BESTARI IPTI

Posted: July 17, 2009 in sekolah bestari

Tempat: Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Bilik Kursus: Bilik Simulasi (C 10)

Jabatan Teknologi Pendidikan

BESTARI 2002

Sesi 1/2002 bermula pada 25 Februari 2002 hingga 17 Mei 2002. Seramai 24 orang peserta KDP 12 minggu telah mendaftar diri untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains sekolah menengah.

Sesi 2/2002 bermula pada 17 Jun 2002 hingga 6 September 2002. Seramai 24 orang peserta KDP 12 minggu telah mendaftar diri untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah rendah dan menengah.

————————————————————————————————–

BESTARI 2003

Sesi 1/2003 bermula dari 24 Mei 2003 hingga 16 Mei 2003. Opsyen yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu dan Sains. Seramai 21orang peserta telah mendaftar dan mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari sekolah di bawah Projek Pengkomputeran EPU dari daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Pontian.

Sesi 2/2003 bermula dari 14 Julai 2003 hingga 10 Oktober 2003. Opsyen yang ditawarkan ialah Bahasa Inggeris dan Matematik. Seramai 20 orang peserta telah mendaftar dan mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari sekolah di bawah Projek Pengkomputeran EPU dari daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Pontian.


BESTARI TERKINI

Projek Rintis Sekolah Bestari telah berakhir pada  2002. Peluasan sekolah bestari ke semua sekolah secara berfasa akan bermula pada tahun 2003. Dijangkakan sebanyak 10,000 buah sekolah akan dibestarikan menjelang tahun 2008. Mengikut Pelan Pelaksanaan Sekolah Bestari, sekolah bestari akan dilaksanakan keseluruh negara menjelang tahun 2010. Projek Rintis Sekolah Bestari telah diterajui oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. (TSS). TSS menyediakan perisian aplikasi sekolah bestari yang terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran (TLM) bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta perisian sistem pengurusan sekolah bestari (SSMS).

MPTI merupakan salah sebuah dari 5 maktab yang terpilih untuk diinstallasi dengan  perisian SSMS. Maktab lain ialah MP. Raja Melewar, Negeri Sembilan, Institut Perguruan Darul Aman, Kedah, MP. Gaya, Sabah dan MP. Batu Lintang, Sarawak. Proses installasi telah dilakukan di MPTI pada 28 – 31 Oktober 2003 oleh 2 orang TSS dan 2 pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga telah memberikan kursus kepada Guru Penolong Kanan 1 sebagai program sokongan kepada guru yang menjalani Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Latihan Guru Bestari di maktab perguruan.  Pada tahun ini seramai lebih kurang 800 orang telah diberikan kursus di seluruh Malaysia.


BESTARI 2004

Sesi 1/2004 bermula dari 28 Jun 2004 hingga 20 Ogos 2004. Opsyen yang ditawarkan ialah Bahasa Inggeris dan Matematik. Seramai 15 orang peserta telah mendaftar dan mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari sekolah  rendah di bawah Projek Perluasan Sekolah Bestari  dari daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Pontian. Peserta kursus kali ini menggunakan Kurikulum KDP 8m Latihan Guru Bestari 2004.

Sesi 2/2004 bermula dari 6 September 2004 hingga 29 Oktober 2004. Opsyen yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Seramai 22 orang peserta telah mendaftar dan mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari sekolah  rendah dan menengah di bawah Projek Perluasan Sekolah Bestari  dari daerah Johor Bahru, Mersing dan Kulai .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s