TARIAN KAA KELAPARAN

Posted: July 17, 2009 in Perkongsian Ilmu

Seorang  ketua menjadi kepala Kaa dan ahli-ahli yang lain dalam Pek itu berekor-ekor di belakangnya dengan memegang bahu PKK yang dihadapannya dan mengikut kepala itu ke mana ia pergi bergerak dengan perlahan-lahan dan mengikut langkah PKK  yang di hadapannya.

Kepala itu merayap dengan senyap mengikut lingkungan sebagai angka lapan, kemudian membuat lengkongan bulat makin lama makin kecil, lepas itu ia berpusing dan membuat bulatan lilit tali gasing.

Setiap seorang hendaklah menyembur-yembur sebagai bunyi ular sepanjang masa menari dan melangkah panjang-panjang dengan tidak berbunyi kakinya – jadilah sebagai ular berjalan di atas rumput, kadangkala bunyikan semburan kuat sedikit seolah-olah bunyi ular memanggil kawannya.

Bila Kaa telah berlengkar dan mengorak lingkarannya semula, ketua memberi hukum Banderlog – dengan serta merta ular itu berpecah dan setiap PKK itu lari lintang pukang ke sana ke mari meniru perangai monyet.

Seorang berlari pantas menuju ke satu hala seolah-olah ada yang hendak dicarinya dan tiba-tiba berhenti lalu duduk dan mengadah ke langit. Seorang lain menari dengan langkah berkeliling dengan tak tentu arah. Seorang lagi mengejar ekornya sendiri. Yang lain berpura-pura memanjat dan duduk lalu menggaru-garu. Seorang lagi terloncat-loncat kemudian duduk, berpura-pura memungut sebatang bilah dan membelek-beleknya, lepas itu melompat-lompat. Yang lain bertunggang-balik kemudian duduk menggaru-garu badannya. Seorang lagi berjalan laju seolah-olah ada benda yang hendak diambil, tiba-tiba berhenti menggaru-garu kepalanya seperti ia lupa apa yang hendak diambilnya tadi, lepas itu berjalan pula ke arah lain.

Pendeknya buatlah perkara yang bodoh seperti yang dilakukan oleh monyet – tidak pedulikan apa-apa yang dibuat oleh orang lain. Hendaklah sentiasa sibuk dan buat berbagai-bagai gaya berganti-ganti. Sepanjang masa hendaklah berbunyi seperti monyet dalam keadaan kelam kabut.

Tiba-tiba ketua berkata ` Kaa ‘. Semua monyet itu pun terpegun dengan ketakutan kerana mereka cukup tahu apa yang akan dibuat oleh Kaa kepada mereka.

PKK yang menjadi kepala Kaa hendaklah berdiri mengunjurkan kedua belah tangannya dengan ibu jari menggenggam dan kepala tunduk serta menghayunkan badan perlahan-lahan ke hadapan dan ke belakang. Ia menyembur sekali – sekelian monyet menggeliat melangkah setapak ke hadapan mengarah ke hadapan kepalanya. Ia menunjuk kepada seekor monyet dan monyet itu dengan ketakutan merangkak ke hadapan masuk ke celah kangkangnya ( bererti ia sudah kena telan ). Kemudian kepala Kaa menunjuk lagi kepada seekor monyet lain dan monyet itu pun berbuat seperti monyet yang pertama tadi. Begitulah seterusnya hingga kesemua monyet itu habis ditelan oleh ular. Setiap monyet yang telah ditelan oleh ular hendaklah bangun di belakang Ketua (Kaa) dan tangan berpegang kepada bahunya, yang menjadikan badan Kaa.

Bila semua telah bersambung semula, ular itu pun bergerak dengan lembut dan lambat membuat satu bulatan dan baring tidur kerana kekenyangan.

Berbaring – dimulakan dari ekor, iaitu bila kepala Kaa itu berbelit rapat ke dalam – setiap PKK memendekkan langkahnya  – PKK yang menjadi ekor hendaklah menjatuhkan dirinya perlahan-lahan dengan menekankan tangannya pada bahu kawannya di hadapan, menjadikan PKK di hadapannya pun menjatuhkan dirinya. Begitulah seterusnya hingga badan Kaa telah terbaring  kecuali yang di hadapan sekali yang diketuai oleh kepala Kaa berhayun dengan kepala itu memandang sekeliling dan akhirnya ketiga-tiga pun merebahkan dirinya.

Di tulis oleh :

Tn. Hj. Yusof bin Osman

Pesuruhjaya Pengakap

KLM-17/MPTI.JB/1999

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s