Archive for the ‘MPKLM’ Category

Sepanjang tahun 2017, beberapa ahli MPKLM telah bersara wajib. Semoga segara khidmat dan bakti yang dicurahkan mendapat manfaat kepada semua ahli dan dapat memajukan pergerakan MPKLM setara dengan negeri-negeri yang lain. Terima kasih atas sumbangan dan semoga hidup tuan/puan diberkati Allah jua.

 

Majlis telah dianjurkan oleh MPKLM Zon Selatan di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat pada 8 Mei 2017. Majlis dirasmikan oleh Pengarah IPGK Perempuan Melaka. Ahli yang bersara terdiri dari; Tn. Hj. Ariffin Zainudin – IPGK Pendidikan Islam (26/6/2017), En. Mustafa – IPGK Perempuan Melaka, En. Isa Mamat – IPGK Perempuan Melaka dan En. Abd. Latif Awi – IPGK Temenggong Ibrahim Johor (28/9/2017).

Advertisements

normila2012

Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah KLM-17 yang baru menggantikan Pn. Khalidah bt. Ahmad. Mempunyai 2 biji manikayu dan telah mengikuti Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT).

Beliau adalah bekas guru pelati MPTI dan telah mengikut KMK sejak 1997 dan memperoleh 2 biji manikayu pada 16/02/2001 semasa di MPTI.

Beliau telah bertugas dibeberapa buah sekolah sebagai guru sebelum ditempatkan semula di IPTI. Alhamdulillah kerana minatnya terhadap kepengakapan, dari seorang penolong pemimpin >>> pemimpin >>> penolong pesuruhjaya daerah dan  kini beliau telah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Daerah KLM-17. Semoga dengan pengalaman yang luas dan ilmu kepengakapan yang tinggi beliau akan dapat memimpin KLM-17 dengan jayanya….Tahniah dan Syabas.

 

Telah dijalankan pada 5 Mei 2016 di IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah IPGKTHO, Dr. Hamzah.

Majlis ini juga telah mengalungkan 3 biji manikayu kepada Tn. Hj. Aristonshah Muhaimin (IPGKTI), Pn. Siti Anidah Kamsir (IPGKTI-tidak hadir) dan En. Latiff (IPGKTHO) dan 2 biji manikayu kepada Tn. Hj. Zainal Mohd. Amin (IPGKTI). Istiadat pengalungan telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLM, En. Mohd. Radzi Johari. Tahniah kepada semua.

Majlis juga telah mengadakan upacara persaraan bagi Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM Zon Selatan, Tn. Hj. Khairil Sulaiman yang akan bersara wajib pada Julai 2016 nanti. Jawatan beliau akan digantikan oleh Kapten Asrar Sidon. Semoga Allah rahmati Tuan Hj. Khairil sekeluarga.

logo_kolokium

Telah berlangsung pada 19 – 22 Mac 2015 di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Wakil Menteri Besar Terengganu dan ditutup oleh Ketua Pengakap Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd. Salleh.

Majlis Perasmian Kolokium : Persetiaan Pengakap

Majlis Perasmian Kolokium : Persetiaan Pengakap

Ucapan perasmian oleh Ekco Pendidikan Negeri Terengganu

Ucapan perasmian oleh Exco Pendidikan Negeri Terengganu

peserta dari IPGKTI / KLM-17

peserta dari IPGKTI / KLM-17

Motto kolokium adalah “TRANSFORMASI BUDAYA WAHANA MEMARTABATKAN KEPEMIMPINAN PENGAKAP”. Sebanyak 20 pembentangan kertas konsep telah dibentangkan dari MPKLMIPGM, Negeri-negeri dan PPM. Pembentangan berkisar tentang pendaftaran pengakap, alam sekitar, latihan kepemimpinan pengakap dan kerjasama dalam organisasi kepengakapan.

Ucap utama oleh Rektor IPGM KPM

Ucap utama oleh Rektor IPGM KPM

Ahli panel sidang pleno

Ahli panel sidang pleno

Seramai lebih kurang 200 orang peserta telah mengikuti kolokium ini. Beberapa resolusi telah dikenalpasti hasil dari pembentangan untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkenan.

