SENARIO BESTARI

Posted: July 17, 2009 in sekolah bestari

Sehari Dalam Kehidupan Guru

Nama saya Azmi dan saya mengajar di sebuah Sekolah Bestari. Hari ini seperti biasa, saya menggunakan kad bestari saya untuk mencatat kehadiran saya. Apabila loceng sekolah berbunyi, saya menyemak kehadiran pelajar saya dengan menggunakan komputer dalam Bilik Guru. Semua pelajar saya hadir, jadi saya tidak perlu menelefon atau mengirim e-mail kepada ibu bapa untuk bertanya tentang anak mereka.

Pagi tadi, saya pergi ke Pusat Sumber Guru untuk menyemak rekod penilaian kemajuan pelajar saya minggu ini. Pelajar saya telah mencadangkan tugasan dan kerja yang mereka ingin buat pada minggu hadapan. Saya merakamkan persetujuan saya bagi kebanyakan pelajar, dan memberi cadangan tambahan kepada pelajar lain. Rakan sejawat saya memberitahu saya ada beberapa orang pelajar saya yang meluangkan terlalu banyak masa membuat projek Sains, dan tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada tugasan yang lain. Saya berbincang dengan pelajar berkenaan, dan mereka berjanji akan menumpukan masa tambahan kepada tugasan yang lain sebaik selesai projek Sains.

Seorang pelajar saya, Lili, tidak dapat menyiapkan tugasannya kerana sakit. Dia bercadang agar dibenarkan membuat perjanjian pembelajaran bagi menghasilkan dua kali ganda bilangan tugasan sebagai ganti. Setelah berbincang tentang jadual dan bahan sumber, kami membuat keputusan tentang kandungan perjanjian. Ibu Lili telah menelefon saya semalam untuk membincangkan kemajuan anaknya. Setelah ditandatangani perjanjian, saya mengirim salinan perjanjian dan cadangan saya kepada ibu Lili melalui e-mail. Saya bersyukur kerana teknologi telah membebaskan saya untuk meluangkan lebih masa bersama pelajar saya, mengenali mereka dengan lebih baik, dan memahami keperihatinan, harapan dan cita-cita mereka.

Sebelum rehat kedua hari ini, kelas Bahsa Inggeris saya berkomunikasi melalui internet dengan penulis buku kanak-kanak. Pelajar saya mennghabiskan sejam “berbual” dengan lima belas orang penulis, dan mengemukakan soalan yang telah mereka sediakan semalam. Setelah saya memberi gred portfolio pembelajaran, saya pergi ke Pusat Sumber Guru untuk mengimbas kembali portfolio pelajar saya supaya dapat dihantar ke Unit Pengumpulan Penilaian di Lembaga Peperiksaan.

Selepas waktu sekolah, saya dan rakan sejawat bertemu di Pusat Sumber Guru untuk menggunakan Internet bagi mengumpul, menganalisis dan menggunakan maklumat daripada perpustakaan dan universiti di seluruh dunia. Ini untuk memperkembangkan pangkalan data guru dan pelajar. Saya sedang mengembangkan pangkalan data bagi pertunjukkan pentas kanak-kanak abad ke dua puluh. sekumpulan guru yang lain juga berada di sana, dan mereka sedang menghasilkan Pusat Aktiviti Kontrak bersama rakan sejawat yang lain di seluruh dunia. Mereka bertungkus lumus menyediakan pukal interaktif tentang “Perjalanan melalui Sistem Suria”, yang menggunakan simulasi komputer dan realiti maya. Saya trjumpa sekumpulan guru yang datang menyediakan videodisk data terbenam bagi pelajar mengajar kemahiran berfikir Matematik.

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya masih ingat betapa bimbangnya saya sewaktu Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan teknologi terkini ke dalam sekolah. Dulu saya ingat saya buta teknologi dan saya takut akan dianggap tidak berguna lagi. Sekarang saya sedar bahawa teknologi maju telah membebaskan saya daripada tugasan remeh, dan menjadikan pekerjaan saya daripada tugasan remeh, dan menjadikan pekerjaan saya lebih bermakna.

Sehari Dalam Kehidupan Pelajar Sekolah Rendah

Nama saya Farah. Saya pelajar Tahun 3. Pagi ini saya dan rakan saya datang awal ke sekolah untuk mengemaskini halaman rumah sekolah kami yang terdapat di “Wold Wide Web”. Kami juga menjawab soalan yang diajukan oleh pelajar di Leningred tentang jenis pakaian pelajar Malaysia.

