Archive for the ‘Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM’ Category

Sempena 12 Februari 2014, En. Zulkafli Arrifin akan bersara wajib dari perkhidmatan awam. Beliau adalah pensyarah IPGK Tun Husssein Onn, Batu Pahat, Johor. Beliau juga adalah Jurulatih Antarabangsa dan memegang jawatan dalam MPKLM sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM IPG.

zul1

zul2

Semoga ALLAH pelihara dan berkati hidup beliau. Diucapkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan dalam kepengakapan sama ada di peringkat KLM maupun MPKLM.

Atas permintaan Tn. Hj. Zulkafli dipaparkan Teks Ucapan perpisahan dalam bentuk pantun (10 September 2014):

PANTUN MAJLIS PERPISAHAN – 12.02.2014

Assalammualaikum pembuka bicara
Salam hormat buat tuan puan semua
Semoga sihat rakan-rakan yang ada
Mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Esa
37 tahun berlalu sudah
Namun dilupa tidaklah mudah
Setiap detik menjadi sejarah
Terpahat dihati amatlah indah

Selamat tinggal wahai kawanku
Pertemuan dan perpisahan ketentuan Ilahi
Walau sekejap terpahat di memoriku
Wajah kalian akan sentiasa diingati
Gurau tawa yang tiada galang ganti
Dalam bekerja kita sentiasa bersatu hati
Susah payah bersama kita harungi
Dimanakah kan ku cari ganti

Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur di hujung dahan
Kerjasama dan bantuan yang diberi
Pujian kesyukuran saya ucapkan.
Pasir putih penuh rokan,
Menjadi tersohor di wufuk Barat,
Kalau terambil mahupun termakan,
Mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Ikutkan hati membawa padah
Ikutkan rasa diri binasa
Nilai persahabatan amatlah indah
Kekal di ingatan terpahat sentiasa

Laman dibentuk sesama kita
Ikhlas dibina niat utama
Memori diukir membentuk cerita
Menjadi nostalgia kenangan bersama

Kalau menjemur papan yang panjang
Baik disusun tegak berdiri
Kalaulah ada umur yang panjang
Insyaallah kitakan berjumpa lagi.

Di atas dahan burung t empua
Melihat rusa di tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata saya tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan

Orang tua duduk di perigi,
Perigi tua letak di hujung pekan,
Saya pergi memohon diri,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Orang memangkas pohon salam
Daunnya gugur habis ditutuh
Akhir kata penutup kalam
Dipanjatkandoa ,assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Hj. Wan Yaacob Wan Omar

Hj. Wan Yaacob Wan Omar

Tarikh Lanir:27 September 1954
Tempat Lahir:Tanah Merah, Kelantan

KELULUSAN AKADEMIK

  • Diploma Kajian Seni  Lukis (Tekstil), I.T.M. Shah Alam Selangor.-1979
  • Diploma Perguruan Seni, I.T.M. Shah Alam,  Selangor.-1980
  • Diploma Perubatan Homeopathy – 1988

JAWATAN DALAM PENGAKAP

  • Penolong Pesuruhjaya KLM ke 18 MPSM.
  • Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM/BPG – Tugas-tugas Khas
  • Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPGM – Rekod dan Data

ANUGRAH PENGAKAP

  • Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara –  22.02.1994
  • Pingat Perkhidmatan Baik  – 22.02.1995
  • Pingat Perkhidmatan Setia  – 22.02.2001
  • Pingat Perkhidmatan Lama  – 01.08.2004
  • Pingat Perkhidmatan Cemerlang  – 22.02.2007
  • Pingat Peringatan Sambutan 100 tahun pengakap – 10.10.2009
  • Pingat Jasa Pengakap 16.10.2011

