MULTIPLE INTELIGENCE ( KECERDASAN PELBAGAI )

Posted: July 17, 2009 in sekolah bestari

Teori kecerdasan tradisional menganggap bahawa manusia yang cerdas berkebolehan menyelesaikan masalah, menggunakan logik, dan berfikiran kritis. Maka satu ujian telah direka untuk menguji kebolehan intelek ini. Ujian ini dinamai ujian IQ (Intelligence Quotient).

Pada tahun 1983, profesor psikologi bernama Howard Gardner dari Havard University telah memperkenalkan teori pelbagai kecerdasan yang lebih dikenali sebagai MI. Gardner berpendapat bahawa setiap insan mempunyai bukan satu sahaja, tetapi tujuh kecerdasan yang berlainan iaitu kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik, kecerdasan matematik-logik, kecerdasan linguistik, kecerdasan visual-spatial, kecerdasan interpersonal, dan kecerdasan intrapersonal.
Gardner menyatakan bahawa kecerdasan yang lain mungkin wujud lagi kerana penyelidikan tentang MI masih dijalankan. Malahan beliau telah menambah satu lagi kecerdasan yang dinamai kecerdasan naturalis. Pertimbangan juga diberi untuk kecerdasan kesembilan yang dinamai kecerdasan eksistential tetapi cadangan ini belum lagi diterima pakai.

Perkara Penting Tentang MI

  1. Semua manusia mempunyai 8 kecerdasan
  2. MI boleh diperkembangkan melalui sokongan dan galakan
  3. MI wujud secara bersepadu
    Setiap individu boleh mencapai sebarang kecerdasan

KECERDASAN MUZIK
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
KECERDASAN KINESTATIK
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.
KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat ( logik ). Melihat pemikiran saintifik, termasuk pemikiran heuristik, induktif dan deduktif, mengkategori, membuat inferens, generalisasi, perhitungan, dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.
KECERDASAN LINGUISTIK
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.
KECERDASAN VISUAL-SPATIAL
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
KECERDASAN INTERPERSONAL
Kemampuan unutk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama
KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif, dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.
KECERDASAN NATURALIS
Kebolehan mengenal pasti dan mengelas pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Peka terhadap perubahan alam sekeliling.

Secara amnya, kanak-kanak yang berpotensi dalam satu atau beberapa bidang tertentu mempunyai petunjuk-petunjuk atau ciri-ciri berikut :
1. Pintar ketika bercakap.
2. Berupaya bertutur dengan orang dewasa mengikut cara yang matang.
3. Cekap menyelesaikan masalah secara lisan.
4. Boleh membaca pantas serta memahami teks itu.
5. Tidak gemar membuat catatan ketika mendengar penjelasan.
6. Tulisannya kurang kemas dan tersusun.
7. Cekap menggunakan komputer.

Shore dan rakan-rakan ( 1991 ) mengenal pasti tujuh petunjuk bagi kanak-kanak yang berpotensi :
1. Ingatan dan pengetahuan : Kanak-kanak ini mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam serta luas. Mereka berupaya mengaplikasi pengetahuan tersebut.
2. Panduan diri : Kanak-kanak ini memandu dan mengesan cara pemikiran mereka.
3. Kadar proses pemikiran : Kanak-kanak ini menghabiskan masa lebih lama untuk merancang tetapi memperolehi jawapan dengan lebih cepat. Masa penyelesaian masalah adalah lebih singkat.
4. Penyampaian masalah dan pengkategorian : Kanak-kanak ini dapat menggunakan maklumat secara berkesan, mengenepikan fakta-fakta yang tidak relevan dan memahami kehendak tugasan.
5. Pengetahuan tersusun : Kanak-kanak ini menggunakan pendekatan yang teratur dalam penyelesaian masalah.

6. Fleksibiliti : Berupaya mengubah pendekatan atau strategi jika penyelesaian tidak tercapai.
7. Gemar perkara kompleks : Kanak-kanak ini gemar pada permainan dan situasi yang lebih kompleks dan mencabar.
8. Suka kepada keaslian : Kanak-kanak lebih suka membuat sesuatu yang asli dan bukannya meniru daripada majalah atau tempat lain.
9. Gemar mereka cipta sesuatu yang baru : Kanak-kanak ini suka mereka cipta sesuatu tanpa arahan daripada guru atau panduan yang diberikan.
10. Kreatif : Kanak-kanak ini bersifat kreatif sama ada dari segi penulisan karangan, melukis atau mengukir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s