KLM-17/IPGKTI telah menerima 80 orang ahli pengakap baru dari opsyen 3PISMP dari kumpulan PMLBCMT, BCPJRBT1, BCPJRBT2 DAN BTPJMT. Mereka akan mengikut kursus WAJ 3110 (semester 3) dan WAJ 3111 (semester 4). Mereka juga akan mengikuti KMK Pengenalan dan KMK PKK Pkt. 1. Seramai 4 orang Jurulatih Antarabangsa terlibat iaitu En. Arshad Ismail, En. Tormadi Jono, En. Ab. Latif Awi dan Tn. Hj. Yusof Osman. Perjumpaan mingguan diadakan pada petang hari Rabu dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Semoga kepengakapan di KLM-17/IPGKTI akan terus maju. Sekali Berpengakap Terus Berpengakap.




