PENGAKAP JOHOR – TN. HJ. OTHMAN BIN HJ. ABDULLAH

Posted: August 10, 2009 in pengakap

salam_gif

Tn. Hj. Othman bin Hj. Abdullah

Tn. Hj. Othman bin Hj. Abdullah

Biodata

  • No.K.P : 311114015016
  • Tarikh Bersara : 14 November 1986
  • Alamat : 264 Km3, Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkhidmatan Pengakap

Beliau mula menjadi pengakap sejak dari mula menjawat jawatan sebagai guru. Permulaan pengakapnya sebagai Pemimpin Pengakap Kumpulan 1 Mersing (1953),  Pemimpin Pengakap Kumpulan ke-9 Mersing (1967). Pada masa yang sama juga beliau menjawat jawatan setiausaha Badan Berunifom Pemimpin-Pemimpin Pengakap Daerah Mersing.  Beliau mendapat anugerah dua biji manikayu sebagai pemimpin unit pada 13 Mac 1979 (M-3870). Oleh kerana aktif dan banyak menyumbang tenaga bakti di peringkat daerah beliau dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing pada tahun 1979. Banyak jasa dan khidmat telah diberikan kepada kepengakapan daerah Mersing dari aspek aktiviti kemahiran pengakap, perkhemahan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta membantu menjalankan kursus manik kayu.

Beliau menjadi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing, Johor pada tahun 1984. Beliau telah berjaya mengangkat nama daerah Mersing dalam bidang kepengakapan di peringkat Perhimpunan Negeri dan Kebangsaan. Beliau adalah Jawatankuasa pengelola  Rover  Moot  Negeri  Johor  di Kem Jubli Intan , Tanjung Laboh, Batu Pahat. ( 8 – 10 Nov 1996 ). Beliau juga adalah Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor dan akhirnya beliau telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Beliau juga telah mengikuti Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan ( CALT) di Kem Kijang, Kelantan Darul Naim pada tahun 1995 dan lulus menjadi Jurulatih Kebangsaan dengan memegang tiga biji manikayu.

Di atas jasa-jasa dalam bidang kepengakapan, beliau telah menerima anugerah pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara, Pingat Perkhidmatan Baik (1983), Pingak Perkhidmatan Lama dan  Pingat Perkhidmatan Setia . Di atas kecemerlangan di bidang kepengakapan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, beliau telah di anugerahkan  Pingat Tokoh Pengakap Johor.

Jambori-jambori yang telah diturut serta ialah Jambori Malaysia Kedua di Melaka (1970), Jambori Malaysia Ketiga di Johor (1974), Jambori Malaysia Ketujuh di Teluk Batik, Perak (1989), Jambori Asia Pasifik ke-18 dan Jambori Malaysia ke-9 di Terengganu (1997),

Beliau juga telah menyertai Perayaan Jubli Intan Pengakap Negeri Johor Darul Ta’zim pada 18-22 Disember 1988, Perhimpunan Agung Pengakap Negeri Johor ke-20 pada 2 – 6 Jun 1996, Korobori Melaka ke-2 di Hutan Rekreasi Air Keroh, Melaka pada 27-29 September 1996 dan Jambori Selangor ke-3 di Kem Temasya Rimba Templer,  Rawang, Selangor pada 1 September – 7 September 2000.

Di peringkat antarabangsa pula ialah Jambori Pengakap Remaja Thailand bertempat di Pitchaburi (1994) dan Jambori Kebangsaan Thailand ke 15 (1997), Jambori Daerah Kwarda , Padang Panjang, Sumatra Barat (2000).

Filem Melayu Panca Delima,

Pelakon utama Hashimah Yun,

Sedikit budimu pengakap terima,

Menjadi kenangan sepanjang tahun

—————————————————————-

Anugerah Yang Di Terima

Tokoh Pengakap Negeri Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Foto-foto kenangan

Foto semasa berkursus

Foto semasa berkursus

Perhimpunan Pengakap Johor

Perhimpunan Pengakap Johor

Rakan seperjuangan pengakap Johor

Rakan seperjuangan pengakap Johor

Bersama Tn. Hj. Ismai Hussin

Bersama Tn. Hj. Ismai Hussin

Menerima Pingat PIS

Menerima Pingat PLP dan PIS

Menerima Pingat PPN

Menerima Pingat PPN

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s