Archive for the ‘Pengakap KLM 17 / IPGKTI’ Category

Perkhidmatan dalam kepengakapan mulai 1996 hingga 2018, sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah KLM-17. Beliau memperolehi 2 butir Manik Kayu pada 4 .9.2009 dan dapat 3 butir Manik Kayu (Penolong Jurulatih Kebangsaan) pada 2014. Telah berkhidmat sebagai Pen. Pesuruhjaya Daerah KLm-17 selama 22 tahun dan menjadi bendahari KLM-17 selama 20 tahun.

Beliau telah bertugas di IPGKTI selama 24 tahun dan mengakhiri jawatannya sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Matematik. Prinsip beliau ialah, “Berbuat sesuatu dengan segera, menyelesaikan masalah dengan segera”. Sebelum itu beliau pernah bertugas di Pasifik Bank Bhd., Pasir Gudang, Penolong Pegawai Pertanian di Temerloh, Raub dan Batu Pahat dan guru sandaran di Sek. Men. Raja Muda, Muar, Johor.

Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kedamaian kepada Tn. Hj. Ariston Shah dan terus berbakti kepada masyrakat. Selamat Bersara dan Selamat Majujaya.

Advertisements

476431d3-0ae1-4b20-aa61-2e9d007f59b560b18c15-bb75-49b2-92ab-3d742b6c2a26032cd4e9-407a-4808-90b8-012d919c343f398d7629-7573-4304-977f-5ce8e6bc3f9e

Telah dilaksanakan mulai 2-4 November 2018. Ia adalah lanjutan dari KMK3.1 yang telah dijalankan pada bulan Julai yang lepas. Pada KMK3.2 ini seramai 35 orang peserta dan 10 orang jurulatih telah berkhemah di Tapak Perkhemahan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Ketua Kursus adalah Tn. Hj. Yusof Bin Osman.

Peserta kursus menjalani sesi bagi meningkatkan ilmu kepengakapan, perbincangan sekawan, berkhemah dan memasak makanan sendiri, pembentangan projek pendek dan proses penilaian bagi mendapatkan 2 butir Manik Kayu. Peserta kursus seronok dan ceria menjalani KMK 3.2 ini. Gajet-gajet didirikan mengikut “camping standard” yang telah ditetapkan.

KMK 3.2 telah ditutup rasmi oleh Ketua Unit Kokurikulum, Dr. Zairi bin Hussein. Semoga semuanya akan berjaya dan menamatkan KMK Peringkat 4 dan seterusnya memperolehi 2 butir Manik Kayu.

Seramai 20 orang ahli Pengakap dari Kumpulan Latihan Malaysia ke-17/ IPGK Temenggong Ibrahim Johor telah berkursus di Taman Ekstreme, Tasik Chinchin, Melaka. Mereka terdiri daripada bakal pemimpin pengakap dari Semester 3 Opsyen Bahasa Cina. Program ini telah dijalankan selama 1 hari pada 17 September 2018.

3bc1 scout

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada bakal pemimpin pengakap tentang misi, visi dan tujuan kepengakapan, dasar keagamaan, pakaian seragam, skim latihan kepimpinan dan rekod kumpulan. Peserta berpuas hati dengan aktiviti yang mereka jalankan dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

wosms1

Program ini telah dianjurkan oleh KLM-17/ IPGKTI Johor dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKTI. 6 orang pensyarah bertaraf Jurulatih dan Penolong Jurulatih diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program berkenaan. Semoga semua peserta meneruskan latihan mereka ke KMK Peringkat 1. Selamat majujaya.

Majlis Pengalungan 2 Butir Manikayu telah dilaksanakan pada 20 September 2018 di IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur sempena Karnival Kepemimpinan Pengakap Abad ke-21.

kudus2mk (2)kudus2mk9 (2)

kudus2kms

hyo kudus

Majlis pengalungan telah dilaksanakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLM IPGM, En. Zainal Arif bin Mat. Sehingga kini IPGKTI telah mempunyai 5 orang jurulatih yang mempunyai 2 butir manikayu.