kepakaran beliau – simpulan dan ikatan

IMG_4706

DSCN8241

Ahli Majlis Tertinggi MPKLM 2014

KEGIATAN DAN SUMBANGAN DALAM KEPENGAKAPAN

  • Jurulatih Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan Pengakap Malaysia. Kem Kijang, PCB, Kelantan. 25 – 31 . 08. 1995
  • Jurulatih Kursus Teknik Jurulatih Kebangsaan Pengakap Malaysia 1996. Kem Sardon Jubir, Cheras, Kajang, selangor. 20 – 25 . 06. 1996
  • Jurulatih Kursus  Kepimpinan Jurulatih Antarabangsa – CLT (Course Leader Trainers) Kelolaan Bersama Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia/Bahagian Pendidikan Guru dan Persekutuan Pengakap Malaysia. Institut Aminudin Baki, Seri Layang, Genting Hinghland, Pahang. 24.2.2001 –  04. 03. 2001
  • Jurulatih Kursus   Intensif  Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 &2 (KPLI/khas 6 bulan)   Zon-zon di Semenanjung.   Kem Seri Gelam, Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Kuala Terengganu. 14 –  17. 10. 2001
  • Bendahari Pengakap MPKLM Zon Timur
  • AJK Teknik KAGUM unit beruniform Pengakap (MPKLM/BPG) di Kem Seri Gelam, Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Bt. Rakit, K.Trg. Pada 24 – 29. 09. 2001.
  • Jurulatih Kursus Kepimpinan  Jurulatih Antarabangsa (Cours Leader Trainer)MPKLM/BPG dan PPM, di Institut Aminuddin Baki, Genting Higland,  Pahang. Pada 24  .02. 2001  hingga 04.  03. 2001.
  • Jurulatih  Kursus Kepimpinan Lanjutan Manikayu,  Peringkat IV A , di Kem Bina Semangat Sekakap, Mersing, Johor .  Pada  25  –  31.05.2001.
  • Jurulatih MPKLM   –   Jurulatih  Antarabangsa – pemegang 4 biji Manikayu.
  • Jurulatih Kursus   Intensif  Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 &2 (KPLI/khas 6 bulan)   zon-zon di Semenanjung.   Pada 14 hingga 17. 10. 2001. Di Kem Seri Gelam, Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
  • Jurulatih Kursus Teknik Jurulatih Kebangsaan MPKLM/BPG.  Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. 01 – 05. 03 . 2004
  • Jurulatih Kursus Jurulatih Antarabangsa (Course Leader Trainer) MPKLM/BPG dan Persekutuan Pengakap Malaysia.  Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. 29.01.2005 – 06. 02 . 2005
  • Jawatankuasa Teknik KAGUM Unit Pengakap – Unit Beruniform 2004
  • Jurulatih Kebangsaan Kursus Kepemimpinan Manik Kayu MPKLM/BPG (Pengakap)
  • Jurulatih Kursus Kepimpinan Jurulatih Antarabangsa (Course Leader Trainer) MPKLM/BPG Dan PPM.
DSCN2839

Majlis Anugerah Pingat 2013

IMG_4761

September 2014 / Sarawak

KMK September Sarawak 2014

Selamat bersara Tn. Hj Wan Yaacob semoga segala jasa dan sumbanganmu menjadi titipan ahli-ahli pengakap. Semoga Allah jua yang membalas khidmatmu sepanjang karier tuan di bidang kepengakapan ini.

Tn. Hj. Yussoff Said

Tarikh Lahir : 7 JUN 1953
Tempat Lahir : Tasek Chempedak, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Jawatan Akhir : Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Gred Jawatan : DG- 48
Berkahwin : pada 2 Disember 1998
Isteri bertugas sebagai Guru Besar Cemerlang (DGA-38)
3 orang anak :
1.    Yusfarizal bin Yussoff (Peguam Civil)
2.    Yusfa Hanis bin Yussoff (Peguam Syariah)
3.    Nurul Hafizah binti Yussoff Al-Hafizah (Doktor)

Bersama rakan seperjuangan di CALT/2004

Kursus-Kursus Pengakap :

26.07.1975    –    31.07.1975    Kursus Manikayu Pengakap Kanak-kanak
22.07.1976    –    29.07.1976    Kursus Manikayu Pengakap
15.12.1978    –    23.12.1978    Kursus Manikayu Pengakap Putera
01.05.1981    –    03.05.1981    Kursus Manikayu Pengakap Kelana
20.02.1981    –    22.02.1981    Kursus Kepimpinan Melatih Jurulatih
29.05.1981    –    02.06.1981    Kursus Pengakap Desa Negeri Selangor
29.01.1982    –    31.01.1982    Kursus Kemahiran Hidup Kemasyarakatan
11.12.1983    –    17.12.1983    Kursus Jurulatih Kebangsaan
21.08.1993    –    26.08.1993    Kursus Jurulatih Antarabangsa

