Sempena 12 Februari 2014, En. Zulkafli Arrifin akan bersara wajib dari perkhidmatan awam. Beliau adalah pensyarah IPGK Tun Husssein Onn, Batu Pahat, Johor. Beliau juga adalah Jurulatih Antarabangsa dan memegang jawatan dalam MPKLM sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM IPG.

zul1

zul2

Semoga ALLAH pelihara dan berkati hidup beliau. Diucapkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan dalam kepengakapan sama ada di peringkat KLM maupun MPKLM.

Atas permintaan Tn. Hj. Zulkafli dipaparkan Teks Ucapan perpisahan dalam bentuk pantun (10 September 2014):

PANTUN MAJLIS PERPISAHAN – 12.02.2014

Assalammualaikum pembuka bicara
Salam hormat buat tuan puan semua
Semoga sihat rakan-rakan yang ada
Mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Esa
37 tahun berlalu sudah
Namun dilupa tidaklah mudah
Setiap detik menjadi sejarah
Terpahat dihati amatlah indah

Selamat tinggal wahai kawanku
Pertemuan dan perpisahan ketentuan Ilahi
Walau sekejap terpahat di memoriku
Wajah kalian akan sentiasa diingati
Gurau tawa yang tiada galang ganti
Dalam bekerja kita sentiasa bersatu hati
Susah payah bersama kita harungi
Dimanakah kan ku cari ganti

Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur di hujung dahan
Kerjasama dan bantuan yang diberi
Pujian kesyukuran saya ucapkan.
Pasir putih penuh rokan,
Menjadi tersohor di wufuk Barat,
Kalau terambil mahupun termakan,
Mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Ikutkan hati membawa padah
Ikutkan rasa diri binasa
Nilai persahabatan amatlah indah
Kekal di ingatan terpahat sentiasa

Laman dibentuk sesama kita
Ikhlas dibina niat utama
Memori diukir membentuk cerita
Menjadi nostalgia kenangan bersama

Kalau menjemur papan yang panjang
Baik disusun tegak berdiri
Kalaulah ada umur yang panjang
Insyaallah kitakan berjumpa lagi.

Di atas dahan burung t empua
Melihat rusa di tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata saya tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan

Orang tua duduk di perigi,
Perigi tua letak di hujung pekan,
Saya pergi memohon diri,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Orang memangkas pohon salam
Daunnya gugur habis ditutuh
Akhir kata penutup kalam
Dipanjatkandoa ,assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s