Kemudian, sewaktu kelas Kemanusiaan, kami mempelajari budaya lain dengan cara bertukar-tukar e-mail dengan pelajar dari bahagian lain di dunia melalui Internet. Encik Shah, guru kami mengarahkan kami supaya menyimpan pesanan e-mail bagi menyediakan portfolio pembelajaran untuk dikongsi dengan pelajar di kelas lain. Beliau juga menggalakkan kami membincangkan portfolio sama ada dengan beliau, antara kami sendiri, atau dengan ibu bapa. Saya akan meminta ibu bapa saya menyemak portfolio saya sebelum saya menyerahkan kepada Encik Shah.

Hari ini kami cuba modul Sains yang berlainan. Sebahagian pelajar telah bercadang untuk mempelajari modul Sains yang sama, dengan pimpinan Encik Kamal. Mula-mula Encik Kamal memastikan setiap pelajar dalam kelas mempunyai modul untuk dipelajari sama ada berseorangan atau berkumpulan. Kemudian, beliau datang ke kumpulan saya dan bertanya bagaimana kami menerangkan kepada makhluk asing dari planet lain bila ia bertanya “Bagaimana pokok tumbuh?”

Kami menonton filem fotografi langkau masa yang menunjukkan bagaimana benih tumbuh menjadi pokok. Betapa menakjubkan benih kecil boleh menjadi pokok anggsana! Saya dan rakan saya telah memikirkan banyak jawapan bagi soalan makhluk asing itu. Kami membentangkan jawapan kami dalam bentuk lagu, sajak, pergerakan kreatif, lukisan dan dialog. Semasa sibuk dengan modul tahap lima, rakan karib saya, Nur dan Lisa mempelajari modul yang lebih tinggi. Tiga rakan saya yang lain membuat kajian kesan serangga ke atas tumbuhan. Saya jangka mereka telah bersedia untuk menduduki penilaian tahap sembilan.

Minggu lepas Cik Azah, guru muzik kami telah mengajar kami cara menghasilkan bunyi dengan menggunakan barangan dapur. Beliau juga menunjukkan bagaimana badan kita boleh menghasilkan bunyi, contohnya semasa kita mendegung, hentak kaki, tepuk tangan, petik jari dan tepuk paha. Hari ini kami menyatukan semua bunyi bagi menghasilkan gubahan muzik yang diberi nama “Muzik Bunyi”. Kemudian, Cik azah membantu kami merekod muzik bagi koleksi diskograf untuk disimpan dalam portfolio kami. Selepas itu, Cik Azah memberi kuiz ringkas sebelum menugaskan modul yang berlainan untuk kami pelajari. Enam pelajar telah diberi modul tahap sepuluh. Kebanyakkan daripada kami diberi modul tujuh. Cik Azah meminta dua rakan saya untuk membuat satu lagi modul enam bersamanya.

Rakan saya Imran, tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana dia telah tergeliat kakinya. Doktor menasihatkannya supaya berehat di rumah. Guru kami menyatakan bahawa Imran dapat menyiapkan kerjanya walaupun tercedera. Imran telah menghantar kerjanya yang telah siap melalui e-mail.

Semasa ibu bapa saya menjemput saya pulang dari sekolah, banyak perkara yang ingin saya sampaikan kepada mereka. Ibu saya kata Encik Bakar telah menghantar laporan kemajuan bulanan saya melalui e-mail. Ibu gembira kerana saya seronok di sekolah. Ayah seperti biasa, hanya tersenyum dan ini menunjukkan beliau turut gembira dengan kemajuan saya. Saya tidak sabar menunggu esok untuk memberitahu rakan saya betapa gembiranya ibu dan bapa saya

Sehari Dalam Kehidupan Pelajar Sekolah Menengah

Nama saya Nurul. Saya pelajar Tingkatan 4. pagi ini, saya datang awal ke sekolah kerana hendak membuat persiapan untuk penilaian kecergasan fizikal pertengahan tahun di gimnasium. Saya dan rakan saya berpasangan untuk menilai daya tahan kardiorespiratori, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh badan kami. Selepas penilaian, kami mendapat keputusan penilaian dalam bentuk helaian cetak komputer. Kemudian, kami berbincang dengan guru Pendidikan Jasmani tentang program kecergasan fizikal bagi bulan hadapan. Kami akan menyediakan diet bagi diri sendiri.

