KAGUM UNIT BERUNIFORM IPGM 2014

Posted: October 16, 2014 in Pengakap KLM 17 / IPGKTI

logokagum

Telah berlangsung dari 10 – 13 Oktober 2014 di Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka. Ia bertujuan untuk menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar IPG KPM dalam mengelola dan menguruskan sesuatu kejohanan atau pertandingan.

akela_mary

Pemeriksaan barisan kehormat oleh YB. Datuk Mary Yap Kain Ching

Seramai 25 orang peserta dari IPGKTI menyertai KAGUM ini. Setiap unit terdiri dari 5 orang. Mereka diiringi oleh 4 orang pensyarah iaitu En. Ab. Latif Awi, Tn. Hj. Azman Manas, En. Daud, Pn. Sugunah dan Pn. Shufianah Puteri.

bannerKag

3 orang pensyarah terlibat sebagai Jawatankuasa Induk iaitu Cik Zuhaida Raya (JK Persembahan), Tn. Hj. Yusof Osman (Standard Perkhemahan) dan En. Sanip Sapaat (Timbalan Komandan Kem KRS)..

rubi_mary

Pn. Rubiah menerima Anugerah Kepimpinan

KAGUM telah dirasmikan pada 12 Oktober 2014 oleh YB. Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1. YB juga telah melapangkan masa melawati tapak perkhemahan setiap unit dan melihat beberapa aktiviti pertandingan seperti Pertolongan Cemas dan Masakan Rimba.

ipti_ppk_ang_lee

Peserta Kadet Pandu Puteri

klm17_2

Peserta Pengakap KLM-17

mazlan_kag

Dr. Mazlan menerima lawatan dari Rektor

ipgkti_ppim_atika

Peserta Puteri Islam

Unit Pengakap telah menjadi Johan Keseluruhan di antara unit-unit yang lain setelah menjuarai Standard Perkhemahan, Pioneering, Orienteering dan Permainan Tradisional. Pelatih Ridzwan dari IPGK Islam telah menjuarai Komander terbaik kawad.

ydp_mary

YDP MPKLM Datin Rashidah

akela_pjt

Akela menguji Menara Stilt

kag11

Barisan Jurulatih Pengakap

rektor_setia

Rektor di pameran pengakap

Majlis penutupan KAGUM telah dirasmikan oleh YBrs. Dr.Noriati bt. A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM pada 13 Oktober 2014. Beliau juga telah menyampaikan piala dan hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan.

Semoga KAGUM ini dapat meningkatkan kemahiran pelatih dalam pelbagai bidang dan menjadi semangat bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s