Bersalam dengan tangan kiri

Posted: March 25, 2010 in Perkongsian Ilmu

salam tangan kiri

1946, seorang pemuda dari Afrika Barat telah pergi ke Gilwell Park untuk mengambil latihan manikayu. Dia berharap akan menjadi Penolong Pesuruhjaya dinegerinya di Gold Coast pada masa itu.

Bila Ketua Perkhemahan bercakap pasal bersalam dengan tangan kiri, pemuda itu memberitahu ianya adalah adat di negaranya.

Semasa kejatuhan Kumasi (Bandar Afrika), Ketua suku kaum orang Asli Ashanti meminta Baden Powell menggunakan tangan kiri bila berjabat salam dengan kawan-kawan.

B-P pada mulanya menghulurkan tangan kanan, tetapi ketua kaum itu berkata “tidak”. Di negeri ini kami, pahlawan bersalam dengan tangan kiri. Ini adalah sebagai tanda kedua-duanya saling mempercayai dan menghormati satu sama lain. Sebelum pahlawan bersalaman mereka meletakkan dahulu pelindung diri (shield).

Premph Li, anak saudara kepada ketua suku kaum Ashanti, yang berbangga menjadi ahli pengakap dan ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya, memberitahunya agar menggunakan tangan kiri bersalaman sebagai satu tanda rahsia seperti yang digunakan oleh Pasukan Chlvalry antara kaum, pahlawan dan kebanyakan jeneral.

Kaum Asli Yorubas di Barat Nigeria, juga beradat demikian dan memanggilnya “Owor Ogun” (bermakna tuhan, pahlawan dan pemburu).

Satu ketika dahulu seorang Ketua Pengakap Daerah di Ibadan kembali setelah berjaya memburu harimau. Pemburu Tua Afrika telah mengucapkan tahniah kepadanya dengan menghulurkan tangan kiri dan berkata “Owor Ogun”. Ini bermakna ketua pengakap itu telah diiktiraf sebagai pemburu yang handal dan sesuai untuk mengambil tempatnya.

Manakala kaum Asli Afrika Barat pula bersalam dengan tangan kiri tanda tahniah kepada orang yang telah menerima anugerah.

ditulis semula,
yusof osman
ppj negeri mpklm/ipg
24 mac 2010

dipetik dari,
Buletin Pasukan Latihan Negeri Johor
Bil. 2/1995

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s