Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM – ZULKAFLI BIN ARIFIN

Posted: July 13, 2013 in MPKLM, Pen PJ Negeri MPKLM Zon Selatan

ImageBELIAU DILAHIRKAN PADA 13HB. FEB. 1954 DI SERI MENANTI, N. SEMBILAN. BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEK. KEB. TENGKU LAKSAMANA NASIR  SERI MENANTI, KEMUDIAN  KE SEKOLAH  MEN. RENDAH TENGKU BESAR BORHANNUDIN DAN SETERUSNYA KE SEKOLAH MENENGAH DATO ABD. SAMAD IDRIS TANJUNG IPOH, N.SEMBILAN. SELEPAS TAMAT MCE PADA TAHUN 1972, BELIAU BERKHIDMAT SEBAGAI KERANI KEWANGAN GUTHRIE TRADING DI DAMANSARA HEIGHT KUALA LUMPUR. SELEPAS 3 TAHUN  BEKERJA DI BANDAR RAYA; BELIAU AKHIRNYA BERALIH KERJAYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN PADA 1975/1976 DI MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU & SEKARANG DIPANGGIL IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM.

SELEPAS TAMAT PENGAJIAN DI MPTI (KETIKA ITU), PADA 1977, BELIAU TERUS DIHANTAR BERKHIDMAT SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DI SEKOLAH MENENGAH PASIR BESAR, GEMAS, N.SEMBILAN.  DI SINILAH BELIAU BERMULA MENDEKATI DIRI DALAM  PERGERAKAN PENGAKAP  SEBAGAI PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP MUDA. PADA TAHUN 1980, JABATAN  PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN TELAH MEMILIH 20 ORANG AHLI PENGAKAP BELIAU MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KUALA ATOK, TAMAN NEGARA, PAHANG.  SEBAGAI PENASIHAT YANG AKTIF DAN GIGIH DLM PERGERAKAN PENGAKAP, BELIAU JUGA TURUT DIPILIH MENGIRINGI EKSPEDISI TERSEBUT. PENGALAMAN ITU MERUPAKAN TITIK TOLOK BELIAU BERMINAT DALAM AKTIVITI PENGEMBARAAN DAN EKSPEDISI. PADA TAHUN 1981 BELIAU KEMUDIANNYA DIBERI PELUANG MENGIKUTI KURSUS PENGENALAN DAN PKT. 1  PM OLEH MAJLIS PENGAKAP DAERAH TAMPIN, N.SEMBILAN.

PADA TAHUN 1983 BELIAU BERPINDAH KE SEK. MEN. SENAI, JOHOR BAHRU. NAMUN KEPEMIMPINAN DALAM PERGERAKAN PENGAKAP DI TERUSKAN SEHINGGA BELIAU BERPELUANG MENGIKUTI KURSUS PKT III PADA TAHUN 1985 DI WISMA PENGAKAP JOHOR BAHRU DAN KEMUDIANNYA PERINGKAT IV (AMALI) DI TANJUNG LABUH, BT. PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. DENGAN KECEKALAN DAN KEYAKINAN DALAM  BIDANG AKADEMIK, PADA TAHUN 1986,  BELIAU BERJAYA MENGIKUTI PENGAJIAN SARJANA MUDA DI UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (KETIKA ITU). APABILA BELIAU BERADA DALAM  KUMPULAN KELANASISWA UPM, BELIAU BERJAYA MENYUDAHKAN PKT IV(B) – PENULISAN KAJIAN PADA TAHUN 1989  DAN AKHIRNYA BELIAU BERJAYA DIKALUNGKAN 2 BIJI MANIK KAYU OLEH YBHG DATO’ PROFESOR DR. KAMARUDDIN BIN KACAR, TNC UPM (KETIKA ITU). KETIKA BERSAMA KELANASISWA UPM, BELIAU BERJAYA MENGIKUTI HINEX CAMP DI PULAU PINANG PADA TAHUN 1987 DAN SCOUT  KONFERENS DI GILLWELL PARK LONDON PADA 1988. PENGALAMAN BERADA DI LONDON & EUROPE MERUPAKAN SATU NOSTALGIA YANG TIDAK DAPAT DI LUPAKAN SEHINGGA HARI INI. BELIAU JUGA DIIKTIRAF OLEH KUMPULAN KELASISWA UPM SEBAGAI PENGAKAP PALING AKTIF PADA TAHUN 1988.

