Archive for the ‘pengakap’ Category

 

Kek Sekolah Tinggi Kluang

Pengetua : Tn. Hj. Kasmuri bin Sadiman

Bertugas dari 1981 – 1991. Menjadi Penolong Pemimpin Kumpulan Pertama Kluang iaitu STK. Pemimpin Kumpulan ke-1 Kluang terdiri dari Tn. Sh. Said bi Ali, En. Tong Wah Chye, Tn. Syed Hasan bin Jaafar, En. Md. Nuri bin Awanglah, En. Zainal Abidin, En. Anuar bin Daud, En. Zainal bin Suknei, En. Jabar bin Ali dan En. Ng Cher Luang.

Pesuruhjaya Kluang yang terlibat ialah Tn. Hj. Suradi bin Abd. Rahman.

 

Pesuruhjaya Kluang : Tn. Hj. Suradi bin Ab. Rahman

Tn. Hj. Yusof Osman dan Mr. Ng Cher Luang

Barisan Pengakap Remaja STK

Kumpulan Pertama Kluang di bawah pimpinan En. Ng Cher Luang dan Tn. Hj. Yusof Osman

Bergiat dan terlibat dalam beberapa aktiviti seperti KEMPEK, KOROBORI, Perhimpunan Pengakap Negeri dan Jambori Nasional ke-7 pada 1989 di Manjong, Perak. Telah berjaya melatih dan menghasilkan beberapa orang Pengakap Raja.

Aktiviti yang telah dijalankan:

 

Perbarisan Hari Sukan

Barisan "Court of Honour" STK

Menyertai Jamboree Johor Menyertai Jamboree Johor

 

Peserta Jamboree Johor

Peserta jambori Melaka

Organisasi Pengakap Daerah Kluang 1985:

Pesuruhjaya Daerah – Tn. Hj. Suradi bin Abd. Rahman

Pemimpin Pengakap Kumpulan ke-1 Kluang – En. Ng Cher Luang

Senarai pemimpin-pemimpin STK:

Tn. Sh. Said Ali, Tong Wah Chye, Syed Hasan Jaafar, Mohd. Nuri Awanglah, Zainal Abidin, Anuar Daud, Zainal Suknei, Ng Cher Luang dan Yusof Osman.

Aktiviti Kumpulan ke-1 Kluang:

  • 1961-menyertai Johore State Rally ke-7 di Batu Pahat dan Jambore di Kuala Lumpur
  • 1966-menyertai Johore State Rally ke-11 di Muar dan Jamboree di Pulau Pinang
  • 1970-menyertai Jamboree di Melaka
  • 1971- menyertai Johore State Rally ke-14 di Batu Pahat
  • 1974-menyertai Jambori ke-3  di Johor Bahru
  • 1978-menyertai Jamboree di Selangor
  • 1984-menyertai Jamboree di Johor Bahru
  • 1989-menyertai Jambori Nasional Malaysia ke-7 di Manjong, Perak (disertai  Yusof Osman)

Bertugas di SMTU dari 1991-1994. Menjadi Pemimpin Pengakap Laut Kumpulan ke-38 Johor Bahru. Pesuruhjaya  Daerah Johor Bahru ialah En. Lim Yak Hong. Pen. P/J Daerah Unit Pengakap Laut ialah En. Kamaruzaman bin Hj. Samsudin. Aktiviti yang terlibat ialah KEMPEK, Perhimpunan Pengakap Negeri Johor dan Jamboree Nasional di Selangor dan Sabah.

Bergambar untuk majalah

Hari Ko-Kurikulum SMTU

Lawatan ke tapak perkhemahan pengakap

Sorakan Pengakap untuk Pegawai JPNJ

Peserta Perkhemahan Ko-Kurikulum

salam_gif

Tn. Hj. Othman bin Hj. Abdullah

Tn. Hj. Othman bin Hj. Abdullah

Biodata

  • No.K.P : 311114015016
  • Tarikh Bersara : 14 November 1986
  • Alamat : 264 Km3, Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkhidmatan Pengakap