Menerima Watikah sebagai Pen. PJ Negeri MPKLM BPGKPM dari Dato, Misrah, Pengarah BPG

Tauliah-tauliah Yang Diterima :

1    Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (PKK) Ke-12 U.S :M 17646 : 13.01.1977
2    Penolong Pesuruhjaya (ADC) Ulu Selangor : ADC 1218 : 25.031977
3    Pemimpin Kumpulan (GSM) Ke-12 Ulu Selangor : 188862 : 05.10.1978
4    Pesuruhjaya Ulu Selangor (DC) Ulu Selangor : PD 1048 : 27.05.1981
5    Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) Nibong Tebal    : PPD 1744 : 28.11.1984
5    Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) Nibong Tebal    : PPD 2090 : 18.07.1988
6    Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (PKK) Ke-9 N.T     : M 25286 : 28.04.1986
7    Penolong Pesuruhjaya Maktab (KLM 05)    : KLM-455 : 03.05.1993
8    Pesuruhjaya Maktab (DC) KLM 05) : KLM-455 : 06.09.1996
8    Pesuruhjaya Maktab (DC) KLM 05) : KLM-455 : 12.03.1998
9    Penolong Pesuruhjaya Negeri (ASC) : MPKLM/BPG    : KP(BPG)9432/3/A/Jld.44(69) :     01.01.2004
10    Penolong Pesuruhjaya Negeri (ASC) : MPKLM/BPG    : KP(BPG)9432/3/A/Jld.44(89)     : 11.11.2008
11    Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (ASC) : MPKLM/IPG    KP(IPG)8282/600/2/7/1/1(19) :    25.08.2010

Anugerah-anugerah Yang Telah Diterima :

1983    :    Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN), Persekutuan Pengakap Malaysia
1988    :    Pingat Perkhidmatan Baik (PPB), Persekutuan Pengakap Malaysia
2001    :    Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Persekutuan Pengakap Malaysia
2001    :    Anugerah Khidmat Cemerlang, Kementerian Pendidikan Malaysia
2003    :    Pingat Perkhidmatan Lama (PPL), Persekutuan Pengakap Malaysia
2007    :    Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Persekutuan Pengakap Malaysia
2008    :    Anugerah Khidmat Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia
2009    :    Pingat Peringatan Sambutan  Seratus Tahun Pengakap Malaysia, PPM
2010    :    Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG), Persekutuan Pengakap Malaysia
2010    :    Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N.), Kerajaan Negeri Pulau Pinang

ANUGERAH PPG OLEH DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG 15 MAC 2011

Sumbangan :

Terlibat secara aktif sebagai Penolong Ketua Kursus, Ketua Kursus, Jurulatih, Pemantau dan Penilai bagi KMK di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Beliau juga terlibat dalam peserta perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-46 di Putrajaya, ahli jawatankuasa KAGUM Kebangsaan di MPTAA, Kuala Lipis, Kuantan, menjadi LO Kursus Ketua-ketua Pesuruhjaya Kawasan Asia Pasifik (APL Region) di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur dan menjadi Setiausaha Pengelola Kem Muhibah Antarabangsa Pengakap Kanak-kanak Singapura dan Pulau Pinang di IPG Kampus Pulau Pinang.

Penilai Praktikum CALT ke-27 di Kem Kijang, Kelantan

Sebagai instruktor "Laung Agung" versi baru 2011

Majlis Persaraan di Hotel carlton, Shah Alam 2011 : Terima Kasih Tuan

Bersantai di Ilham Resorts, Port Dickson 2009

Tn. Hj. Zulkifli bin Dato' Hj. Maulud

No K/P        :       Baru     :   530531-05-5229
Tempat Lahir    :       Port Dickson, Negeri Sembilan

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ), UPM, Serdang, Selangor(1983 -1987); Minor: Kesusasteraan Melayu
  • Master In Education (Special Education International), The University of Manchester, United Kingdom (1996-1997)

KELAYAKAN IKHTISAS

  • Sijil Guru, Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, N. Sembilan ( 1975-1976); ( Pendidikan Peringkat Awal Remaja: Pengajian Melayu dan Sejarah ).