Image

Majlis KAGUM UBF2008 di Ulu Bendol, Negeri Sembilan

SETELAH TAMAT PENGAJIAN PADA AKHIR TAHUN 1989, BELIAU TERUS DITEMPATKAN  DI SEK. MEN. VOKASIONAL PERTANIAN, REMBAU, N.SEMBILAN. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERTAULIAH, BELIAU BERJAYA MENUBUHKAN PASUKAN PENGAKAP REMAJA DI SEKOLAH TERSEBUT. KETIKA DI VOKASIONAL, BELIAU BERJAYA MEMBAWA AHLI PENGAKAPNYA MENAWAN GUNUNG DATUK, REMBAU, PUNCAK GUNUNG ANGSI DI ULUBENDUL , N.SEMBILAN DAN XPDC KE TAMAN NEGARA, KUALA TAHAN, PAHANG. DI SAMPING ITU BELIAU JUGA DAPAT BERSAMA PESURUHJAYA DAERAH REMBAU MENGENDALIKAN JAMBORI  N.SEMBILAN PADA TAHUN 1990.

Image

Menyambut hari lahir 2013 di mesyuarat Ahli Majlis Tadbir MPKLM di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu

DENGAN KESUNGGUHAN DAN KEKUATAN  JATI DIRI YANG BERWIBAWA; BELIAU DAPAT MELANGKAH KE MAKTAB PERGURUAN SARAWAK MIRI (KETIKA ITU) PADA TAHN 1992. DENGAN PENTAULIAHAN  SEBAGAI PEMIMPIN, BELIAU TERUS MENCURUHKAN KHIDMAT BAKTI KPD KLM 37, MP SARAWAK MIRI SEHINGGALAH BELIAU DIBERI PELUANG MENGIKUTI PELBAGAI KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERGERAKAN PENGAKAP SEHINGGALAH KE PERINGKAT  PEN. JURULATIH (CALT) PADA TAHUN 1995. SETELAH BELIAU BERPINDAH KE IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR PADA  2000, BELIAU TERS AKTIF MEMBANTU MPKLM BPG DAN KINI IPGM DAN AKHIRNYA BELIAU DIBERI PELUANG MENGIKUTI KURSUS KEJURULATIHAN  ANTARABANGSA (CLT) DI IAB, GENTING HIGHLAND PADA TAHUN 2001. KINI BELIAU TERUS MEMBERI KHIDMAT DENGAN  KLM 35 DAN MPKLM IPGM SEBAGAI PKPPNg UNIT PENGAKAP MUDA, KEMUDIAN SETIAUSAHA LATIHAN MPKLMIPGM DAN SEKARANG SEBAGAI PEN. SETIAUSAHA 1 MPKLMIPGM KPM.

Image

Menerima Pingat Jasa Pengakap 2013

SEPANJANG PERKHIDMATAN BELIAU DALAM PERGERAKAN PENGAKAP, BELIAU TELAH DIANUGERAHKAN  SIJIL  KEPUJIAN  KETUA PENGAKAP NEGARA & PINGAT PERKHIDMATAN LAMA PADA TAHUN 1995, PINGAT PERKHIDMATAN BAIK PADA TAHUN 2005, PINGAT PERKHIDMATAN SETIA  PADA TAHUN 2007 DAN PINGAT 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA PADA TAHUN 2009.

BELIAU MASIH LAGI BERPEGANG KEPADA FALSAFAH “SEKALI BERPENGAKAP AKAN TERUS BERPENGAKAP” DAN MASIH TERUS AKTIF MENCURAHKAN KHIDMAT BAKTI DALAM PERGERAKAN PENGAKAP.  PADA TANGGAL 12 FEBUARI 2014 AKAN BERAKHIRLAH PERKHIDMATAN BELIAU SEBAGAI KAKITANGAN AWAM DAN SEKALIGUS MPKLM KEHILANGAN SEORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI  YANG SENTIASA MEMBERI BAKTI DLM PERGERAKAN PENGAKAP.  BELIAU YANG DIMAKSUDKAN IALAH    EN. ZULKAFLI BIN ARIFIN, PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLM IPGM, UNIT PENGAKAP MUDA; (SETIAUSAHA UNIT LATIHAN MPKLM IPGM) & (PEN. SETIAUSAHA 1 MPKLM IPGM). PADA TANGGAL 27HB. JUN 2013, BELIAU TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT CEMERLANG PPM DAN PINGAT JASA PENGAKAP OLEH YBHG DATO’ SERI PADUKA DR. HJ. SHAFIE BIN HJ. MOHD. SALLEH, KETUA PENGAKAP NEGARA DI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

“SEKALI BERPENGAKAP AKAN TERUS BERPENGAKAP”

“ONCE A SCOUT’S ALWAYS BE A SCOUT’S”

Comments
  1. wkwh says:

    Bravo Tn Hj Zukafl. Tahniah kerana dikalungkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan disematkan juga dengan Pingat Jasa Pengakap di Majlis Anugerah Sijil, Pingat dan Bintang PPM di KDRI Jun 2013. We are proud of u…

  2. Marini Jamlus says:

    well, he is my uncle. Congratulations

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s