ISTIADAT PENYAMPAIAN MANIKAYU

Posted: July 17, 2009 in Perkongsian Ilmu

1.    Apabila seseorang Pemimpin itu dilantik, dia diharap akan mengikuti Latihan Kepimpinan, mengandungi lima peringkat yang progresif berakhir dengan penganygerahan Manikayu. Semua pemenangnya adalah menjadi ahli dalam Kumpulan Gilwell Park Yang Pertama dan akan memakai Skaf Gilwell dalam majlis yang sesuai.

2.    Manikayu hanya boleh disampaikan apabila mereka yang berkenaan memakai unifom. Majlis yang sesuai untuk penyampaian ini ialah Mesyuarat Pemimpin, Perhimpunan Tahunan atau Perjumpaan Tahunan atau Perjumpaan Kumpulan dan hendaklah dilakukan oleh Pesuruhjaya Negeri atau Daerah.

3.    Pada masa upacara penyampaian ini, jika Pesuruhjaya berkenaan seseorang pemegang Manikayu, dia hendaklah memakai Manikayu itu dahulu sebelum disarungkan ke leher penerima, sambil memberi kata-kata nasihat dan pesanan sebagai perangsang dan hubungan peribadi. Setelah selesai, Pesuruhjaya hendaklah mengucap selamat datang kepada penerima masuk menjadi ahli dalam Kumpulan Gilwell Park Yang Pertama. Kemungkinan berlaku dimana Pesuruhjaya itu bukan pemegang Manikayu, dia hendaklah menyerahkan sahaja Manikayu dan Sijil serta mengucap tahniah kepada peserta.

4.    Cara penyampaian itu dijalankan, penerima akan tampil berdiri di hadapan Pesuruhjaya dan melafazkan Persetiaan Pengakap.

Pesuruhjaya :    Tidak berapa lama dahulu Encik Yusof bin Osma telah ditauliahkan sebagai   Pemimpin Pengakap dan telah bersetuju akan mengikuti Latihan Kepimpinan bagi membolehkannya menolong budak-budak dan belia-belia dalam asuhan dan perkembangan dalam beberapa perkara seperti akal, jasmani, rohani dan pergaulan melalui satu sistem latihan yang progresif berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Pada hari ini Encik Yusof bin Osman telah tamat latihan ini dan layak menerima Manikayu.

Pesuruhjaya menyarungkan Manikayu ke leher Pemimpin.

Pesuruhjaya :    Saya anugerahkan Manikayu ini dengan Sijilnya yang ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Latihan Negara sebagai bukti yang tuan akan mengamalkan segala pengalaman dan pengetahuan yang diterima semasa menjalani latihan, dalam aktiviti pengakap dan tuan akan menolong membimbing pemimpin lain menerima latihan yang sama. Saya dengan ini mengalu-alukan kemasukan tuan dalam Persaudaraan Pengakap yang terbesar di dunia, Kumpulan Gilwell Park Yang Pertama.

Sama-sama berjabat tangan, pemimpin memberi hormat dan balik ke tempatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s