Ceria di Kursus Teknikal Jurulatih dan Pen. Jurulatih

JAWATAN DAN TUGAS SEKARANG

  • Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban di Jabatan Ilmu Pendidikan.
  • Ketua Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

PENGALAMAN BEKERJA

  • Mei 1973 – Dis 1974    Guru sementara  Sekolah Men. Dato’ Abdul Samad, Tanjung Ipoh, N. Sembilan
  • Jan 1977 – Dis 1981    Guru Sekolah Men. Batu Anam Segamat, Johor
  • Jan 1982 – Jun 1983    Guru Sekolah Men. Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, N. Sembilan
  • Jun 1987 – Jan 1990    Guru Sekolah Menengah Batu Kikir, Jempol, N. Sembilan
  • Jan 1990 – Ogos 1991    Guru Sekolah Men. Seri Ampangan, Seremban, N. Sembilan
  • Ogos 1991 – Sept 1996    Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, N. Sembilan
  • Dis 1997 – Ogos 1998    Penolong Pengarah, Unit Kursus Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Ogos 1998 –      2008         Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, N. Sembilan
  •  Ketua Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling, JHEP,IPRM 2009
  •  Pensyarah/Jurulatih Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

 

Kelayakan Kepengakapan

1.    Manik Kayu    ( Dua biji ) – Pengakap     1982
2.    Penolong Jurulatih Kebangsaan          29 Jun-5 Jul 1992, Kem Kijang
3.    Kursus Teknikal Jurulatih Kebangsaan  11-15 Okt 1992, Air Keroh, Melaka
4.    Kursus Jurulatih Antarabangsa              10-18 Sept 1994

Memberi bimbingan kepada rakan dengan kepakaran sebagai jurulatih antarabangsa

Pengalaman Kepengakapan

1.    Pemimpin Kumpulan, Kump. Ke23 Kuala Pilah, SMK Dato’ Abdul Samad,    K. Pilah ( 1973-1974)
2.    Pemimpin Kumpulan, Kump. Ke21 Segamat, Johor, SM Batu Anam
3.    Pemimpin Kumpulan, Kump. Ke16 K. Pilah,SMS Tuanku Jaafar,K.Pilah
4.    Pemimpin Kelana A, K. Pilah
5.    Pemimpin Kump. SMK Seri Ampangan, Seremban
6.    Pen. Pesuruhjaya Daerah Segamat
7.    Pen. Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Segamat
8.    Pen. Pesuruhjaya Daerah Kuala Pilah
9.    Pengerusi Pasukan Daerah Kuala Pilah
10.    Jurulatih Pengakap Universiti Pertanian Malaysia
11.    Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Program)

Pengalaman Kepengakapan dalam MPKLMBPG/MPKLMIPG (1991-2011)

1.    Pen. Pesuruhjaya Daerah KLM 14, MPRM
2.    Penolong Pesuruhjaya Negeri ( Pengakap Muda)
3.    Penolong Pesuruhjaya Negeri ( Antarabangsa )
4.    Penolong Pesuruhjaya Negeri ( Tugas-tugas Khas)
5.    Penolong  Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran )

Kepakaran luar Kepengakapan

1.    Bimbingan Kaunseling
2.    Kemahiran Belajar
3.    Kemahiran Berfikir
4.    Protokol dan Etket Sosial
5.    Pengendalian Majlis
6.    Pengucapan Awam
7.    Latihan dalam Kumpulan
8.    Kerja Berpasukan
9.    Pengurusan Stres
10.    Pengurusan Risiko
11.    Pembimbing Rakan Sebaya

“Semoga ceria di samping keluarga dan jangan lupa kami semua”

Tn. Hj. Yaacob bin Ismail

No. K.P :530418035111
Tel:019 9396557
email:cobis53@yahoo.com
Berasal dari Kota Bahru, Kelantan.

