Archive for the ‘Berita MPKLM’ Category

Telah dilaksanakan oleh Tn. Zainal Arif bi Mat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLMIPG di IPGK Temenggong Ibrahim Johor pada 21 Julai 2018. Majlis dijalankan di Dewan Dato’ Khairuddin Esa, IPGKTI. Seramai 2 orang pensyarah iaitu En. Zali bin A.Rahman dan Pn. Halidah binti Mohd Jedi dan 26 orang pelajar semester 8 opsyen Matematik dan Sains telah dikalungkan dengan 2 butir Manikayu sebagai Pemimpin yang bertauliah.

2mk loby

Barisan pemimpin yang menerima 2 butir manikayu

2mka

Syabas kepada jurulatih yang telah membimbing pelajar ini, terutama Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM KLM17/IPGKTI, Pn. Normila binti Mohd Bohari. Semoga majlis ini menjadi pendorong, motivasi dan sasaran kepada pelajar lain untuk menghabiskan KMK sebelum mereka menamatkan pengajian di IPGKTI.


Diharapkan jua, pemimpin yang telah dikalungkan ini dapat menggerakkan pergerakan pengakap apabila mereka telah ditempatkan di sekolah nanti. Sekali berpengakap, teruskan berpengakap. Selamat maju jaya dan Salam Pengakap.

Advertisements

Nama: TORMADI B. JONO
Tarikh Lahir: 17.5.1958

Persekolahan:
1. Sek. Ren. : SK. Sungai Kapal, Pengerang
2. Sek. Men. : SMK Tanjung Datuk, Pengerang (tktn 1-3)
3. SMK Sultan Ismail, JB. (tktn. 4-5)
4. Maktab Perg. Pend. Kesihatan dan Nilai Pemakanan, K. Terengganu. (1977-1979)
5. Uni. Sains Malaysia (1989-1993)

Perkhidmatan:
1. Sek. Keb. (F) Pengeli Timur, Kulai. (1979-1987)
2. Mak. Perguruan Sarawak, Miri. (1987-1989)
3. IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1993-2018)

Kelulusan Manikayu:

2 BUTIR MK (PM) : 19 Februari 1996
3 BUTIR MK : 10 Ogos 1998
4 BUTIR MK : 24 April 2007

 

Anugerah Pingat dan Bintang:
1. SKKPN : 2002
2. Pingat Lama : 2008
3. Pingat Baik : 2008
4. Pingat Setia : 2012
5. Pingat Jubli Perak MPKLM : 2017

Beliau seorang Penolong Pesuruhjaya KLM-17 / Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Beliau adalah Jurulatih Antarabangsa , pemegang 4 butir manikayu. Beliau adalah mantan Pesuruhjaya KLM-17, setiausaha unit pakaian seragam, jurulatih ko-kurikulum dan pensyarah kanan bidang seni. Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun dalam kepengakapan.

Majlis persaraan telah dijalankan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka anjuran PPM KLM Zon Selatan pada 15 Mei 2018. Beliau telah berjaya membimbing lebih dari 20 orang penolong pemimpin memperolehi 2 butir manikayu, salah seorangnya ialah Pn. Normilah Mohd Bohari yang sekarang ini menjadi Pesuruhjaya Daerah KLM-17 IPGKTI. Semoga segala khidmat dan jasa bakti beliau dirahmati dan diberkati Allah jua. Selamat bersara sahabatku.

Sepanjang tahun 2017, beberapa ahli MPKLM telah bersara wajib. Semoga segara khidmat dan bakti yang dicurahkan mendapat manfaat kepada semua ahli dan dapat memajukan pergerakan MPKLM setara dengan negeri-negeri yang lain. Terima kasih atas sumbangan dan semoga hidup tuan/puan diberkati Allah jua.

 

Majlis telah dianjurkan oleh MPKLM Zon Selatan di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat pada 8 Mei 2017. Majlis dirasmikan oleh Pengarah IPGK Perempuan Melaka. Ahli yang bersara terdiri dari; Tn. Hj. Ariffin Zainudin – IPGK Pendidikan Islam (26/6/2017), En. Mustafa – IPGK Perempuan Melaka, En. Isa Mamat – IPGK Perempuan Melaka dan En. Abd. Latif Awi – IPGK Temenggong Ibrahim Johor (28/9/2017).

Telah dijalankan pada 5 Mei 2016 di IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah IPGKTHO, Dr. Hamzah.

Majlis ini juga telah mengalungkan 3 biji manikayu kepada Tn. Hj. Aristonshah Muhaimin (IPGKTI), Pn. Siti Anidah Kamsir (IPGKTI-tidak hadir) dan En. Latiff (IPGKTHO) dan 2 biji manikayu kepada Tn. Hj. Zainal Mohd. Amin (IPGKTI). Istiadat pengalungan telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLM, En. Mohd. Radzi Johari. Tahniah kepada semua.

Majlis juga telah mengadakan upacara persaraan bagi Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM Zon Selatan, Tn. Hj. Khairil Sulaiman yang akan bersara wajib pada Julai 2016 nanti. Jawatan beliau akan digantikan oleh Kapten Asrar Sidon. Semoga Allah rahmati Tuan Hj. Khairil sekeluarga.

kpjp2016

YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zin bin Bidin telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara BAGI tAHUN 2016. Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dan Timbalan2 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara berlangsung pada 16/01/2016 jam 10.30 am di Rumah BP Kuala Lumpur.
Timbalan-timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara terdiri dari Datuk Dr. Awang Zaini Suntim dan Dato’ Haji Abdul Kadir.

barisan pjp negara

Tahniah untuk semua kepemimpinan tertinggi Pengakap Negara Tahun 2016

IMG-20150128-WA0031

Memegang jawatan sebagai Pengerusi MPKLMIPGMKPM sejak 2014 hingga 2015. Jawatan di IPGM adalah sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Akademik IPGM.

rasidah_pengakap

ydp_mary

Kagum UBF 2014

k4

JK INDUK KAGUM 2015

k1 k2

Semoga Allah berikan ketenangan jiwa dan memberkati hidupmu sepanjang hayat.

Roziah Abu Samah

Pn. Roziah bte Abu Samah

Beliau telah berpindah ke IPG Kampus Tawau, Sabah mulai 10 Januari 2015. Beliau telah menjawat jawatan Pesuruhjaya Daerah KLM-17/ IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor selama lebih kurang 5 tahun iaitu dari 2009 hingga 2014. Semoga semangat kepengakapan beliau akan terus kekal sebagaimana motto pengakap “Sekali Berpengakap akan Terus Berpengakap”.

Terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di IPGKTI. Semoga bakti yang telah ditaburkan menjadi benih yang subur dan dapat melahirkan ramai lagi pemimpin pengakap di peringkat ipg dan sekolah kelak.

Selamat Maju Jaya.