Telah dilaksanakan oleh Tn. Zainal Arif bi Mat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLMIPG di IPGK Temenggong Ibrahim Johor pada 21 Julai 2018. Majlis dijalankan di Dewan Dato’ Khairuddin Esa, IPGKTI. Seramai 2 orang pensyarah iaitu En. Zali bin A.Rahman dan Pn. Halidah binti Mohd Jedi dan 26 orang pelajar semester 8 opsyen Matematik dan Sains telah dikalungkan dengan 2 butir Manikayu sebagai Pemimpin yang bertauliah.

2mk loby

Barisan pemimpin yang menerima 2 butir manikayu

2mka

Syabas kepada jurulatih yang telah membimbing pelajar ini, terutama Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM KLM17/IPGKTI, Pn. Normila binti Mohd Bohari. Semoga majlis ini menjadi pendorong, motivasi dan sasaran kepada pelajar lain untuk menghabiskan KMK sebelum mereka menamatkan pengajian di IPGKTI.


Diharapkan jua, pemimpin yang telah dikalungkan ini dapat menggerakkan pergerakan pengakap apabila mereka telah ditempatkan di sekolah nanti. Sekali berpengakap, teruskan berpengakap. Selamat maju jaya dan Salam Pengakap.

Kursus ini telah dijalankan dengan jayanya pada 19 – 21 Julai 2018, dimana seramai 46 orang guru pelatih telah menyertainya di Tapak Perkhemahan IPGKTI, Johor. Ketua Kursus, Tn. Hj. Yusof bin Osman beserta 6 orang jurulatih telah dengan jayanya menjalankan KMK3A ini. Pengisian kursus terdiri dari sesi ceramah, sistem pangkalan, pemeriksaan pagi dan persembahan Pek Khas Bertema. Peserta diwajibkan berkhemah, tidor dan memasak makanan sendiri.

 

Semua peserta beroleh ilmu dan kemahiran yang dikehendaki. Semuanya seronok dan berazam untuk menyambung KMK3B pula nanti. Peserta dilatih untuk menjadi seorang pemimpin yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai sikap kepemimpinan yang terbaik.

Semoga dengan ilmu yang digarap, guru pelatih akan berupaya mengerakkan pergerakan pengakap di sekolah dengan jayanya, sesuai dengan visi dan misi kepengakap.

IMG-20180721-WA0029

peserta KMK3A: Semester 5 dan 7

Nama: TORMADI B. JONO
Tarikh Lahir: 17.5.1958

Persekolahan:
1. Sek. Ren. : SK. Sungai Kapal, Pengerang
2. Sek. Men. : SMK Tanjung Datuk, Pengerang (tktn 1-3)
3. SMK Sultan Ismail, JB. (tktn. 4-5)
4. Maktab Perg. Pend. Kesihatan dan Nilai Pemakanan, K. Terengganu. (1977-1979)
5. Uni. Sains Malaysia (1989-1993)

Perkhidmatan:
1. Sek. Keb. (F) Pengeli Timur, Kulai. (1979-1987)
2. Mak. Perguruan Sarawak, Miri. (1987-1989)
3. IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1993-2018)

Kelulusan Manikayu:

2 BUTIR MK (PM) : 19 Februari 1996
3 BUTIR MK : 10 Ogos 1998
4 BUTIR MK : 24 April 2007

 

Anugerah Pingat dan Bintang:
1. SKKPN : 2002
2. Pingat Lama : 2008
3. Pingat Baik : 2008
4. Pingat Setia : 2012
5. Pingat Jubli Perak MPKLM : 2017

Beliau seorang Penolong Pesuruhjaya KLM-17 / Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Beliau adalah Jurulatih Antarabangsa , pemegang 4 butir manikayu. Beliau adalah mantan Pesuruhjaya KLM-17, setiausaha unit pakaian seragam, jurulatih ko-kurikulum dan pensyarah kanan bidang seni. Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun dalam kepengakapan.

Majlis persaraan telah dijalankan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka anjuran PPM KLM Zon Selatan pada 15 Mei 2018. Beliau telah berjaya membimbing lebih dari 20 orang penolong pemimpin memperolehi 2 butir manikayu, salah seorangnya ialah Pn. Normilah Mohd Bohari yang sekarang ini menjadi Pesuruhjaya Daerah KLM-17 IPGKTI. Semoga segala khidmat dan jasa bakti beliau dirahmati dan diberkati Allah jua. Selamat bersara sahabatku.