Persaraan – Encik Mahmod Bin Jusoh

Posted: June 14, 2010 in Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM

Berucap di majlis persaraan di IPGK Ipoh

Terima Kasih MPKLM ....

Pingat Terima Kasih disampaikan oleh KPJ Negeri MPKLM IPG

Insan ini dilahirkan pada tanggal 04 Julai 1952 di Kota Bahru, Kelantan. Beliau mula melangkah ke sekolah  Kebangsaan Kubang Krian, KB pada tahun 1960 dan kemudiannya ke Sek. Men. Kubang Krian pada tahun 1965 hinggalah tamat tingkatan Lima pada tahun 1970.

Pada tahun 1974 hingga 1975, beliau mengikuti Kursus Asas Perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda pada tahun 1985 hingga 1987 di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.

Dalam arena kepengakapan, titik permulaan di SM Kubang Krian, KB sebagai ahli pengakap yang aktif. Pada tahun 1975 beliau menerima dua biji manikayu. Sebagai seorang pemimpin di SM Sultan Ismail, KB selama 10 tahun (1976 – 1985), beliau telah menunjukkan daya kepimpinan dan kepegawaian yang amat cekap dan berkesan.

Beliau kemudianya berhijrah ke Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching sebagai seorang pensyarah. Di sini lah bermulanya tokoh kejurulatihan beliau sehingga diangkat sebagai Pen. Pesuruhjaya KLM 29.

Beliau seterusnya mendalami ilmu kepengakapan dalam Kursus CALT pada tahun 1986 di Kem Kijang, Kota Bahru uintuk dikalungkan tiga biji manikayu yang bergelar Pen. J/Latih Kebangsaan. Pada tahun 2003, beliau diberi peluang mengikuti Kursus CLT untuk memperolehi empat biji manikayu dengan gelaran Jurulatih Antarabangsa.

Sepanjang sumbangan dan penglibatan beliau dengan MPKLM dan PPM, belaiu telah menerima beberapa penghargaan dan pingat seperti;

  1. Pingat Perkhidmatan Baik
  2. Pingat Perkhidmatan Lama
  3. Pingat Perkhidmatan Setia dan
  4. Pingat Perkhidmatan Cemerlang

Atas jasa baik dan khidmat bakti yang tulus lagi ikhlas, beliau telah dianugerahkan Ahli Bintang Sarawak (ABS) oleh kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2006.

Pada 4hb Julai 2010, genaplah beliau berkhidmat sebagai pegawai kerajaan selama 34 tahun.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Jawatan akhir beliau dalam MPKLM IPG ialah Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG Zon Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s