PERKAMPUNGAN PENGAKAP – FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Posted: July 12, 2013 in Berita MPKLM, MPKLM
Image

Banner Festival Belia Putrajaya

TARIKH : 23 HINGGA 26 MEI 2013
TEMPAT:  PRECINT 2, PUTRAJAYA

TAHNIAH MPKLMIPGM kerana telah merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Pintu Gerbang pada Perkampungan Pengakap sempena Festival Belia Putrajaya 2013. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mohd. Tahir pada malam Majlis Penutupan Rasmi Perkampungan Pengakap 2013 pada 25hb Mei 2013. Hadiah telah diterima oleh En. Mohd.Radzi bin Johari, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPGM dengan wang tunai sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja), sijil dan sebuah computer netbook. Dengan daya usaha yang bersifat jati diri, daya juang, komitmen dan esperit de-corp antara Ahli MajlisTertinggi MPKLMIPGM telah berjaya menjadi JOHAN buat kali pertama dalam pertandingan tersebut. SYABAS dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat khasnya kepada Tn. Haji Abd. Rahim bin Abdullah, Pesuruhjaya Zon Utara yang menjadii perancang utama dan akitek dalam pembinaan pintu gerbang tersebut.

Image

Arkitek – Zulkafli bin Arifin

Image

Arkitek – Abd Rahim Abdullah

Di samping itu juga, pelatih MPKLM dari Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah memenangi tempat ketiga dalam aktiviti INOVASI. Mereka telah membawa pulang wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus sahaja) dan sijil bagi hadiah tersebut. Ucapan TAHNIAH juga kepada para pelajar yang terlibat. Ahli Majlis Tertinggi yang turut serta dalam Perkampungan Pengakap sempena Festival Belia 2013 ialah Pengerusi MPKLM IPGM, Ketua P/Jaya Pengakap Negeri MPKLM IPGM, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha 1, PKPPNg Unit Program, PKPPNg Unit Anugerah Pingat & Bintang, PKPPNg Zon Utara, PKPPNg Zon Sarawak, PKPPNg Zon Sabah dan Pesuruhjaya Daerah IPG Kampus Batu Lintang.

Image

Sijil Penghargaan Kejayaan

Kejayaan MPKLM IPGM wajar menjadi pendorong dan semangat kepada semua ahli pengakap IPGM agar dapat merangkul pelbagai kejayaan di mana-mana Jambori atau perkampungan pengakap di masa akan datang. Pengerusi MPKLMIPGM, Ybhg Dr. Noraiti binti A. Rashid menyeru agar semua AMT dan ahli-ahli pengakap IPG dapat membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jati diri sejajar dengan Transformasi Pendidikan masa kini. Semoga kejayaan tahun ini akan dapat dikekalkan pada perhimpunan tahun 2014.

Image

BarisanBelakang :Pelajar IPGKTAA yang terlibat dalam pertandingan INOVASI
BarisanDepan Dari Kiri: Setiausaha Kehormat MPKLMIPGM, PKPPNgZon Sarawak, PKPPNg Unit Anugerah Pingat & Bintang, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPGM, Ketua Pesuruhjaya Latihan PPM, Pegawai Kerja Eksekutif PPM, PKPPNgZon Utara, PKPPNg Unit PengurusanRisiko dan Pen. Setiausaha 1 MPKLMIPGM Kementerian Pendidikan.

SEKALI BERPENGAKAP AKAN TERUS BERPENGAKAP

ONCE A SCOUT  ALWAYS BE A SCOUTS

Disediakan oleh

Zulkafli bin Arifin
Pen. Setiausaha 1 MPKLMIPGM
Kementerian Pendidikan  Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s