CORETAN PENYELARAS BESTARI

Posted: July 17, 2009 in sekolah bestari

Perlu dinyatakan bahawa sekolah bestari adalah suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran, ia bukanlah suatu konsep baru malah kaedah lama yang diberi nafas baru dengan penggunaan istilah-istilah yang terkini. Ia bukanlah untuk mengukur prestasi kecemerlangan pelajar tetapi untuk melihat pelajar yang kreatif dan inovatif. Sebagai guru / pensyarah kita perlulah berkeyakinan untuk melaksanakannya walaupun banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.

Sekolah bestari yang mengamalkan P&P bestari tidak terikat dengan teknologi yang canggih. Teknologi di anggap sebagai ‘pengupaya’ yang membantu proses P&P. Anda sebagai pendidik bestari mestilah berkemampuan menjalankan P&P bestari dan boleh membezakannya dengan kaedah tradisional.

BPG / Maktab Perguruan melatih guru melalui Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu / 12 Minggu bagi menyediakan mereka memahami dan melaksanakan P&P bestari di sekolah-sekolah. Melalui pencerapan dan pemantauan yang dilakukan di dapati guru yang menjalankan P&P bestari ada yang OK dan ada yang tidak. Perlu diberi perhatian bahawa keupayaan mengamalkan P&P bestari tidak datang begitu sahaja. Di dapati guru-guru meniru gaya pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah di maktab tanpa menyedari hakikat yang guru berhadapan dengan pelajar sekolah bukan dengan orang dewasa. Guru yang masuk mengajar kelas lupa strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan set induksi, perkembangan pembelajaran dan penutup.

Seperkara lagi guru yang berkursus di maktab terdiri dari yang baru ‘posting’ atau baru 1-3 tahun mengajar. Guru ini pada pandangan saya masih “fresh” dengan P&P yang terkini. Apahal dengan mereka yang telah lama mengajar ? Adakah mereka tak mahu meningkatkan professionalisme ? Adakah mereka sudah cukup masak / pakar dengan P&P yang dilaksanakan setelah bertahun-tahun mengajar? Sebagai guru kita mestilah menyokong usaha ini tidak kira sama ada kita Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Pakar atau guru biasa. P&P bestari bergantung kepada kesedaran dan amalan guru serta pengurus sekolah. Sikap proaktif, inovatif dan keterbukaan individu dan institusi pendidikan, insyallah akan memberi kejayaan kepada kita.

87 buah sekolah telah memulakan P&P bestari di bawah Projek Rintis Sekolah Bestari. Menurut KPM projek ini tidak akan terlaksana dalam masa satu atau dua tahun. Yang penting guru mesti berkorban masa dan tenaga untuk membiasakn pelajar dengan P&P bestari dan pastikan kelas itu akan berterusan ke tahun-tahun yang berikut. Di peringkat sekolah ia perlulah diberi perhatian yang serius dan pemantauan perlulah dilakukan oleh pihak Pengetua, PPD dan JPN. Pemantauan hendaklah dijalankan secara sistematik dan sempurna bagi memastikan perlaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna sebagai mana yang dirancang. Sekolah yang menerima latihan guru bestari di bawah projek EPU mestilah jangan segan dan silu untuk melaksanakan P&P bestari, kerana jika menunggu masa ia dikuatkuasakan maka ilmu yang dipelajari akan lupus. Jika tiada komputer gunakanlah apa saja teknologi untuk memastikan P&P bestari dijalankan secara “offline”. JPN, PSPN, PPD dan PKG mestilah memainkan peranan utama bagi menyediakan sekolah atau perisian untuk melaksanakan P&P bestari.

Renungan:

Jika Seorang Kanak-Kanak ……..

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa dikecam, ia akan menjadi seorang yang suka mengecam.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasan diseterui, ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa dihina, ia akan menjadi seorang yang pemalu dan rendah diri.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa diberi malu, ia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa ditabahi, ia akan menjadi seorang yang penyabar.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa diberi galakan, ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa ditaburi pujian, ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.

Jika seorang kanak-kanak     sentiasa dilayan dengan adil, ia akan menjadi seorang yang tahu keadilan.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa diberi perlindungan, ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.

Jika seorang kanak-kanak    sentiasa diberi pengiktirafan, ia akan menjadi seorang yang sukakan dirinya dan orang lain

Jika seorang kanak-kanak     sentiasa didekati dan diterima, ia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling bahagia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s