Beliau mula menjadi pengakap sejak dari mula menjawat jawatan sebagai guru. Permulaan pengakapnya sebagai Pemimpin Pengakap Kumpulan 1 Mersing (1953),  Pemimpin Pengakap Kumpulan ke-9 Mersing (1967). Pada masa yang sama juga beliau menjawat jawatan setiausaha Badan Berunifom Pemimpin-Pemimpin Pengakap Daerah Mersing.  Beliau mendapat anugerah dua biji manikayu sebagai pemimpin unit pada 13 Mac 1979 (M-3870). Oleh kerana aktif dan banyak menyumbang tenaga bakti di peringkat daerah beliau dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing pada tahun 1979. Banyak jasa dan khidmat telah diberikan kepada kepengakapan daerah Mersing dari aspek aktiviti kemahiran pengakap, perkhemahan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta membantu menjalankan kursus manik kayu.

Beliau menjadi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing, Johor pada tahun 1984. Beliau telah berjaya mengangkat nama daerah Mersing dalam bidang kepengakapan di peringkat Perhimpunan Negeri dan Kebangsaan. Beliau adalah Jawatankuasa pengelola  Rover  Moot  Negeri  Johor  di Kem Jubli Intan , Tanjung Laboh, Batu Pahat. ( 8 – 10 Nov 1996 ). Beliau juga adalah Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor dan akhirnya beliau telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Beliau juga telah mengikuti Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan ( CALT) di Kem Kijang, Kelantan Darul Naim pada tahun 1995 dan lulus menjadi Jurulatih Kebangsaan dengan memegang tiga biji manikayu.

Di atas jasa-jasa dalam bidang kepengakapan, beliau telah menerima anugerah pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara, Pingat Perkhidmatan Baik (1983), Pingak Perkhidmatan Lama dan  Pingat Perkhidmatan Setia . Di atas kecemerlangan di bidang kepengakapan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, beliau telah di anugerahkan  Pingat Tokoh Pengakap Johor.

Jambori-jambori yang telah diturut serta ialah Jambori Malaysia Kedua di Melaka (1970), Jambori Malaysia Ketiga di Johor (1974), Jambori Malaysia Ketujuh di Teluk Batik, Perak (1989), Jambori Asia Pasifik ke-18 dan Jambori Malaysia ke-9 di Terengganu (1997),

Beliau juga telah menyertai Perayaan Jubli Intan Pengakap Negeri Johor Darul Ta’zim pada 18-22 Disember 1988, Perhimpunan Agung Pengakap Negeri Johor ke-20 pada 2 – 6 Jun 1996, Korobori Melaka ke-2 di Hutan Rekreasi Air Keroh, Melaka pada 27-29 September 1996 dan Jambori Selangor ke-3 di Kem Temasya Rimba Templer,  Rawang, Selangor pada 1 September – 7 September 2000.

Di peringkat antarabangsa pula ialah Jambori Pengakap Remaja Thailand bertempat di Pitchaburi (1994) dan Jambori Kebangsaan Thailand ke 15 (1997), Jambori Daerah Kwarda , Padang Panjang, Sumatra Barat (2000).

Filem Melayu Panca Delima,

Pelakon utama Hashimah Yun,

Sedikit budimu pengakap terima,

Menjadi kenangan sepanjang tahun

—————————————————————-

Anugerah Yang Di Terima

Tokoh Pengakap Negeri Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Foto-foto kenangan

Foto semasa berkursus

Foto semasa berkursus

Perhimpunan Pengakap Johor

Perhimpunan Pengakap Johor

Rakan seperjuangan pengakap Johor

Rakan seperjuangan pengakap Johor

Bersama Tn. Hj. Ismai Hussin

Bersama Tn. Hj. Ismai Hussin

Menerima Pingat PIS

Menerima Pingat PLP dan PIS

Menerima Pingat PPN

Menerima Pingat PPN

PERSARAAN KPPM 2004

Posted: July 24, 2009 in Berita MPKLM, pengakap

Malam Permata Budi Seimbas Memori Dalam Ingatan

Tarikh :  29 Disember 2004

Tempat :  Kuala Lumpur International Hotel

Telah diadakan sempena persaraan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Rafie Mahat. Majlis dianjurkan oleh Unit-Unit Beruniform Maktab / Institusi Perguruan Malaysia yang terdiri dari Unit Pengakap, Kadet Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit, Persatuan St. John dan Persatuan Puteri Islam.

