PPSMI

Posted: September 18, 2010 in Teks ucapan

EN. JOHARI SHARIFF

(JABATAN MATEMATIK)

Jumaat: 11 Julai 2003

Bismillah hir rahman nir rahim.

Alhamdulillah hirabbil alamin,

Wassala tuwassala

mua’ala asrafil anbia iwal mursalin

Saidina Muhammadin waala alihi

Wa as habihi aj main

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis

Yang Berbahagia,

Tn.Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Tuan Hj.Saripan Bin Rakob.

Yang Berusaha,

Tn.Timbalan Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Tuan Haji Mohd.Said Bin Hasran.

Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan

Ketua-ketua Unit,

Para Pensyarah ,

Para peserta kursus dan Guru-guru Pelatih yang saya kasihi sekalian

Tajuk yang ingin saya sampaikan ialah

Cabaran Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik dan Sains – En. Johari Shariff

RRJP3 Rangka Rancangan Jangka Panjang Tiga iaitu dari 2001 hingga 2010 .Hasrat utama kerajaan Malaysia adalah untuk membangunkan sumber manusia berasaskan pengetahuan.

Dalam cabaran ke 6 Wawasan 2020 , adalah untuk membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif manakala cabaran ke 9 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang makmur.Oleh itu Malaysia harus mencipta suatu system ekonomi yang dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan untuk berjaya dalam persaingan dan mencapai kemakmuran.

Secara ringkasnya ekonomi pasaran global menuntut Malaysia membangunkan sumber manusianya yang mampu menyerap terhadap ledakan maklumat di era globalisasi yang menjurus kepada e-ekonomi dan k-ekonomi yang berasaskan kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ilmu tersebut dikuasai oleh barat yang telah menobatkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniti dominant di dunia.

Mengimbas kepada visi Pendidikan Guru pula adalah untuk mewujudkan system Pendidikan Guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi Negara Malaysia dan berdisiplin

Manakala misi nya pula adalah untuk melaksanakan system Pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketerampilan bagi

memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia .

Bersandarkan kepada misi dan visi serta trenda dalam permintaan pasaran buruh, maka kurikulum disekolah juga turut berubah dan masyarakat guru tidak terlepas dalam memainkan peranannya bagi menyediakan tenaga buruh yang mampu menguasai bahasa keramat tersebut dimana tumpuan adalah di dalam penguasaan matapelajaran matematik dan sains supaya generasi masa depan negara mampu membangun dan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi menjadikannya sebuah negara maju pada tahun 2020.

Memungut kata-kata Tuan Pengarah BPG dalam ucapan beliau tempoh hari:

Jika pada hari ada orang yang bergelar Perdana Menteri,

Jika pada hari ini ada orang bergelar usahawan ternama

Semuanya adalah bermula dari usaha seorang guru biasa.

Maka bagi setiap insan guru, melengkapkan diri bagi menyahut cabaran yang cukup hebat ini adalah dituntut terutama didalam dunia era globalisasi yang berkonsepkan” Survival of the fittest” guru perlu menyediakan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris. Guru biasa sudah ketinggalan dan yang perlu ada ialah guru luar biasa yang berketerampilan.

Halangan utama bagi guru-guru dalam penguasaan bahasa keramat ini adalah rasa malu dan kekurangan dalam perbendaharaan .

Perkataan malu yang boleh membantut, menghakis dan merobek kecermerlangan hendaklah dibuang jauh-jauh. Masalah keyakinan diri ini boleh diatasi dengan mengamalkan penggunaan bahasa inggeris harian dan penggunaan ayat-ayat ringkas hingga fasih.

Bagi guru-guru matematik dan sains

penggunaan terma-terma matematik dalam Bahasa Inggeris memang telah biasa digunakan seperti set, subset, latitude, longitude , cone, cube, pyramid,polygon,pentagon,heksagon dan banyak lagi.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kita berhadapan dengan situasi di mana guru dan murid tidak boleh berbahasa Inggeris. Situasi dimana guru boleh dan murid tidak boleh.

