1st Kuala Kangsar Troop. Menjadi Pengakap Raja dalam tahun 1967 selepas pentarafan di Haslet Camp Ipoh. Ketua Pentarafnya ialah Encik Yeoh San Choon yang kemudian menjadi Pesuruhjaya Latihan Negara.
Aktiviti kepengakapannya terpaksa ditangguhkan kerana beliau telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan. Sekembalinya ke tanah air, beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Kelang dan kemudian di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada tahun 1986 hingga kini menjadi Pengamal Perubatan di Klinik Menara, Datok Keramat, Kuala Lumpur.
Beliau aktif semula dalam pergerakan Pengakap apabila beliau menjadi Ahli Seumur Hidup Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) semasa berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan dalam tahun 1982.
Dari 1995 hingga 2002 beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM). Dalam tahun 2002 beliau dipilih sebagai Pengerusi PPRM hingga 2016.
Di peringkat Nasional, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Malaysia (2005), Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (2006) dan seterusnya sebagai Pesuruhjaya Antarabangsa PPM 2007 – 2009 dan 2014 sehingga kini, dilantik menjadi Jurulatih Antarabangsa dalam tahun 2007.
Sebagai Timbalan Pengerusi dan seterusnya sebagai Pengerusi Persaudaraan Pengakap Raja, beliau sering menjadi tuan Rumah kepada Pengakap dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur. Jalinan persahabatan ini telah memupuk semangat beliau untuk menceburi arena kepengakapan Antarabangsa.
Beliau mula berkecimpung dalam pergerakan Pengakap Antarabangsa dalam tahun 2001 apabila dilantik sebagai Ahli Asia Pacific Region (APR) Strategy Subcommittee semasa persidangan Asia Pacific Regional Conference ke 20 di New Delhi, India.
Di Brunei, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi APR Scouting Profile Subcommittee semasa persidangan Asia Pacific Regional Conference ke 21 di Bandar Seri Begawan, dalam tahun 2004. Pada tahun yang sama, Association of Top Achievers Scouts (ATAS) telah di tubuhkan. Beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Kehormat dengan nombor keahlian # 004.
Semasa persidangan World Scout Conference ke 37 dalam tahun 2005 di Tunisia, International Union of Muslim Scouts (IUMS) yang beribupejabat di Makkah, Saudi Arabia, telah mengadakan persidangannya yang ke 9. Beliau telah dipilih menjadi ahli komiti IUMS dalam persidangan tersebut.
Dalam tahun 2007, Dr. Mukh dipilih sebagai ahli Asia Pacific Regional Scout Committee di Tokyo semasa persidangan APR Scout Conference ke 22. Pada persidangan ke 23 di Kuala Lumpur, Oktober 2009, beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi APRS Committee.
Beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi International Union of Muslim Scouts semasa persidangan World Scout Conference ke 38 di Korea. Tempoh beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 2008 hingga tahun 2011.
Di antara jawatan yang di sandang di arena antarabangsa ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Asia Pacific Regional Scout, Ahli Asia Pacific Scout Foundation Management Committee dan kemudian dipilih sebagai Timbalan Pengerusinya tahun 2012, Timbalan Pengerusi Asia Pacific Evergreen Scouts, Ahli Komiti Association of Top Achievers Scouts (ATAS) World. Konsultan Asia Pacific Regional Scout Committee.
Beliau telah dipilih kali kedua sebagai ahli komiti International Union of Muslim Scouts dari 2014 hingga 2021 di Slovenia dalam persidangan IUMS yang ke 12.

Dr. Mukh menjadi ahli perwakilan, pakar rujuk, mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke World Scout Conference (WSC):
42nd WSC – 2021 Secara Maya Ahli perwakilan.
41st WSC – 2017 Azerbaijan. Ahli perwakilan, pakar rujuk.
40th WSC – 2014 Slovenia. Ahli perwakilan.
39th WSC – 2011 Brazil. Ahli APR Scout Committee, pakar rujuk.
38th WSC – 2008 Korea. Ketua perwakilan.
37th WSC – 2005 Tunisia. Ahli perwakilan, pakar rujuk.

Beliau menghadiri persidangan Asia Pacific Regional Scout Conference dalam berbagai kapasiti:
2018 Philippines, 2015 Korea, 2012 Bangladesh, 2009 Malaysia, 2007 Japan, 2004 Brunei, 2001 India.

Jawatan dalam kepengakapan pada waktu ini:
Malaysia

2013 Pesuruhjaya Antarabangsa, Persekutuan Pengakap Malaysia.
2007 Jurulatih Antarabangsa.

Antarabangsa
2016 Konsultan, World Organisation of the Scout Movement (WOSM) on the Global Support Assessment Tool (GSAT) for Quality Standard.
2015 Timbalan Pengerusi, Evergreen Scouts Asia Pacific Region.
2014 Ahli Lembaga Pengelola, Association of Top Achiever Scouts -World.
2012 Konsultan, Asia Pacific Region Scout Committee, World Organisation of the Scout Movement.

Aktiviti Kepengakapan:
Asia Pacific Regional Scout Top Leaders Summit
2021 10th Secara Maya. Ahli perwakilan.
2017 9th Bali, Indonesia. Ahli perwakilan.
2014 8th Colombo, Sri Lanka. Konsultan APR Scout Committee.
2010 7th Bangalore, India. Timbalan Pengerusi of APR Scout Committee.
2009 6th Kathmandu, Nepal. Ahli APR Scout Committee.
2006 5th Laguna, Philippines. Pengerusi APR Scouting Profile Subcommittee.
2004 4th Jakarta, Indonesia. Ahli APR Strategic Planning Subcommittee.