Selembar Kasih, Selembar budi
Seraut wajah, Mekar abadi
Setinggi gunung, budi dikecapi
Seindah wacan, tidak terperi
Sekilat masa, berlalu pergi
Harum semerbak, Mekar mewangi

Roboh tabir patahlah sendi
Burung bayan rendah terbangnya
Tokoh tadbir banyak berbudi
Segunung intan bukan tandingannya

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

CALT 24 DAN 25

Posted: July 17, 2009 in Kursus Kepengakapan, pengakap

Kursus Kejurulatihan Penolong Jurulatih Kebangsaan

Telah dijalankan di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur pada 3 – 9 Oktober 2004 anjuran MPKLM/BPG dengan kerjasama PPM. No. Kursus adalah PPM-CALT-24 dan 25. Pengarah kursus CALT 24 ialah En. Zainal Mohd. Salleh dan CALT 25 ialah Tn. Hj. Mohd.Kamar Zainudin. Seramai 60 orang peserta terdiri dari pasukan latihan negeri dan mpklm.

11 orang barisan jurulatih telah membantu kursus ini terdiri daripada Tn. Hj. Shukor Mohsin, Tn. Hj. Othman Md. Derus, Yeo Seng Choon, Mohd Zaki Nuruddin, Shapee Md. Zain, Hj. Shaikh Fadillah Sh. Harun, Hj. Esa Manap, Khoo Hock Hoi, Hj. Wan Yaacob Wan Omar, Yaacob Ismail,  dan Lau Hooi Lin dan 12 orang pembimbing terdiri daripada Shah Anuar Harun, Hj. Ahmad Tajudin Md. Salleh, Hj. Yusof Osman, Ahmad Patakon Karino, Hj. Mohd Fathil Abd. Majid, Hj. Zulkifli Maulud, Wan Kamarudin Wan Hasan, Dr. Lim Yak Hong, Hj. Khairil Sulaiman, Zulkafli Ariffin, Mohd Radhi Johari dan Hj. Yusoff Said.

6 kumpulan telah dibentuk terdiri dari Jati, Keruing, Merbau, Cengal, Tembusu dan Berlian.Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang pembimbing.

Perasmian kursus telah dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia iaitu  Y. Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr.Hj. Kamaruddin Kachar dan penutupan oleh Pengarah MPTAA, Tn. Hj. Baharin.

Pada 6 Oktober 2004 Kem Tan Sri Abdul Rafie Mahat telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tn. Hj. Abdullah Abdul Kadir, Pengarah Pendidikan Guru bertempat di MP. Tengku Ampuan Afzan.

Pada 9 Oktober 2004 dua orang telah dianugerahkan dengan 4 biji manikayu penyandang. Mereka ialah Mohd Radhi Johari dan Mohd Said.


Peristiwa  bergambar  semasa  kursus   ……………

perasmian kursus

peserta kursus

berlian

istiadat perhimpunan

benteng

malam pengakap

JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA

Posted: July 17, 2009 in pengakap

DARI UTARA MEMBAWA KESEJAHTERAAN

DARI SELATAN MEMBAWA KESELAMATAN

DARI TIMUR MEMBAWA KEMAKMURAN

DARI BARAT MEMBAWA KEBERKATAN

Jambori Pertama – 1966

Diadakan di Pulau Pinang.

Jambori Kedua – 1970

Diadakan di Melaka.

Jambori Ketiga – 1974

Diadakan di Johor.

Jambori Keempat – 1978

Diadakan di Kuching, sarawak.

Jambori Kelima – 1982

Diadakan di Kem Kijang, Kelantan.

Jambori Keenam – 1986

Diadakan di Kuantan, Pahang.

Jambori Ketujuh – 1989

Diadakan di Teluk Batik, Manjong, Perak pada 22 – 30 Julai 1989.

Jambori Kelapan – 1992.