Kelulusan:
1. Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pendidikan
2.Sarjana Bahasa Moden

Perkhidmatan:
1.1977-1984 sekolah Menengah Ismail Petra-Guru Penolong
2.1985-1990-Maktab Perguruan sarawak Miri-Pensyarah
3.1991-2010-IPG Kampus Kota Bhrau Kelantan-Pensyarah,Ketua Jabatan       HEP,Pensyarah Kanan
4.2010-2011-IPG kampus Keningau Sabah-Pensyarah Kanan (DG 54)

Kelayakan dalam pengakap :
Jurulatih Antarabangsa (mendapat 4 biji MK pada 1994)

Pingat-pingat yang diperolehi:
1. Sijil Kepujian Pengakap Negara-1989
2. Pingat Perkhidmatan Lama-2007
3. Pingat Perkhidmatan Baik
4. Pingat Perkhidmatan Setia
5. Pingat Perkhidmatan Cemerlang-2007
6. Darjah Kebesaran :Ahli Keempat Setia Mahkota Kelantan (BSK) dari DYMM Al-Sultan Kelantan-2007

Majlis Meraikan Persaraan 31 Mac 2011 di Hotel Carlton, Shah Alam

Perkhidmatan Pengakap:
1. 1963-1965: Ahli Anak serigala
2. 1985-1990: Pesuruhjaya KLM-28
3. 1991-1995: Pesuruhjaya KLm-03
4. 2010-2011:Penasihat kepada kumpulan IPG kampus Keningau
5. 1996-sekarang: Penolong Ketua Pesuruhjaya MPKLMIPGMKPM (Program)

Unit Beruniform lain yang pernah di anggotai1.kadet Polis:Ejutan kompeni A kota Bharu Kelantan 1978-1984

Autograf kenangan untuk Siti Khazimah di Majlis Persaraan

Cenderahati dari MPKLM IPGKPM di sampaikan oleh En. Radhi Johari (Ketua PJ Negeri MPKLM IPGKPM)

Sayonara .... Kami Sayang Kamu .... keep in touch

Bersama barisan jurulatih di KMK Pensyarah Baru di Pulau Pangkor 2009

“SELAMAT BERSARA TUAN, MOGA JASA DAN BAKTIMU DIKENANG JUA”

Berucap di majlis persaraan di IPGK Ipoh

Terima Kasih MPKLM ....

Pingat Terima Kasih disampaikan oleh KPJ Negeri MPKLM IPG

Insan ini dilahirkan pada tanggal 04 Julai 1952 di Kota Bahru, Kelantan. Beliau mula melangkah ke sekolah  Kebangsaan Kubang Krian, KB pada tahun 1960 dan kemudiannya ke Sek. Men. Kubang Krian pada tahun 1965 hinggalah tamat tingkatan Lima pada tahun 1970.

Pada tahun 1974 hingga 1975, beliau mengikuti Kursus Asas Perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda pada tahun 1985 hingga 1987 di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.

Dalam arena kepengakapan, titik permulaan di SM Kubang Krian, KB sebagai ahli pengakap yang aktif. Pada tahun 1975 beliau menerima dua biji manikayu. Sebagai seorang pemimpin di SM Sultan Ismail, KB selama 10 tahun (1976 – 1985), beliau telah menunjukkan daya kepimpinan dan kepegawaian yang amat cekap dan berkesan.

Beliau kemudianya berhijrah ke Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching sebagai seorang pensyarah. Di sini lah bermulanya tokoh kejurulatihan beliau sehingga diangkat sebagai Pen. Pesuruhjaya KLM 29.

Beliau seterusnya mendalami ilmu kepengakapan dalam Kursus CALT pada tahun 1986 di Kem Kijang, Kota Bahru uintuk dikalungkan tiga biji manikayu yang bergelar Pen. J/Latih Kebangsaan. Pada tahun 2003, beliau diberi peluang mengikuti Kursus CLT untuk memperolehi empat biji manikayu dengan gelaran Jurulatih Antarabangsa.

Sepanjang sumbangan dan penglibatan beliau dengan MPKLM dan PPM, belaiu telah menerima beberapa penghargaan dan pingat seperti;

  1. Pingat Perkhidmatan Baik
  2. Pingat Perkhidmatan Lama
  3. Pingat Perkhidmatan Setia dan
  4. Pingat Perkhidmatan Cemerlang

Atas jasa baik dan khidmat bakti yang tulus lagi ikhlas, beliau telah dianugerahkan Ahli Bintang Sarawak (ABS) oleh kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2006.

Pada 4hb Julai 2010, genaplah beliau berkhidmat sebagai pegawai kerajaan selama 34 tahun.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Jawatan akhir beliau dalam MPKLM IPG ialah Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG Zon Sarawak.