World Scout Jamborees:
20th WSJ – 2003 Thailand.

Khidmat kepengakapan:
Malaysia
2019 Timbalan Pengarah National Strategic Planning Review Workshop.
2017 Ahli World Scout Conference Bidding Committee di Azerbaijan.
2016 Penyelaras GSAT Persekutuan Pengakap Malaysia
2015 Penyelaras National Strategic Planning Workshop.
2014 Ahli World Scout Conference Bidding Committee di Slovenia.
2014 Penyelaras Review on Adult in Scouting Workshop.
2013 Ahli Bidding Committee for hosting the World Scout Bureau di Malaysia.
2011 Pengarah Kursus, Adult in Scouting Workshop, Malaysia.
2008 Penyelaras Pameran Bergerak 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia.
2007 Pengarah Kursus, APR- ICT Workshop, Malaysia.
2006 Pengarah Kursus, APR Marketing Workshop, Malaysia.
2006 Penyelaras Pakistan Earthquake Fund Raising.
2004 Ahli Komiti, National Learning Organisation Workshop.
2003 Penyelaras National Strategic Planning Workshop.
2003 Penyelaras Prostar Revisit Camp dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2002 Penyelaras Keluarga Angkat (Home Hospitality Programme) untuk 1500 Pengakap dari Sweden, United Kingdom, Denmark, Colombia dan Chile sebelum dan selepas Jambori Dunia di Thailand.
1997 Pelopor Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Pengakap ‘Prostar Pengakap’ (HIV-AIDS Awareness programme for the Scouts) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Mendapat pengiktarafan daripada World Organisation of Scout Movement (WOSM) sebagai ‘Promising Practice’.
1985 Pelopor Klinik Sehari (Scout Charity Clinic), bermula di Puchong, Selangor.

Antarabangsa
2020 Fasilitator GSAT Scouts of Cambodia.
2018 Pakar rujuk APR Scout Conference Philippines.
2017 Pakar rujuk Break out Group 41st World Scout Conference Azerbaijan.
2016 Fasilitator GSAT Bharat Scouts & Guides, New Delhi.
2013 Pakar rujuk 49th APR Basic Management Course, Penang Malaysia.
2012 Pengerusi Bersama Asia Pacific Regional Scout Conference Dhaka, Bangladesh.
2012 1st Vice Chairman APR Workshop, on Environment Education, Sabah Malaysia.
2011 Pakar rujuk Break out Group 39 World Scout Conference Brazil.
2011 Penasihat, APR Marketing and Media Workshop, Maldives.

Anugerah Kebangsaan Kerajaan Malaysia:
2009 Ahli Mangku Negara.

Anugerah Pengakap:
Persekutuan Pengakap Malaysia

2021 Pingat Semangat Padi Perak.
2016 Pingat Semangat Rimba Emas.
2010 Pingat Semangat Rimba.
2010 Pingat Jasa Pengakap.
2006 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
2006 Pingat Perkhidmatan Setia.
1996 Pingat Perkhidmatan Baik.
1992 Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Anugerah Pengakap Antarabangsa:
2019 Pakistan Boy Scouts Association -The Silver Camel.
2019 Anugerah oleh the Islamic Council on Scouting of North America.
2019 Anugerah oleh the Korea Scout Association – Life Gold Member #1930.
2018 Asia Pacific Regional Scout – The Distinguished Service Award.
2018 Singapore Scouts Association – Distinguished Service Award oleh President Halimah Yaacob.
2017 Sri Lanka Scouts Association – The Silver Lion Award oleh President M Sirisena.
2016 Korea Scout Association – The Medal of Honour.
2015 The Boy Scout of the Philippines – The President’s Award oleh Vice President Binay.
2015 Asia Pacific Regional Scout – The Chairman’s Award.
2015 Scouts of Bangladesh – The President’s Award.
2015 National Scouts Organisation of Thailand – The Boy Scout Citation First Class oleh Crown Prince Maha Vajiralongkorn.
2014 Scouts of China – The Green Jade Great Wall Award oleh President Ma Ying-jeou.
2013 Brunei Scouts Association – The Friendship Award oleh DYMM Sultan Hassanul Bolkiah.
2011 Gerakan Pramuka Indonesia – Satya Surya Utama oleh President Susilo Bambang Yudhono
2011 Scouts of China – The Green Jade Lion Award.
2011 Girl Guides Malaysia – Thank You Award.
2010 Korea Scout Association – Friendship Award.
2007 Scout Association of Japan – Friendship Award.
2007 Asia Pacific Regional Scout – Certificate for Good Service.

Afiliasi:
Ahli Seumur Hidup Malaysian Medical Association.
Ahli Seumur Hidup Private Medical Practitioners’ Association of Selangor and Kuala Lumpur (PMPASKL).
Ahli Seumur Hidup Association for Physical Education, Sports, Science and Health.
Ahli Seumur Hidup King Scouts Brotherhood of Malaysia.
Ahli Scouts Association of Malaysia.
Ahli Asia Pacific Scout Foundation.
Ahli Bangladesh Scouts Foundation.
Ahli Malaysian Doctors Cooperative Society.