unggun api KLM-17

KLM-17/IPGKTI telah menerima 80 orang ahli pengakap baru dari opsyen 3PISMP dari kumpulan PMLBCMT, BCPJRBT1, BCPJRBT2 DAN BTPJMT. Mereka akan mengikut kursus WAJ 3110 (semester 3) dan WAJ 3111 (semester 4). Mereka juga akan mengikuti KMK Pengenalan dan KMK PKK Pkt. 1. Seramai 4 orang Jurulatih Antarabangsa terlibat iaitu En. Arshad Ismail, En. Tormadi Jono, En. Ab. Latif Awi dan Tn. Hj. Yusof Osman. Perjumpaan mingguan diadakan pada petang hari Rabu dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Semoga kepengakapan di KLM-17/IPGKTI akan terus maju. Sekali Berpengakap Terus Berpengakap.

Tahniah MPKLM IPGKPM

Posted: November 15, 2011 in mpklm

Kursus Teknik bagi jurulatih MPKLM IPGKPM telah berjaya dijalankan dengan jayanya pada 11-14 November 2011 di PLGDP Seri Tualang, Temerloh, Pahang. Kursus ini hanya untuk peserta yang telah mengikuti CALT, penolong jurulatih, CLT dan jurulatih antarabangsa. Seramai 31 peserta kursus, 5 pembimbing dan 9 jurulatih telah terlibat. Peserta telah didedahkan dengan pengurusan pentadbiran, tanggungjawab ketua kursus, jurulatih dan pembimbing, kawad kaki, kawad tongkat, tali temali, projek perintis, kompas dan peta, pengembaraan, pengurusan risiko dan masakan rimba. Kursus telah ditutup rasmi oleh Pesuruhjaya Latihan Negara, Tn. Hj. Abd. Shukor bin Mohsin.

Tualang - Cik Lau Hooi Lin

Kempas - Tn. Hj. Yusof bin Osman

Cengal - Tn. Hj. Hamdan bin Abd. Manaf

Resak - Tn. Hj. Khairil bin Sulaiman

Merbau - Tn. Hj. Mohd. Razi bin Ahmad Junid

Barisan Jurulatih Kursus Teknik MPKLM IPGKPM

Peserta lelaki terbaik ialah Marni bin Golong dan peserta perempuan terbaik ialah Haslinda bte Mohd. Saad. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam bidang kepengakapan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Kursus Teknikal MPKLM IPGKPM 2011

Posted: November 5, 2011 in mpklm

Tarikh : 10 -14 November 2011
Tempat : PLGDP Seri Tualang, Temerloh, Pahang
Sasaran : Penolong Jurulatih dan Jurulatih MPKLM
Ketua Kursus : En. Amir Hamzah (PIP)

Tujuan kursus ini adalah untuk peningkatan profesionalisme penolong jurulatih dan jurulatih dalam aspek pengurusan dan kemahiran kepengakapan. Seramai 60 orang peserta kursus dan 20 orang jurulatih dan pembimbing akan turut serta dalam kursus ini. Maju MPKLM dan Salam Pengakap.

Tahniah ! Dr. Noriati bt. A. Rashid

Posted: October 20, 2011 in mpklm

Dr. Noriati A. Rashid menerima pingat dari Menteri Besar Pahang

Logo JOTA JOTI ke-54

Tahniah kepada Pengerusi MPKLMIPGKPM (Dr. Noriati bt. A. Rashid) kerana dianugerah dengan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara dan Pingat Jasa Pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau ialah Pengarah Pusat Perkembangan Akademik IPG dan juga Penolong Jurulatih Kebangsaan. Majlis penganugerahan ini disempurnakan pada hari Penutupan Jombori Jota Joti pada 17 Oktober 2011 di IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Turut menerima Pingat Jasa Pengakap di waktu yang sama ialah Tn. Hj. Wan Yaakob bin Wan Omar IGPK Sultan Mizan, Tn Hj Hamdan dan Ab. Manap IPGK Dato’ Razali Ismail, Tuan Haji Khairil bin Sulaiman IPGK Tun Hussein Onn, Tn Hj Ariffin bin Zainuddin IPGK Islam, Encik Zainal Ariff  bin Mat IPGK Perlis dan Tn. Hj. Mohd. Said bin Ibrahim IPGK Tengku Ampuan Afzan.

Majlis penganugerahan bintang dan pingat telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato. Seri Hj. Adnan bin Yaakob. Tahniah kepada semua penerima bintang dan pingat, semoga MPKLMIPG akan terus maju di bawah pimpinan tuan danj puan.

“Sekali berpengakap terus berpengakap”

Telah dijalankan di Telok Gorek Chalet $ Camp Site, Kg. Tg. Resang, Mersing, Johor. Seramai 37 orang peserta PKK  (18 lelaki dan 19 perempuan) dan 8 orang jurulatih telah mengikuti kursus ini. Tarikh kursus dari 12 – 15 September 2011. Ketua Kursus  ialah En. Ab. Latif bin Awi (No. Kursus ialah KP 2819) dan Tn. Hj. Hamdan bin Zainal Afuad ( No. Kursus ialah PKK/1-326).

Perasmian kursus oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum - En. Sanip Supaat

Aktiviti Permainan mengikut sekawan

Pemeriksaan pagi di ketuai En. Ab. Latif Awi

Istiadat Laung Agong

Barisan jurulatih dan peserta kursus