Pesuruhjaya Negeri MPKLM ke-3

Posted: January 14, 2010 in Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM

2005 - 2010

Kelulusan Pendidikan:
B.A (Hons) Geografi, M.A Pengurusan

Kelulusan Pengakap:
Jurulatih Antarabangsa

Alamat dihubungi:
d/a Institut Pendidkan Guru Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA)
Bahagian Pengajian Sosial
Lembah Pantai
Wilayah Persekutuan, 59200
Kuala Lumpur

Foto-Foto Aktiviti Beliau

 

KMK Modul A_B bagi MPKLM Zon Sarawak di Lambir.

Majlis Penyampaian Watikah Majlis Tadbir MPKLM 2009 oleh Datuk Misrah (Pengarah BPG)

 

KMK Modul A_B PISMP di Kem Sri Kluang, Terengganu

*************************************************

Majlis Bakti Dikenang Budi Disanjung

Telah disempurnakan pada 20 Mei 2010 di IPGK Ipoh. Majlis bertujuan meraikan persaraan beliau pada 18 Julai 2010 dan En. Mahmud Jusoh pada 4 Julai 2010. Tugas beliau akan diserahkan kepada En. Radzi bin Johari selepas hari persaraan kelak. Tahniah kepada En. Radzi Johari. Di majlis tersebut pingat terima kasih  dan cenderahati dari zon-zon juga telah disampaikan. Semoga beliau terus berpengakap dan didoakan selamat maju jaya dan diberikan kesihatan yang sebaik-baiknya. Amiin.

“Sekali Berpengakap Terus Berpengakap”


Pingat Terima Kasih untuk AKELA

AKELA bersama Ahli Majlis MPKLM IPGKPM

Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG dilahirkan pada 18 Julai 1952 di pekan Rembau NS. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Chembong, Rembau NS. Kemudian meneruskan pelajaran di Sek. Men. Keb. Chembong sehinggalah tamat  tingkatan Lima. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke tingkatan Enam di Sek. Men. Tuanku Ampuan Durah, Seremban, NS.

Apabila tamat persekolahan, beliau telah ditawarkan mengikuti Kursus  Asas Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak selama  dua setengah tahun.

Setelah beberapa tahun berkhidmat di sekolah, beliau  mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia dan kemudiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.

Dalam bidang kepengakapan, beliau mula menjadi ahli pengakap ketika berada di sekolah rendah dan seterusnya  sekolah menengah hingga menjadi seorang pemimpin di Maktab Perguruan Sultan Idris setelah dianugerahkan dua biji manikayu pada tahun 1976.

Dengan penglibatan yang aktif, beliau seterusnya mengikuti Kursus CALT pada tahun 1982 dan dianugerahkan tiga biji manikayu untuk bergelar Pen. Jurulatih Kebangsaan. Sepuluh tahun kemudian beliau mengikuti Course Leader Trainer (CLT) untuk dikalungkan empat biji manikayu dengan gelaran Jurulatih Antarabangsa.

Penglibatan beliau di peringkat sekolah dan daerah sangatlah aktif. Di samping menjadi seorang pemimpin di peringkat kumpulan, beliau juga memainkan peranan sebagai Pen. Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor. Dengan daya kepimpinan yang berwibawa, beliau telah diamanahkan menjalankan tugas Pen. P/jaya Negeri Selangor sehingga sekarang.

Apabila beliau memegang jawatan sebagai pensyarah di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI), beliau pernah dilantik Pesuruhjaya Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan kemudiannya Pen. P/jaya Negeri MPKLM/BPG.

Dengan daya kepimpinan, kepengurusan, kepegawaian dan kejurulatihan yang beliau miliki; Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia telah mengangkat beliau sebagai Pesuruhjaya Negeri ke-3 dan kini bergelar Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG.

Sepanjang perkhidmatan dan penglibatan beliau dalam kepengakapan, beliau telah dianugerahkan beberapa penghargaan dan pingat. Antaranya ialah;

  1. Pingat Perkhidmatan Baik
  2. Pingat Perkhidmatan Setia
  3. Pingat Perkhidmatan Cemerlang
  4. Pingat Jasa Pengakap

Dengan sumbangan khidmat bakti yang jujur lagi ikhlas dalam kemasyarakatan, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara oleh DYMM Yang Pertuan Agong.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Kajian Sosial di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur dan pada tanggal 18 Julai 2010 genaplah perkhidmatan beliau 35 tahun 5 bulan 17 hari menjadi anggota kerajaan.

skrip ditulis oleh En. Zulkafli Ariffin(ipgkiptho).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s