Majlis Perasmian Penutupan oleh KPN

Majlis Perasmian Penutupan oleh KPN

Urusetia Kolokium Antarabangsa Kepemimpinan Pengakap

Urusetia Kolokium Antarabangsa Kepemimpinan Pengakap

photo_2015-03-23_12-48-02

sesi bergambar bersama KPN

Semoga pertubuhan pengakap di setiap negeri mendapat manfaat dari kolokium ini dan seterusnya bergerak dengan lebih cergas demi kemajuan organisasi kepengakapan di Malaysia.

DSCN5107

Beliau akan bersara wajib pada 9 September 2014. Setakat ini beliau memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM – Anugerah dan Pingat. Beliau mengajar di IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. sebagai Pensyarah Kanan.

wk1

kb_pjzutara

DSCN9871

wan_michael

wk_wy

wanK_wanY

wk_abrahim

wan_ab rahim

Banyak sumbangan beliau dalam kepengakapan MPKLM. Pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM Zon Utara. Minatnya kepada pergerakan pengakap sangat tinggi sesuai dengan cogankata pengakap, Sekali Berpengakap Terus Berpengakap.

hyo_wk

wan_yusof

wk_rahim

wan_rahim

wan_hajiman

wan_hajiman

1545060_10202750481544799_320106199_n

wan_Ketau Pengakap Negara

calt27 076

Menerima anugerah pingat pengakap

Kek Hari Lahir dari MPKLM - September 2014

Kek Hari Lahir dari MPKLM – September 2014

Tabik hormat akhir di IPGK Tuanku Bainun

Tabik hormat akhir di IPGK Tuanku Bainun

Semoga jasa-jasa dan sumbangan bakti yang dicurahkan akan tetap dikenang dan hanya Allah Yang Maha Esa jua yang menganjarinya.

Sempena 12 Februari 2014, En. Zulkafli Arrifin akan bersara wajib dari perkhidmatan awam. Beliau adalah pensyarah IPGK Tun Husssein Onn, Batu Pahat, Johor. Beliau juga adalah Jurulatih Antarabangsa dan memegang jawatan dalam MPKLM sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM IPG.

zul1

zul2

Semoga ALLAH pelihara dan berkati hidup beliau. Diucapkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan dalam kepengakapan sama ada di peringkat KLM maupun MPKLM.

Atas permintaan Tn. Hj. Zulkafli dipaparkan Teks Ucapan perpisahan dalam bentuk pantun (10 September 2014):

PANTUN MAJLIS PERPISAHAN – 12.02.2014

Assalammualaikum pembuka bicara
Salam hormat buat tuan puan semua
Semoga sihat rakan-rakan yang ada
Mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Esa
37 tahun berlalu sudah
Namun dilupa tidaklah mudah
Setiap detik menjadi sejarah
Terpahat dihati amatlah indah

Selamat tinggal wahai kawanku
Pertemuan dan perpisahan ketentuan Ilahi
Walau sekejap terpahat di memoriku
Wajah kalian akan sentiasa diingati
Gurau tawa yang tiada galang ganti
Dalam bekerja kita sentiasa bersatu hati
Susah payah bersama kita harungi
Dimanakah kan ku cari ganti

Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur di hujung dahan
Kerjasama dan bantuan yang diberi
Pujian kesyukuran saya ucapkan.
Pasir putih penuh rokan,
Menjadi tersohor di wufuk Barat,
Kalau terambil mahupun termakan,
Mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Ikutkan hati membawa padah
Ikutkan rasa diri binasa
Nilai persahabatan amatlah indah
Kekal di ingatan terpahat sentiasa

Laman dibentuk sesama kita
Ikhlas dibina niat utama
Memori diukir membentuk cerita
Menjadi nostalgia kenangan bersama

Kalau menjemur papan yang panjang
Baik disusun tegak berdiri
Kalaulah ada umur yang panjang
Insyaallah kitakan berjumpa lagi.

