PERLEMBAGAAN KLM-17

Posted: July 17, 2009 in Pengakap KLM 17 / IPGKTI

MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA

KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA KE-17

MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

SIJIL PENDAFTARAN : M 5276            TARIKH : 13 OKTOBER 1977

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KLM-17 merupakan satu daerah di bawah negeri Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLM)/BPG. Ia di ketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap. Pesuruhjaya Maktab terdiri dari En. Musa Yusof (1993-1994), Tn Hj. Yusof Hj. Osman (1995-1998), En. Tormadi Jono (1998-1999), En. Ab. Latif b. Awi (2000-Mei 2004), En. Lim Yak Hong (Jun 2004). En. Ab. Latiff b. Awi (2006) dan Pn. Roziah bt. Ab. Samah (2009).

Ia terletak di bawah pentadbiran MPKLM Zon Selatan yang di ketuai oleh Penolong Pesuruhjaya MPKLM Zon Selatan. MPKLM Zon Selatan terdiri dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (KLM 07), Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor (KLM 17), Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor (KLM 35) dan Maktab Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan (KLM 14).

______________________________________________________

PERLEMBAGAAN KUMPULAN

Berikut ialah PERLEMBAGAAN Kumpulan Latihan Malaysia ke-17 Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim yang telah dipinda semasa Mesyuarat Ketua Patrol bagi tahun 1981.

PENGENALAN

Kami guru-guru pelatih MPTI yang menjadi ahli bagi kumpulan ini yang bakal menjadi pemimpin bagi kumpulan pengakap di sekolah-sekolah, menubuhkan kumpulan ini bertujuan untuk melatih dan melengkapkan diri dengan amalan pengakap. Dengan ini kami membentuk perlembagaan ini mengikut linas-lunas pengakap.

NAMA DAN ALAMAT

Kumpulan ini dikenali dengan nama KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA KE-17, MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

BAHASA

Bahasa rasmi KLM ke-17 ialah Bahasa Malaysia.

MATLAMAT

i.    Melatih dan melengkapkan diri dengan amalan pengakap.

ii.    Memajukan kegiatan pengakap di sekolah-sekolah apabila tamat kursus.

iii.    Melahirkan sifat pemimpin yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

PESURUHJAYA

Pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim yang mempunyai Lencana Manikayu dan mendaftarkan diri dalam Persekutuan Pengakap Malaysia adalah menjadi pesuruhjaya kumpulan ini.

KEAHLIAN

i.    Terbuka kepada semua guru pelatih lelaki dan perempuan MPTI.

ii.    Ahli-ahli pengakap yang mempunyai pengalaman dalam pergerakan pengakap akan diberi keutamaan

dalam ahli Majlis Pengakap.

KEWANGAN

i.    Yuran pendaftaran bagi kumpulan ialah RM 2.00.

ii.    Yuran untuk pendaftaran bagi penolong pemimpin ialah RM 3.00 setahun bagi Persekutuan Pengakap

Malaysia dan RM 3.00 untuk MPKLM dibayar untuk 3 tahun sekali gus.

iii.    Yuran penggal ialah RM 2.00 semester.

iv.    Bendahari pasukan mestilah menyerahkan wang pada bendahari induk.

SYARAT, HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

a.    Berhak memberi cadangan atau pendapat dalam mesyuarat.

b.    Berhak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

c.    Menghadiri semua mesyuarat rasmi KLM-17.

d.    Mematuhi akan perlembagaan KLM-17.

e.    Menghargai semua majlis di bawah anjuran KLM-17.

f.    Memakai pakaian seragam semasa latihan dan perjumpaan rasmi.

g.    Menyumbang tenaga dan daya usaha dalam semua aktiviti kumpulan.

PENTADBIRAN

1.    KLM-17 ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada:

i.    Pengerusi

ii.    Penolong Pengerusi

iii.    Setiausaha

iv.    Penolong Setiausaha

v.    Bendahari

vi.    Penolong Bendahari

v.    Juruaudit

2.      Jawankuasa ini terdiri daripada badan pembimbing yang sama. KLM-17 ditadbirkan oleh jawatan kuasa

berikut:

Penaung : Pengetua Maktab

Penasihat :    Timbalan Pengetua

Pesuruhjaya :    Pensyarah yang memegang tiga manikayu

LANTIKAN JAWATAN

a.    Lantikan untuk memegang mana-mana jawatan dari 1 dan 2 adalah dipilih oleh Majlis KLM-17.

b.    Tiap-tiap ahli jawatankuasa boleh digugurkan jawatan mereka oleh Majlis KLM-17.

c.    Jawantankuasa mesti menghadiri tiap-tiap mesyuarat kecuali diberitahu secara rasmi terlebih dahulu

sebab-sebab tidak dapat hadir.

d.    Ahli jawatankuasa ini memegang jawatan selama setahun daripada tarikh jawatankuasa ini ditubuhkan.

TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1.    Pengerusi :    Ia bertugas mempengerusikan semua mesyuarat, berhak memanggil mesyuarat bila perlu dan

bertanggungjawab di atas semua pentadbiran serta perjalanan.

2.    Penolong Pengerusi :    Ia membantu tugas-tugas Pengerusi,  bertanggungjawab tentang perjalanan

KLM-17 semasa ketiadaan Pengerusi.

3.    Setiausaha :    Ia bertanggungjawab mencatatkan semua minit mesyuarat dan agenda-agenda mesyuarat. Ia

juga bertanggungjawab bertugas menyimpan laporan-laporan kegiatan KLM-17 dan

menjalankan surat-menyurat serta aktiviti-aktivitinya.

4.    Penolong Setiausaha :    Ia membantu tugas setiausaha dan mengambil alih tempat setiausaha semasa

ketiadaannya.

5.    Bendahari :    Ia bertanggungjawab di atas segala pengurusan dan pengendalian kewangan KLM-17.

Bendahari boleh menyimpan wang maksima sebanyak RM 50.00 dalam bentuk wang tunai.

Wang selebihnya mestilah diserahkan kepada pensyarah.

6.    Penolong Bendahari :    Ia bertanggungjawab di atas segala pengurusan dan pengendalian kewangan

KLM-17.

MESYUARAT

1.    Mesyuarat Luar Biasa.

a.    Mesyuarat ini akan diadakan atas arahan Pengerusi.

b.    Mesyuarat hanya membicarakan sesuatu perkara yang khusus sahaja.

2.    Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

Akan diadakan bila-bila masa mengikut keperluan.

PINDAAN

Perubahan tidak boleh dibuat kepada perlembagaan kecuali dipersetujui oleh separuh daripada ahli-ahli yanghadir dalam mesyuarat ahli jawatankuasa dan mengikut arahan pemimpin.

“SELALU SEDIA”

“SELALU BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s