Semasa kelas Biologi, rakan sekelas saya memilih berbagai-bagai modul yang berlainan bedasarkan minat dan kemajuan mingguan kami dalam Biologi. Kumpulan belajar saya telah belajar tentang penyakit berjangkit apabila kami menggunakan internet untuk mengesan wabak virus Ebola di Afrika. Minggu lepas, saya belajar tentang kadar, nisbah, dan perkadaran, dan menghasilkan simulasi komputer untuk meramalkan senario paling buruk serta senario paling baik .Hari ini, saya gunakan apa yang telah saya pelajari untuk mengesan bagaimana jangkitan HIV dan AIDS merebak di Malaysia, dan meramalkan akibatnya. Esok, kami akan berbincang dengan panel pakar daripada Majlis AIDS Asia melalui perhubungan sidang video kami. Guru Sains Puan Azizah dan guru Kemanusiaan, Puan Aina telah mengatur perbincngan panel itu. Ini bermakna kelas Biologi dan Kemanusiaan kami akan digabungkan esok. Rakan saya kata seorang doktor, peguam, guru dan pesakit HIV akan menyertai panel itu. Saya tidak sabar menunggu perbincangan itu. Malam ini, saya mesti menyediakan beberapa soalan untuk dikemukakan esok. Mungkin ibu bapa saya yang amat perihatin tentang rebaknya HIV/AIDS akan membantu saya menyediakan beberapa soalan.

Semasa makan tengah hari, rakan saya Zul, memberitahu saya dia menggunakan Internet untuk mengumpul maklumat tentang kesiharan Selat Melaka. Semalam, dia telah mengkaji modul bagaimana mengenalpasti masalah dan menyelesaikannya dengagn menggunakan kaedah penyelesaian masalah matriks. Hari ini, dia menggunakan kaedah itu untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pencemaran Selat. Zul amat gembira kerana dapatannya akan terbit dalam halaman sekolah kita.

Pada pukul 4.00 petang, saya balik ke sekolah bersama rakan saya Lin untuk belajar bahasa Jerman. Kami pergi ke makmal komputer di mana diletakkan kemudahan sidang video bagi pembelajaran jarak jauh. Kami berhubung dengan guru kami di Jerman. Saya selalu rasa ganjil mengucapkan ‘ Guten Morgen’ kepada Her Helmuttsedangkan sudah petang di sini.

Semasa saya dan Lin berjalan balik selepas kelas, kami mengingat kembali keinginan kami untuk belajar bahasa asing. Dahulu, kami tidak dapat berbuat demikian kerana tiada guru bahasa asing di sekolah kami. Sekarang kami dapat perhubungan dengan guru dari seluruh dunia, dan kami sudahpun mula belajar bahasa Jerman dan sepanyol. Seperti yang adik saya selalu nyanyikan, “Dunia ini memanglah kecil!”

Sehari Dalam Kehidupan Pengetua

Nama saya Ali, saya pengetua sebuah Sekolah Bestari. Hari ini, saya mulakan hari saya dengan melawat zoo mini sekolah, untuk melihat anak buaya yang baru dihantar ke sekolah oleh penghuni kampung. Saya telah menghantar e-mail ke Zoo Negara. Pihak zoo telah berjanji menghantar sepasukan ahli veterinar dan warden zoo untuk membawa anak buaya itu ke zoo pada hujung minggu nanti. Pasukan juruteknik saya sudah berada di sana, dan sibuk menyediakan peralatan untuk membuat rakaman video tabiat haiwan itu bagi kajian pelajar. Dalam perjalanan saya ke pejabat, saya singgah sebentar untuk bermain dengan haiwan kesayangan saya, burung Enggang dari Sarawak.

Guru Penolong Kanan, Encik Amran, sedang menyusun jadual kerjanya untuk menyelia kelas yang tiasa guru hari ini. Dua orang guru saya telah dipilih menghadiri seminar kemahiran berfikir, dan tidak dapat mengendalikan kelas mereka. Encik Amran memberitahu saya bahawa dia mendapati pelajar dalam kelas yang tiada guru sibuk membuat tugasan. Dia amat gembira kerana ketekunan dan disiplin pelajar.