Bagi mengatasi situasi pertama yang merupakan cabaran masa kini.Beberapa

langkah telah difikirkan dan dilaksanakan dalam menyediakan guru-guru matematik dan sains yang mampu berbahasa Inggeris dimana kursus seperti E-TEMS (English in the teaching of maths and sains) telah dilaksanakan.

Kita sebagai warga guru hendaklah melaksanakan penambahbaikan dari seorang guru bertaraf jaguh kampung kepada guru yang bertaraf dunia ( world class teacher in a world class education). Kita tidak mahu dilabel sebagai guru lapok dengan dunia lapoknya.

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris merupakan satu kejutan bagi kebanyakan guru-guru di sekolah .Sekiranya ia merupakan satu ancaman terhadap keberkesanan P&P. Maka marilah sama-sama mengubah ancaman tersebut kepada peluang atau mileage untuk kita pergi lebih jauh lagi bagi sama-sama memartabatkan profesion perguruan ini.

Untuk itu ia memerlukan satu semangat dan keazaman yang kental bagi melakukan satu anjakan paradigma dalam pemikiran dari pemikiran konsep dalam Bahasa Malaysia kepada pemikiran konsep dalam Bahasa Inggeris.

Terdapat beberapa pendapat terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains:

Ahli falsafah , Betrand Russell berpandangan,”Mempelajari bahasa sebenarnya lebih kompleks daripada mempelajari matematik” kerana ia memerlukan definisi dan kefahaman ilmu kebahasaan sebelum mampu memahami bahasa dan kemudian melekatkannya pada ilmu.

Permasalahan terhadap aspek penterjemahan juga adalah merupakan satu lagi cabaran di mana Bahasa Inggeris Amerika apabila diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris British ia boleh memberikan makna yang berbeza. Sebagai contoh : engineer diterjemahkan sebagai jurutera. Apabila berlaku satu kemalangan keretapi di Amerika. Frasa”The train engineer is dead” menjadi jurutera keretapi itu mati. Sepatutnya pemandu keretapi itu mati.

Atas kesedaran inilah maka penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan sains atau E-tems bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main tetapi ia lebih berbentuk mean business.

Pelbagai seminar, kursus workshop, pembekalan komputer , LCD dan software kepada setiap orang guru matematik dan sains yang terlibat dan pemantauan di peringkat bawahan juga telah diadakan dari masa kesemasa.

Penggunaan computer dan software yang dibekalkan adalah merupakan langkah kontingensi bagi mengatasi keperluan yang mendesak sementara dapat menyediakan guru-guru yang berkebolehan dan berkemampuan.Namun tanpa penguasaan bahasa yang baik dikhuatiri akan mengwujudkan suatu keadaan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk isolation.

Petikan dari Majallah Pelita Bahasa Julai/2003 di bawah tajuk: Indah Khabar Daripada Rupa” tulisan Mohd.Jajuli Abdul Rahman menyatakan: Tahap penguasaan bahasa inggeris bagi:

Orang Awam memerlukan: 300 perkataan dan yang lainnya secara isyarat

Pelajar Melayu : 1400 perkataan

Orang terpelajar : 100 ribu patah kerana menulis thesis. Pilihlah dimana kita berada?

Saya tertarik dengan kenyataan beliau yang berbunyi “ Jika benar Bahasa Inggeris menjamin masa depan manusia, mengapakah masih ada orang Inggeris dan orang Amerika yang miskin, menganggur dan menjadi pekerja tidak mahir?”

Jawapan kepada soalan di atas saya ingin memberikan satu cerita about 2 boys who wanted to fool an old wise man , one of the boys held a bird with his two hands so that the old man could not see what he was holding.

Q1: Hello an old wise man, Do you know what is in my hand ?

Q2: Is it alive or dead ? If the answer is correct I will squeeze the bird and let it dies. If the answer is wrong I will release the bird

And let flies.

Moral kepada cerita di atas adalah

If we want to see a change we must become the change that we want to see and

success is what is in your mind and believe me you are what you believe .

Saya akhiri ucapan ini dengan

Walbillahhi taufik,

Walhidayah,

Wassalammualaikum warah matullahhi

Wabarakatuh.

Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s