JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA

Posted: July 17, 2009 in pengakap

DARI UTARA MEMBAWA KESEJAHTERAAN

DARI SELATAN MEMBAWA KESELAMATAN

DARI TIMUR MEMBAWA KEMAKMURAN

DARI BARAT MEMBAWA KEBERKATAN

Jambori Pertama – 1966

Diadakan di Pulau Pinang.

Jambori Kedua – 1970

Diadakan di Melaka.

Jambori Ketiga – 1974

Diadakan di Johor.

Jambori Keempat – 1978

Diadakan di Kuching, sarawak.

Jambori Kelima – 1982

Diadakan di Kem Kijang, Kelantan.

Jambori Keenam – 1986

Diadakan di Kuantan, Pahang.

Jambori Ketujuh – 1989

j7perak

Diadakan di Teluk Batik, Manjong, Perak pada 22 – 30 Julai 1989.

Jambori Kelapan – 1992.

j8sabahan

Diadakan di Tambunan, Sabah pada 14 – 21 November 1992. Tema Jambori adalah “Cintailah Malaysia Melalui Berpengakap”. Aktiviti yang dijalankan adalah Projek Printis (Pioneering Project), Lembah Cabaran (Challenge Valley),  Pengembaraan (Hiking), Kembara (Adventure), Halangan Komando (Commando Obstacle Course), kraftangan (Handicrafts), Aktiviti Air (Water Activities), Projek Pembangunan Masyarakat (Community Development Project), Lawatan (Offside Visit), Pameran (Exibitions) dan Forum (Forum), Ikhtiar Hidup (Wilderness Survival), Pemeliharaan Alam Semula Jadi (Conservation), Aktiviti Masa Lapang (Free Times Activities), Absailing (Abselling), Sayang Sibuta (Blind Trail) dan Halangan Berbasikal (Bicycle Obstacle). Peserta yang berjaya dalam aktiviti-aktiviti ini dianugerahkan dengan Lencana Periuk Kera dan Anugerah Kinabalu.

Jambori Kesembilan – 1996.

j9terenganu

Diadakan di Kem Sri Keluang, Terengganu. Dijangka mencapai taraf Jambori Asia Pasifik ke-18. Jumlah peserta 10,000 ahli Pengakap seluruh Malaysia dan 2,000 ahli Pengakap dari beberapa buah Asia Pasifik, Pertubuhan Pengakap Negara Islam dan Eropah. Aktiviti yang dijalankan adalah Projrk Perintis, Pengembaraan, Kembara, Halangan Komando, Ikhtiar Hidup, Kraftangan, Aktiviti Air, Projek Pembangunan Masyarakat, Lawatan, Pameran dan Forum Pengakap.

Jambori Kesepuluh – 2002.

j10kedah

Di adakan pada 16 – 24 Ogos 2002. Jambori ini merupakan yang pertama kali di adakan di Kedah. Tema jambori ialah “Pengakap Menjana Kecemerlangan Insan” or “Scouting Promotes Individual Success”. Tapak jambori adalah di Rimba Taqwa, Sik, Kedah Darul Aman.  Ia terletak di 3 km dari Pekan Sik, 90 km dari ibu negeri Kedah, Alor Setar, 60 km dari Sungai Petani and 40 km dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Gurun.

Jambori Keduabelas – 2011

j12terenganu

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan Jambori Pengakap Malaysia ke-12 bertempat di Kem Telaga Batin.

Tarikh : 19hb – 25hb November 2011
Tempat : Kem Telaga Batin
Kuala Terengganu
Kelayakan : Pengakap Muda dan Pengakap ( 14 < 18 tahun )
Yuran Jambori : RM 60 ( Ahli Persekutuan Pengakap Malaysia )

Jambori Ketigabelas – 2016

j13klumpur

Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 yang akan diadakan pada 25 November –  1 Disember . Ia dianjurkan se­rentak dengan Jambori Pengakap Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Dijangkakan penyertaan peserta sebanyak 7,000.

 

Comments
  1. guattih suip says:

    jambori pengakap d tambunan yang tidak dapat di lupakan seumur hidup..segar dalam ingatan ku
    terima kasih jambori tambunan dan pengakap..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s