Di atas dahan burung t empua
Melihat rusa di tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata saya tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan

Orang tua duduk di perigi,
Perigi tua letak di hujung pekan,
Saya pergi memohon diri,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Orang memangkas pohon salam
Daunnya gugur habis ditutuh
Akhir kata penutup kalam
Dipanjatkandoa ,assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

ImageBELIAU DILAHIRKAN PADA 13HB. FEB. 1954 DI SERI MENANTI, N. SEMBILAN. BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEK. KEB. TENGKU LAKSAMANA NASIR  SERI MENANTI, KEMUDIAN  KE SEKOLAH  MEN. RENDAH TENGKU BESAR BORHANNUDIN DAN SETERUSNYA KE SEKOLAH MENENGAH DATO ABD. SAMAD IDRIS TANJUNG IPOH, N.SEMBILAN. SELEPAS TAMAT MCE PADA TAHUN 1972, BELIAU BERKHIDMAT SEBAGAI KERANI KEWANGAN GUTHRIE TRADING DI DAMANSARA HEIGHT KUALA LUMPUR. SELEPAS 3 TAHUN  BEKERJA DI BANDAR RAYA; BELIAU AKHIRNYA BERALIH KERJAYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN PADA 1975/1976 DI MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU & SEKARANG DIPANGGIL IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM.

SELEPAS TAMAT PENGAJIAN DI MPTI (KETIKA ITU), PADA 1977, BELIAU TERUS DIHANTAR BERKHIDMAT SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DI SEKOLAH MENENGAH PASIR BESAR, GEMAS, N.SEMBILAN.  DI SINILAH BELIAU BERMULA MENDEKATI DIRI DALAM  PERGERAKAN PENGAKAP  SEBAGAI PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP MUDA. PADA TAHUN 1980, JABATAN  PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN TELAH MEMILIH 20 ORANG AHLI PENGAKAP BELIAU MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KUALA ATOK, TAMAN NEGARA, PAHANG.  SEBAGAI PENASIHAT YANG AKTIF DAN GIGIH DLM PERGERAKAN PENGAKAP, BELIAU JUGA TURUT DIPILIH MENGIRINGI EKSPEDISI TERSEBUT. PENGALAMAN ITU MERUPAKAN TITIK TOLOK BELIAU BERMINAT DALAM AKTIVITI PENGEMBARAAN DAN EKSPEDISI. PADA TAHUN 1981 BELIAU KEMUDIANNYA DIBERI PELUANG MENGIKUTI KURSUS PENGENALAN DAN PKT. 1  PM OLEH MAJLIS PENGAKAP DAERAH TAMPIN, N.SEMBILAN.

PADA TAHUN 1983 BELIAU BERPINDAH KE SEK. MEN. SENAI, JOHOR BAHRU. NAMUN KEPEMIMPINAN DALAM PERGERAKAN PENGAKAP DI TERUSKAN SEHINGGA BELIAU BERPELUANG MENGIKUTI KURSUS PKT III PADA TAHUN 1985 DI WISMA PENGAKAP JOHOR BAHRU DAN KEMUDIANNYA PERINGKAT IV (AMALI) DI TANJUNG LABUH, BT. PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. DENGAN KECEKALAN DAN KEYAKINAN DALAM  BIDANG AKADEMIK, PADA TAHUN 1986,  BELIAU BERJAYA MENGIKUTI PENGAJIAN SARJANA MUDA DI UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (KETIKA ITU). APABILA BELIAU BERADA DALAM  KUMPULAN KELANASISWA UPM, BELIAU BERJAYA MENYUDAHKAN PKT IV(B) – PENULISAN KAJIAN PADA TAHUN 1989  DAN AKHIRNYA BELIAU BERJAYA DIKALUNGKAN 2 BIJI MANIK KAYU OLEH YBHG DATO’ PROFESOR DR. KAMARUDDIN BIN KACAR, TNC UPM (KETIKA ITU). KETIKA BERSAMA KELANASISWA UPM, BELIAU BERJAYA MENGIKUTI HINEX CAMP DI PULAU PINANG PADA TAHUN 1987 DAN SCOUT  KONFERENS DI GILLWELL PARK LONDON PADA 1988. PENGALAMAN BERADA DI LONDON & EUROPE MERUPAKAN SATU NOSTALGIA YANG TIDAK DAPAT DI LUPAKAN SEHINGGA HARI INI. BELIAU JUGA DIIKTIRAF OLEH KUMPULAN KELASISWA UPM SEBAGAI PENGAKAP PALING AKTIF PADA TAHUN 1988.