Diadakan di Tambunan, Sabah pada 14 – 21 November 1992. Tema Jambori adalah “Cintailah Malaysia Melalui Berpengakap”. Aktiviti yang dijalankan adalah Projek Printis (Pioneering Project), Lembah Cabaran (Challenge Valley),  Pengembaraan (Hiking), Kembara (Adventure), Halangan Komando (Commando Obstacle Course), kraftangan (Handicrafts), Aktiviti Air (Water Activities), Projek Pembangunan Masyarakat (Community Development Project), Lawatan (Offside Visit), Pameran (Exibitions) dan Forum (Forum), Ikhtiar Hidup (Wilderness Survival), Pemeliharaan Alam Semula Jadi (Conservation), Aktiviti Masa Lapang (Free Times Activities), Absailing (Abselling), Sayang Sibuta (Blind Trail) dan Halangan Berbasikal (Bicycle Obstacle). Peserta yang berjaya dalam aktiviti-aktiviti ini dianugerahkan dengan Lencana Periuk Kera dan Anugerah Kinabalu.

Jambori Kesembilan – 1996.

Diadakan di Kem Sri Keluang, Terengganu. Dijangka mencapai taraf Jambori Asia Pasifik ke-18. Jumlah peserta 10,000 ahli Pengakap seluruh Malaysia dan 2,000 ahli Pengakap dari beberapa buah Asia Pasifik, Pertubuhan Pengakap Negara Islam dan Eropah. Aktiviti yang dijalankan adalah Projrk Perintis, Pengembaraan, Kembara, Halangan Komando, Ikhtiar Hidup, Kraftangan, Aktiviti Air, Projek Pembangunan Masyarakat, Lawatan, Pameran dan Forum Pengakap.

Jambori Kesepuluh – 2002.

Di adakan pada 16 – 24 Ogos 2002. Jambori ini merupakan yang pertama kali di adakan di Kedah. Tema jambori ialah “Pengakap Menjana Kecemerlangan Insan” or “Scouting Promotes Individual Success”. Tapak jambori adalah di Rimba Taqwa, Sik, Kedah Darul Aman.  Ia terletak di 3 km dari Pekan Sik, 90 km dari ibu negeri Kedah, Alor Setar, 60 km dari Sungai Petani and 40 km dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Gurun.

Lencana Jambori dan Perhimpunan Pengakap di Malaysia

PENGAKAP NEGERI

Posted: July 17, 2009 in pengakap

Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri

Diketuai oleh seorang yang berjawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Ia dibantu oleh beberapa orang yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Jumlah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah bergantung kepada keperluan semasa Pesuruhjaya Pengakap Negeri berkenaan.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri dari 17 buah Majlis Pengakap Negeri iaitu;

1.Perlis  2. Kedah  3.Pulau Pinang  4. Perak   5. Selangor              6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  7.Negeri Sembilan             8. Melaka  9. Johor 10. Pahang 11. Terengganu  12. Kelantan.     13. Sarawak  14. Sabah 15. Wilayah Persekutuan Labuan                16. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLM/BPG )  17. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia. (KLKM).

Diketuai oleh seorang yang berjawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Ia dibantu oleh beberapa orang yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Jumlah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah bergantung kepada keperluan semasa Pesuruhjaya Pengakap Negeri berkenaan.

Tugas majlis Pengakap Negeri:

  1. Memajukan kebajikan pergerakan dalam negeri itu dan mengaturkan kerjasama yang tenteram   di antara Persekutuan Pengakap Tempatan yang didaftarkan dalam negeri itu.
  2. Mengaturkan kerjasama dengan pertubuhan belia latihan yang lain dalam negeri itu.
  3. Bertindak bersama-sama dengan Pesuruhjaya Negeri dalam semua perkara berkenaan dengan kewangan dan harta negeri mengikut peraturan-peraturan dalam Bahagian III Seksyen V peraturan-peraturan ini.
  4. Memilih Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Am dan lain-lain Jawatankuasa Kecil kerana tugas-tugas yang tertentu jika perlu.
  5. Mengirim kepada Ibu Pejabat PPM., pada tiap-tiap tahun satu salinan laporan tahunan dan kira-kira yang telah diperiksa bersama dengan jadual harta tidak lewat daripada 28 Februari tiap-tiap tahun.