Saya menyemak kehadiran pelajar dan guru dengan menggunakan komputer pejabat saya. Kemudian saya menggunakan pangkalan data pelajar untuk menyemak pemilihan kerjaya yang dibuat oleh pelajar Tingkatan Lima dalam portfolio Kajian Masa Depan mereka. Saya merujuk kepada pangkalan data ibu bapa dan pakar sumber bagi memilih penceramah seminar bimbingan kerjaya. E-mail telah memudahkan kerja saya dalam menjemput penceramah yang sudah saya kenalpasti dan mendapatkan jawapan dengan mudah.

Semasa rehat pertama, saya menyertai sekumpulan pelajar di stesen radio sekolah yang bertanggungjawab menyediakan siaran hari ini. Saya menyampaikan ucapan kepada seluruh sekolah. Saya mengucapkan syabas kepada kelas yang telah memenangi hadiah kebangsaan projek alam sekitar tanah paya. Saya juga memberi pujian kepada pelajar Tingkatan 2 kerana amal bakti mereka di rumah orang yang tua.

Semasa berjalan ke makmal komputer untuk membuat pencerapan terhadap guru saya kerani sekolah menghubungi saya melalui pager saya bahawa perkakasan sidang video telah siap. Dia mengingatkan saya bahawa mesyuarat bulanan pentadbir sekolah dengan Ketua Pengarah Pendidikan akan bermula dalam sejam lagi. Setelah membincangkan pembelian bahan kursus yang baru dengan guru Bahasa, saya pun balik ke pejabat saya untuk menghadiri mesyuarat. Mesyuarat bermula dengan taklimat Ketua Pengarah Pendidikan tentang penggunaan realiti maya untuk menjadikan penggalaman pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Kemudian enam orang pengetua daripada tempat di seluruh Malaysia berkongsi pengalaman mereka dari segi penggunaan teknologi baru ini.

Saya menghabiskan 30 minit, dalam sesi soal jawab yang amat menarik. Saya teringat bahawa pada masa dahulu, mesyuarat seperti ini memerlukan saya meninggalkan sekolah selama sekurang-kurangnya dua hari.

Sehari Dalam Kehidupan Ibu Bapa Sekolah Bestari

Nama saya Puan Yasmin. Anak saya Desa, ialah pelajar di Sekolah Menengah Bestari. Pagi ini, saya telah menerima e-mail dari Pengetua Desa yang memberitahu ibu bapa bahawa sekolah Desa telah menyediakan satu bilik yang dilengkapi dengan sambungan visual dan audio ke semua bilik darjah. Kami dijemput untuk berkongsi pengalaman pembelajaran, dan memantau kemajuan mereka.

Akhir tahun lepas, saya dan suami saya berkhidmat secara sukarela dalam jawatankuasa penubuhan tabung untuk sekolah anak saya. Sekolah Desa memerlukan sedikit wang untuk menubuhkan pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak di sekolah. Kami telah menghantar surat rayuan melalui e-mail kepada beberapa syarikat. Pagi ini, beberapa syarikat telah menjawab dan menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menyumbang bahan, tenaga kerja dan wang. Kami telah memajukan semua tawaran kepada Pengetua. Beliau gembira kerana menurutnya, beliau juga menerima tawaran daripada ibu bapa yang tidak bekerja untuk membantu di pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Minggu lepas, selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah Desa, saya, suami saya, dan beberapa orang ibu bapa telah berkumpul untuk membantu Pengetua dan stafnya memulakan pangkalan data pakar sumber, termasuk ibu bapa, supaya sekolah dapat menubuhkan rancangan bimbingan kerjaya yang lebih berkesan. Dr Abu, bapa rakan Desa, menawarkan diri untuk mengumpul maklumat, telah memberi disket kepada Pengetua pada minggu ini. Petang tadi, Dr Abu menelefon saya dan dan memberitahu saya maklumat tersebut telah dimajukan kepada Pengetua. Beliau menyatakan seminar bimbingan kerjaya yang pertama akan diadakan pada minggu hadapan, dan beliau telah menawarkan diri sebagai salah seorang ahli panel. Saya bersetuju untuk membantu, memandangkan saya ingin mempromosikan sains verterinar sebagai kerjaya yang amat sesuai untuk pemuda-pemudi yang cerdik dan prihatin.

Selepas makan malam, kami sekeluarga pergi ke kedai buku untuk membeli CD-ROM yang mengandungi “perpustakaan 7000 buku” yang disyorkan oleh guru perpustakaan Desa. Saya dan suami saya sungguh takjub dengan kemajuan teknologi, kami pun membuat keputusan untuk membelinya.

//

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s