Pelancaran MS ISO BPG KPM – 9001:2000

Posted: September 18, 2010 in Teks ucapan

Y.BHG TUAN HAJI RAZALI BIN ISMAIL

PENGARAH PENDIDIKAN GURU

PADA 01 JULAI 2003

DI MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU, JOHOR.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wrbt dan selamat sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama pada pagi ini berada dalam Majlis Pelancaran Pelaksanaan MS ISO 9001: 2000 bagi Bahagian Pendidikan Guru dan Maktab Perguruan Malaysia.

Selaku Pengarah Pendidikan Guru dan juga sebagai Wakil Pengurusan Majlis Kualiti BPG, setinggi tahniah saya ucapkan kepada Timbalan-Timbalan pengarah Pendidikan Guru dan semua Pengarah Maktab Perguruan yang bertindak sebagai Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti BPG, seterusnya kepada semua KPP BPG yang menjadi pengerusi pelaksana serta semua ahli jawatankuasa di peringkat BPG dan maktab perguruan yang telah berusaha bersungguh sehingga berjaya dianugerahkan sijil MS ISO 9002 : 1994 pada 24 Oktober 2002. Setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada pasukan yang sama kerana telah berusaha bersungguh-sungguh menyesuaikan MS ISO 9002 : 1994 kepada versi baru MS ISO 9001 : 2000 yang dilancarkan pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Kualiti dan kecemerlangan yang dikejar adalah merupakan “moving target” dan jalan yang digunakan untuk menuju ke arahnya sentiasa dalam pembinaan. Oleh itu kita tidak boleh berhenti untuk berusaha meningkatkan kualiti dan kecemerlangan dalam pengurusan pendidikan perguruan.

Kita perlu beralih kepada versi 2000 yang lebih mengutamakan pemantauan, penilaian dan keberkesanan ke arah meningkatkan lagi kepuasan pelanggan.

Seiring dengan hala tuju global yang dipelopori oleh negara-negara maju negara kita sedang bergerak daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasaskan pengetahuan ( K-ekonomi ) dan dalam masa yang sama negara kita sedang berusaha untuk mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan (K-society).

Globalisasi yang disokong oleh kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan berlakunya pengaliran maklumat dan ilmu pengetahuan yang sangat pantas tanpa mengira masa, ruang, batas budaya dan geografi. Akibatnya cita rasa pengguna juga berubah ke arah mengutamakan kualiti barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi dengan kos yang lebih rendah ( Value for money ). Kemudahan TMK juga memungkinkan mereka mendapatkan barangan dan perkhidmatan daripada pasaran global secara elektronik. Tambahan pula pasaran bebas ASEAN (AFTA) akan mula dilaksanakan dalam tahun 2005.

Kita tidak mempunyai pilihan lain untuk meneruskan persaingan di arena pasaran global kecuali menumpukan usaha untuk meningkatkan daya saing melalui kegiatan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi menambah nilai pada barangan dan perkhidmatan yang kita keluarkan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan guru yang kita hasilkan mempunyai keupayaan dalam semua aspek untuk membantu negara menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda yang bakal mewarisi cabaran tersebut.

Generasi muda negara kita perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri pekerja berpengetahuan

(K-worker) sebagaimana yang dijelaskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 iaitu:

· Berpengetahuan luas

· Kemahiran berfikir peringkat tinggi

· Kaya dengan bakat, kebolehan dan daya cipta

· Mobiliti, daya suai dan daya tahan yang tinggi

· Kemampuan menggunakan teknologi secara optimum

· Menggabungkan inovasi dan daya cipta secara berkesan

· Mencipta, menyesuai dan menyebar pengetahuan baru

· Ilmu pengetahuan baru diperolehi, disebar, ditafsir dan diguna pakai

· Berkelayakan akademik dan teknikal yang tinggi

· Mempunyai pelbagai kemahiran

· Berpengetahuan menggunakan ICT

· Mengamalkan nilai dan etika kerja yang positif

Ciri-ciri tersebut merupakan kualiti yang diharapkan bagi masyarakat dan ekonomi berasaskan pengetahuan ( K-ekonomi dan masyarakat ) dan pekerja yang mempunyai kualiti sedemikianlah yang perlu dilahirkan oleh sistem pendidikan kita.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kita memikirkan bagaimana program pendidikan guru berperanan, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kuantiti guru tetapi juga kualiti yang bertepatan dengan hasrat RRJP3.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Untuk memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000 BPG / Maktab Perguruan, sistem kualiti perlu mengambil kira penggubalan kurikulum, pengukuran, penilaian dan pemantauan bagi mengukur keberkesanan sistem kualiti BPG yang dilancarkan pada hari ini.

Saya berharap agar semua pihak di BPG dan di Maktab-Maktab Perguruan terus mengekal dan meningkatkan lagi komitmen terhadap tanggungjawab dan membudayakan sistem kualiti sebagai cara hidup.

Akhir sekali saya mendoakan agar usaha kita melaksanakan MS ISO 9001:2000 akan mendapatkan pengiktirafan oleh pihak MAMPU.

Dengan doa dan harapan serta dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya lancarkan MS ISO 9001:2000 Bahagian Pendidikan Guru dan Maktab-Maktab Perguruan Malaysia .

Sekian, Wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum wm. wb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s