Image

Majlis KAGUM UBF2008 di Ulu Bendol, Negeri Sembilan

SETELAH TAMAT PENGAJIAN PADA AKHIR TAHUN 1989, BELIAU TERUS DITEMPATKAN  DI SEK. MEN. VOKASIONAL PERTANIAN, REMBAU, N.SEMBILAN. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERTAULIAH, BELIAU BERJAYA MENUBUHKAN PASUKAN PENGAKAP REMAJA DI SEKOLAH TERSEBUT. KETIKA DI VOKASIONAL, BELIAU BERJAYA MEMBAWA AHLI PENGAKAPNYA MENAWAN GUNUNG DATUK, REMBAU, PUNCAK GUNUNG ANGSI DI ULUBENDUL , N.SEMBILAN DAN XPDC KE TAMAN NEGARA, KUALA TAHAN, PAHANG. DI SAMPING ITU BELIAU JUGA DAPAT BERSAMA PESURUHJAYA DAERAH REMBAU MENGENDALIKAN JAMBORI  N.SEMBILAN PADA TAHUN 1990.

Image

Menyambut hari lahir 2013 di mesyuarat Ahli Majlis Tadbir MPKLM di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu

DENGAN KESUNGGUHAN DAN KEKUATAN  JATI DIRI YANG BERWIBAWA; BELIAU DAPAT MELANGKAH KE MAKTAB PERGURUAN SARAWAK MIRI (KETIKA ITU) PADA TAHN 1992. DENGAN PENTAULIAHAN  SEBAGAI PEMIMPIN, BELIAU TERUS MENCURUHKAN KHIDMAT BAKTI KPD KLM 37, MP SARAWAK MIRI SEHINGGALAH BELIAU DIBERI PELUANG MENGIKUTI PELBAGAI KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERGERAKAN PENGAKAP SEHINGGALAH KE PERINGKAT  PEN. JURULATIH (CALT) PADA TAHUN 1995. SETELAH BELIAU BERPINDAH KE IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR PADA  2000, BELIAU TERS AKTIF MEMBANTU MPKLM BPG DAN KINI IPGM DAN AKHIRNYA BELIAU DIBERI PELUANG MENGIKUTI KURSUS KEJURULATIHAN  ANTARABANGSA (CLT) DI IAB, GENTING HIGHLAND PADA TAHUN 2001. KINI BELIAU TERUS MEMBERI KHIDMAT DENGAN  KLM 35 DAN MPKLM IPGM SEBAGAI PKPPNg UNIT PENGAKAP MUDA, KEMUDIAN SETIAUSAHA LATIHAN MPKLMIPGM DAN SEKARANG SEBAGAI PEN. SETIAUSAHA 1 MPKLMIPGM KPM.

Image

Menerima Pingat Jasa Pengakap 2013

SEPANJANG PERKHIDMATAN BELIAU DALAM PERGERAKAN PENGAKAP, BELIAU TELAH DIANUGERAHKAN  SIJIL  KEPUJIAN  KETUA PENGAKAP NEGARA & PINGAT PERKHIDMATAN LAMA PADA TAHUN 1995, PINGAT PERKHIDMATAN BAIK PADA TAHUN 2005, PINGAT PERKHIDMATAN SETIA  PADA TAHUN 2007 DAN PINGAT 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA PADA TAHUN 2009.

BELIAU MASIH LAGI BERPEGANG KEPADA FALSAFAH “SEKALI BERPENGAKAP AKAN TERUS BERPENGAKAP” DAN MASIH TERUS AKTIF MENCURAHKAN KHIDMAT BAKTI DALAM PERGERAKAN PENGAKAP.  PADA TANGGAL 12 FEBUARI 2014 AKAN BERAKHIRLAH PERKHIDMATAN BELIAU SEBAGAI KAKITANGAN AWAM DAN SEKALIGUS MPKLM KEHILANGAN SEORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI  YANG SENTIASA MEMBERI BAKTI DLM PERGERAKAN PENGAKAP.  BELIAU YANG DIMAKSUDKAN IALAH    EN. ZULKAFLI BIN ARIFIN, PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLM IPGM, UNIT PENGAKAP MUDA; (SETIAUSAHA UNIT LATIHAN MPKLM IPGM) & (PEN. SETIAUSAHA 1 MPKLM IPGM). PADA TANGGAL 27HB. JUN 2013, BELIAU TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT CEMERLANG PPM DAN PINGAT JASA PENGAKAP OLEH YBHG DATO’ SERI PADUKA DR. HJ. SHAFIE BIN HJ. MOHD. SALLEH, KETUA PENGAKAP NEGARA DI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

“SEKALI BERPENGAKAP AKAN TERUS BERPENGAKAP”

“ONCE A SCOUT’S ALWAYS BE A SCOUT’S”